Setiap
kali habis bersolat, aku sentiasa berdoa.
Doa yang tak pernah aku lupa mohon pada Penciptaku dan sekalian alam
iaitu salah satunya minta dijauhkan dari tipu daya dan kejahatan manusia.
(Ok,
ni bukan bab nak cerita bab aku rajin
solat ke apa. Bab solat ni bukan kira hang malas, hang rajin.. hang warak tahap Wali
Songo, hang penyangak ka hang penyamun ka.. hang perogol bersiri, hang
straight, hang gay, LGBT, YB, Menteri Besaq, aku, hangpa, bila kata percaya
dengan Allah maka kita semua wajib menunaikan solat)
* * * * * * *
Adey Saropah, bibik kami yang masuk
ke Malaysia pada hujung Oktober 2012
menggantikan Tati yang balik bercuti tapi tak dapat balik ke Malaysia kerana
karenah birokrasi sebelah sana.
Sepanjang dia kerja dengan kami,
Alhamdulillah aku bersyukur kerana anak-anak terjaga dengan baik. Adey juga seorang yang cekap dalam
kerja-kerja rumah. Aku tak nafikan bab
itu. Memang dia pantas, tidak panjang
tangan, boleh dipercayai. Tutur kata,
tingkah lakunya tidak membayangkan apa-apa yang mencurigakan langsung di pihak
kami. Kami pernah menggunakan khidmat
lima bibik yang berlainan termasuk Adey, dan sejujurnya aku habaq dialah yang
terbaik dari segi tingkahlaku dan kerja.
Walau bagaimanapun kami tidaklah
bergantung bulat-bulat kepada kemolekan lahiriah penampilan dan tingkahlaku
Adey. Seperti selalunya, sesekali pada
waktu kerja aku atau EnWTT akan terjah balik rumah. Macam buat sportcheck lah kalau-kalau bibik
tengah mendera anak aku atau apa. Boleh
jadi juga dia tiada di rumah kerana bersidai di bawah jumpa rakan seangkatan
kerana di blok tempat tinggalku itu
ramai juga yang memiliki bibik-bibik dan mereka ini rajin pula menubuhkan
persatuan sembang-sembang di taman bawah.
Sepanjang 5 bulan, setiap kali terjah balik rumah tidak pernah pula dia
kantoi sama ada dengan aku atau EnWTT. Sekalipun
tidak. Tak kiralah aku terjah waktu
mana, pagi, petang. Di tengahari. Semuapun elok-elok saja di mata kami.
Berdasarkan faktor itu semua, aku
yakin dia baik. Kami pun macam biasa
melayan dia sebaiknya, sama macam bibik-bibik terdahulu. Setiap hari, seawal jam 8.30 ke 9.00 malam
dia sudah bebas buat hal dia. Bila balik saja dari kerja, urusan anak-anak
memang kami ambil alih. Tidak dinafikan
anak-anakpun rapat dengan dia. Sesekali
ada juga aku bertanya pada Rumaisa dan Rasyid samada bibik ada buat sesuatu
yang tidak-tidak atau ada pukul-pukul.
Jawapan Rumaisa “Tak la ibu, bibik tak pukul kakak dan adik. Bibik baik.
Kadang-kadang jer bibik marah Rasyid sebab Rasyid nakal sangat..” Ok
fine, aku bukanlah berkira sangat setakat marah sikit-sikit, tambah plak Rasyid
tu hypernya boleh tahan. Kalau orang tak
boleh tegur langsung salah silap anak hang, memang melampau le pulak kan !
Sayang anak tak bertempat namanya tu.
* * * * * * *
Tiga
hari lepas, Jumaat petang. Balik rumah,
macam biasa semua ada di rumah kecuali EnWTT.
Dia kadang-kadang sampai lewat.
Masa balik, anak-anak sedang menonton televisyen. Bibik macam biasa, berkalut-kalut keluar
masuk bilik. Lepas bersembang-sembang
dengan Rasyid dan Rumaisa, jam 6.00 petang aku masuk bilik nak bersiap-siap
mandi. Nanti jam 6.30 bersiap-siap ke
dapur pula tengok apa yang patut, rutin biasa kami makan malam selewat-lewatnya
jam 7.00. Nasi macam biasa Adey
siapkan. Adakalanya dia buat lauk, kalau
tidak kena selera samada aku atau EnWTT akan masaklah sendiri lauk yang kami
nak makan.
Masa
aku keluar, aku tengok Rumaisa kat sofa ralit menonton BBTV. Rasyid pula bermain dengan blok-blok
mainannya.
“Rumaisa,
bibik mana ?”.
“Bibik
pergi berlari ibu !” jawap dia.
“Bibik
gi kinit.. amik ubat. Bibik syakit
kepalaaa..” tambah Rasyid pulak. Aku ni
macam eh betul ka apa yang aku dengar dari kedua-dua mulut anakku. Lalu adegan seterusnya pun boleh diteka-teka.
Masuk tengok dalam bibik takdak, kat balkoni kot-kot dia angkat baju ke apapun
takdak jugak. Tergerak hati nak tengok
dalam almari baju dia. Ok terjawap
sudah, almari sudah kosong.
Rasa
ralat. Tapi tak tau lah pasai apa aku
tak sedih langsung. Syukur juga benda tu
jadi hari Jumaat, jadi kami ada dua hari untuk fikir macam mana nak selesaikan
masalah ni. Cuma ya, malam tu aku dengan
EnWTT tak leh tidor dok pikir nak buat macam mana.. dengan minggu depannya 8hb aku
nak masuk wad, 9hb nak buat caesarean. Kurang-kurang tiga empat hari terlentang
keras di katil takleh bangun-bangun. Sapa
nak jaga anak. Benda tu jer lah yang dok
berserabut dalam kepala. Tapi setakat
hari ni alhamdulillah, Allah permudahkan.
Ada yang mahu jaga Rasyid dalam seminggu ni sepanjang aku dan EnWTT
pergi kerja. Rumaisa pula lepas ke
tadika, aku ambil dia bawak ke pejabat, bertunggulah dia kat sini sampai habis
waktu pejabat. Boss pun faham. Terima kasih.
* * * * * * *
Dan..
aku tertanya-tanya kenapa lah Adey nak lari.
Padahal kami tak pernah buat naya kat dia pun. Diapun kalau di pandangan mata kasar kami,
takdak apa yang tak kena. Tapi aku
percaya ada hikmah di sebaliknya. Bila
dengaq berita dia sudah lari, barulah ada beberapa jiran yang berani bukak
mulut cerita itu ini kepada kami. Alasannya tak nak dituduh suka bawak mulut
atau jaga tepi kain orang. Adehhh..
Adey
pernah dilaporkan beberapa kali membawa masuk kawan-kawannya yang terdiri
daripada pekerja-pekerja cleaner di kejiranan P16 tu ke rumah. Sebab ada jiran-jiran nampak kadang-kadang
bila balik tengahari, depa nampak troli penyapu dan barang-barang kerja cleaner
tu ada depan rumah tapi takdak orang di luar.
Entah apa dibuat tak tahu, mungkin menonton sinetron, makan nasik ?
Wallahualam. Rasa macam mau terjawap jugak
kot dengan rungutan EnWTT kenapa bekalan beras kami cepat habis, 10kg tu tak sampai 3 minggu dah licin. Padahal aku dengan EnWTT makan nasik kat
rumah waktu malam saja itupun bukan selalu.
Takkan Rasyid dengan Rumaisa makan sampai banyak tu. Tapi itulah tak pernah aku atau EnWTT dok
balik rumah tu terserempak. Ok, bukan
rezeki kami.
Rumah
berkemas licin, lantai berkilat. Segala
benda tersusun. Terdetik jugak di hatiku
ini, cekap luar biasa Adey ni buat kerja rumah.
Sehingga tak ada satupun yang tak kena di mata kami. Mungkin juga kerja-kerja rumah tu dibantu
oleh cleaner-cleaner seberang yang dia bawak masuk. Modus operandinya, aku bagi kau makan.. kau
tolong aku buat kerja rumah. Barulah kita
boleh jadik rakan subahat yang jitu.
Hehhh.. ada logiknya kan ? Dan
haritu aku baru dok berkira-kira nak ubah kedudukan katil dalam bilik sebab
keadaannya tak berapa sesuai. Tahu-tahu
balik kerja Adey sudah buat. Lalu aku
bercerita dengan EnWTT rasa hairan aku dengan tenaga Adey ni, macam mana dia
mampu ubah kedudukan katil besar gedabak dengan tilam yang aku rasa paling
kurangpun beratnya dekat-dekat 80kg jugak, katil dan tilam semua saiz Super
King. Bila aku tanya Adey cemana dia
buat dia kata alih pelan-pelan. Ok masa
tu aku syak dia bela hantu raya. Tapi
sekarang sudah terjawap. Kalau dua tiga
geng cleaner dia mai, takdak yang mustahil.
Yang
paling hairan sekali, anak-anak aku takdak pulak dok menangis meracau seperti
kehilangan Tati dulu. Masa Tati tak ada,
anak-anak sampai demam meracau. Menangis
siang malam rindukan bibiknya. Sehingga
aku dengan EnWTT bawa anak-anak pergi berubat untuk meredakan gundah gulana
perasaan depa. Seminggu kemudian barulah
boleh OK. Dengan Adey, depa tak
heranpun. Ada jugak sekali sekala sebut
tapi takdak la memberontak seperti orang kehilangan. Akupun, walaupun baik
dengan Adey tapi sepanjang dia kerja tak pernah pulak ada keinginan nak ajak
dia keluar berpoya-poya tengok wayang midnitekah walaupun GSC hanya sekangkang
kera dari rumah. Atau nak ajak pergi
makan-makan berdua sesekali melepaskan stress macam dengan Tati dulu, tak
pernah.
Rupa-rupanya
banyak agenda tersembunyi dia di belakang kami.
Ya, aku syukur Allah mendengar doaku.
Doa supaya kami sekeluarga, anak beranak dijauhkan dari tipu daya
manusia. Benar, sekarang aku rasa terang
bersuluh hikmahnya ! Lagi benar, air
yang tenang jangan disangka takdak babi, eh boya !
Ok,
Boss aku baru habaq “Naja, ada berita.
Parlimen sudah bubar” .
Oh, selamat berkempen dan mengundi. Undilah
parti yang anda suka tapi janganlah dok perlekeh parti yang orang lain
suka. Tih tih tih !
Sekian
!
4 comments:
naja...aku syak pengaruh rakan sebaya la tu..mungkin dia pun lepas ni nak jadi cleaner mcm kawan2 dia kot..bertabahlah...benar yang sesungguhnya ada hikmah di sebaliknya...dan aku doakan yang terbaik untuk hang & keluarga..
hehehe hari tu duk puji2..tapi tu la orang kata instinct ni jangan abai. kurniaan tuhan tu.
Rini - pengaruh rakan sebaya dan peribadi sendiri yg tak berapa nak jernih sebenarnya. takpa ku pasrah !
Ain - Heheeh.. yang baik kita puji la, yang buruk membawak keji. tp sungguh no, naluri tak mampu membohongi.
moral of da story, indon mmg takleh percaya. baik sgt pon kenot, baik sedang2 pon kenot tak baik apatah lagi la kan....ok naja, good luck to you n take care!
Post a Comment