Mak back! Intro tak dan nak tulis tapi nak jugak updet blog yang
sudah bersarang. Bukan aku saja yang
berpantang kali ni, dengan blog akupun turut berpantang sekali. Anak-anak bersusun macam anak tangga walaupun
cuma tiga, benar-benar mencuri semua masa senggang. Mungkin kerana usia depa tak banyak beza..
lain kalau Rumaisa sudah mencapai usia anak dara, bolehla dia jadi assistant
sekali sekala.
Ohh, ini bukan
rungutan. Ini cuma luahan perasaan. Aku tidak ingin menukarkan keadaan sekarang
dengan apa jua sekalipun di atas mukabumi ini.
Biarlah rumah dah macam tongkang pecah, lantai bersepah dengan mainan
anak-anak, kain baju tidak berlipat, semua
menanti hujung minggu untuk diselesaikan, walaupun yang mampu selesai cuma dua
pertiga. Apa yang penting, bahagia. Dulu aku rasa penting jugak untuk rumah
kelihatan kemas dan bersih dan tersusun bila ada tetamu datang, sekarang aku
rasa tak penting lagi. Aku masih tetap
mengalu-alukan tetamu, cumanya kalau nak tengok semua benda tersusun rapi sila pergi ke hotel The Everly yang baru bukak
depan rumah aku. Bukan di sini. Kalau tidak melampau sangat bolehlah aku kata
rumahku adalah ekspresi diriku sekarang ini. Kehkehkeh !
Kelmarin 25hb aku tamat
berpantang 45 hari ikut cara Melayu, berpantang makan dan minum benda-benda
yang tak munasabahlah. Yang masih dalam
lingkungan munasabah untuk ditelan aku bantai jugak sekali sekala. Tak mampu aku nak strict sangat, ibu beranak
tiga perlu banyak tenaga untuk kegunaan hari-hari. Kalau dok harap telan ikan kering, air kosong
macam orang dulu-dulu aku rasa mungkin aku meroyan lama dah. Hehehe. Percayalah, apa yang kita makan dan minum
juga sangat membantu kesihatan otak dan cara bertindak sebenarnya. Ni pendapat aku, sapa setuju angkat
tangan. Tak setuju boleh angkat
kaki. Macam tu jugak berkurung dalam
rumah, pun aku tak buat sepenuhnya.
Bukan tak nak buat tapi keadaan semasa membuatkan aku tak mampu nak
ikut. Dari beranak kat Rumaisa lagi, aku
dah redah semua larangan-larangan berpantang ‘cara mak-mak’ demi kesejahteraan
sejagat isi rumah. Tih tih tih.
Anak ketiga, namanya Rahman
Nur Muzammil bin EnWTT. Masa lahir
beratnya 3.1kg. Berat yang dalam
jangkaan, kerana masa mengandungkannya memang aku jaga betul bab-bab pemakanan. Bimbang kalau besar lagi macam Rasyid, 4.3kg
masa caesarean terasa seksanya walaupun dibius separuh. Caesarkan si Rahman pun aku tak tahu apa yang
lama sangat, ditolak masuk ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi 9 April hari
tu, jam 1030 pagi pembedahan bermula.
Jam 3 petangnya barulah aku ditolak balik ke wad. Lama.
Apapun Alhamdulillah, semua sudah selamat. Sekarang tinggal lagi masa untuk membesarkan
dia, bersama-sama dengan abang dan kakaknya.
Dan ini, Rahman Nur
Muzammil.. cahaya mata ketiga kami.
Seminggu selepas dilahirkan. |
Abang dan adik |
Seminggu |
Rahman Nur Muzammil masa 5 hari |
Ni gambar latest 42 hari. Masa ni sudah 4.3kg. |
Gambar pun tak mampu nak susun ikut turutan, satgi dia bangkit tak siap plak entry ni. Kehkeh. So kesian. Sekian
p/s: Lepas ni aku taktau bila lagi aku buleh updet blog
aku, aku harap aku ada masa. Aku ada
banyak benda nak tulis sesungguhnya, sehinggakan kadang-kadang bila dok basuh
pingganpun masa dok gosok span kat pinggan tu aku rasa macam jari-jariku sedang
mengetuk kibod laptop. Aku tak mampu nak
simpan semua benda dalam kepala. Haru..