Hari tu masa
menyertai acara berakit, kami singgah di Kampung Kuala Triang, dalam daerah
Bera di Pahang sana untuk program CSR Kementerian Kewangan pada keesokan
harinya. Pengalaman indah yang terpahat
di ingatan selagi tak nyanyuk. Insya
Allah.
Pada hari program CSR
tu, team aku ditugaskan membersih dan mengecat tadika Kemas di Kampung Kuala
Teriang. Oleh kerana team kami sangat
efisyen, maka kami bergotong royong membersihkan kawasan sekitar dengan menebas
segala rumput lalang yang tumbuh meliar
di belakang tadika tu. Siap tanam bunga
lagi. Moga lepas ini tadika Kemas
tersebut akan bersih berseri.
Budak-budak pun hepi nak datang dan cikgu-cikgupun ada semangat nak
mengajar.
Sepanjang program,
aku diekori oleh seorang anak kecil bernama Aishah. Aishah ialah anak penduduk sekitar, berusia 6
tahun. Teringat pula kat anak sendiri. Aishah ni sangat peramah, bertanya itu ini. Kakak keja apa, sapanya di awal bicara. Aku kata Aishah panggil makcikpun okey sebab
Aishah sebaya dengan anak makcik yang sulung.
Dia senyum-senyum saja. Jadi aku ceritalah serba sedikit perihal
Rumaisa dan menunjukkan gambar-gambar Rumaisa dalam hp aku kepada Aishah.
“Kalau
satu hari nanti saya besar dan masuk universiti, saya harap saya boleh berkawan
dengan anak makcik di universiti nanti” katanya sambil dalam hati aku
mengaminkan doanya semoga mereka berdua dapat masuk universiti.
“Makcik pandai lukis ? Kalau boleh makcik
lukislah sesuatu untuk saya jadi kenangan kita pernah berjumpa..” kata
Aishah. Petahkan ? Moga Aishah membesar menjadi anak soleh dan
bijak, berjaya dalam pelajaran juga hidup.
Ada rezeki bertemu lagi.
Aishah dan gambarnya yang aku cuba lukis. Hehe. |
1 comment:
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة المثالية للتنظيف بعنك
Post a Comment