Saturday, May 25, 2013

Taraaaa...



Mak back!  Intro tak  dan nak tulis tapi nak jugak updet blog yang sudah bersarang.  Bukan aku saja yang berpantang kali ni, dengan blog akupun turut berpantang sekali.  Anak-anak bersusun macam anak tangga walaupun cuma tiga, benar-benar mencuri semua masa senggang.  Mungkin kerana usia depa tak banyak beza.. lain kalau Rumaisa sudah mencapai usia anak dara, bolehla dia jadi assistant sekali sekala.   

Ohh, ini bukan rungutan.  Ini cuma luahan perasaan.  Aku tidak ingin menukarkan keadaan sekarang dengan apa jua sekalipun di atas mukabumi ini.  Biarlah rumah dah macam tongkang pecah, lantai bersepah dengan mainan anak-anak,  kain baju tidak berlipat, semua menanti hujung minggu untuk diselesaikan, walaupun yang mampu selesai cuma dua pertiga.  Apa yang penting, bahagia.  Dulu aku rasa penting jugak untuk rumah kelihatan kemas dan bersih dan tersusun bila ada tetamu datang, sekarang aku rasa tak penting lagi.  Aku masih tetap mengalu-alukan tetamu, cumanya kalau nak tengok semua benda tersusun rapi  sila pergi ke hotel The Everly yang baru bukak depan rumah aku.  Bukan di sini.  Kalau tidak melampau sangat bolehlah aku kata rumahku adalah ekspresi diriku sekarang ini. Kehkehkeh !  

Kelmarin 25hb aku tamat berpantang 45 hari ikut cara Melayu, berpantang makan dan minum benda-benda yang tak munasabahlah.  Yang masih dalam lingkungan munasabah untuk ditelan aku bantai jugak sekali sekala.  Tak mampu aku nak strict sangat, ibu beranak tiga perlu banyak tenaga untuk kegunaan hari-hari.  Kalau dok harap telan ikan kering, air kosong macam orang dulu-dulu aku rasa mungkin aku meroyan lama dah. Hehehe.  Percayalah, apa yang kita makan dan minum juga sangat membantu kesihatan otak dan cara bertindak sebenarnya.  Ni pendapat aku, sapa setuju angkat tangan.  Tak setuju boleh angkat kaki.  Macam tu jugak berkurung dalam rumah, pun aku tak buat sepenuhnya.  Bukan tak nak buat tapi keadaan semasa membuatkan aku tak mampu nak ikut.  Dari beranak kat Rumaisa lagi, aku dah redah semua larangan-larangan berpantang ‘cara mak-mak’ demi kesejahteraan sejagat isi rumah.  Tih tih tih.

Anak ketiga, namanya Rahman Nur Muzammil bin EnWTT.  Masa lahir beratnya 3.1kg.  Berat yang dalam jangkaan, kerana masa mengandungkannya memang aku jaga betul bab-bab pemakanan.  Bimbang kalau besar lagi macam Rasyid, 4.3kg masa caesarean terasa seksanya walaupun dibius separuh.  Caesarkan si Rahman pun aku tak tahu apa yang lama sangat, ditolak masuk ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi 9 April hari tu, jam 1030 pagi pembedahan bermula.  Jam 3 petangnya barulah aku ditolak balik ke wad.   Lama.  Apapun Alhamdulillah, semua sudah selamat.  Sekarang tinggal lagi masa untuk membesarkan dia, bersama-sama dengan abang dan kakaknya. 

Dan ini, Rahman Nur Muzammil.. cahaya mata ketiga kami. 

Seminggu selepas dilahirkan.

Abang dan adik
Seminggu

Rahman Nur Muzammil  masa 5 hari

Ni gambar latest 42 hari.  Masa ni sudah 4.3kg. 

Gambar pun tak mampu nak susun ikut turutan, satgi dia bangkit tak siap plak entry ni. Kehkeh.  So kesian.  Sekian

 

p/s: Lepas  ni aku taktau bila lagi aku buleh updet blog aku, aku harap aku ada masa.  Aku ada banyak benda nak tulis sesungguhnya, sehinggakan kadang-kadang bila dok basuh pingganpun masa dok gosok span kat pinggan tu aku rasa macam jari-jariku sedang mengetuk kibod laptop.  Aku tak mampu nak simpan semua benda dalam kepala.  Haru..

2 comments:

Rai Ahmad said...

Hidunggggggg mahai woh pacakkkkk... Siyes kak hidungnya mancung omg hemsem ni. Alolololo rahmannn bilalah kita nak jumpa niiiii...

Laxmi said...

Alalalala comeinyer edisi terbaru hang ni naja.. gewammmm ok tengok.. muka sebijik bulat jer cam abgnyer.. anyhow sorry sgt2 daling aku tak kol ko langsung pas ko banak.. nak sgt kol tapi u know wat.. aku nyer fon lama dah mampuih n aku takdak sumer no fon kengkawan.... including ko gak.. sadis sungguh!!!! kalo ko rajin pls la sms aku cakap sepatah pun jadik la cth: 'naja'... janji aku dpt save no hang lam fon aku.. kahkahkah sian aku kan :P.. harap2 ko sihat dah n dpt uruskan anak2 n rumah.. jgn riso bab rumah cam tongkang pecah aku paham sbb rumah aku pun memang centu.. cam ko cakap, dulu memang aku kelam kabut kemas b4 org mai.. now... sorry ler!!!! nak mai terjah ke or ngan appt ker.. sama jer pesen rumah aku tuh takdak aku nak kemas habuk sampah sarap, toys n segala mak neka documentation yg merata tuh.. wat u see is the actual fact.. malas nak berdrama!!! wakakakak.. take care daling.. me miss u soo much.. muaks to u n ur babies :)