Wednesday, July 18, 2012

Makan Robot



Rasyid            :           Mak.. kita makan lobot ?
Mak                :           Udanglah.. bukan robot.
Rasyid            :           Lobot
Mak                :           Udang
Rasyid            :           Lobot.  Lasyit taknak makan lobot… 
                                    (sambil suap nasik kosong)

Thursday, July 12, 2012

Selamat ulang tahun Bibik Tati

Pembantu rumah kami yang sekarang bernama Tati Sulastri.  Tugas beliau sebenarnya adalah pengasuh @ bibik kepada Rumaisa dan Rasyid dan banyak membantu dalam urusan rumahtangga.  Skema plak mak..  Oh ya, ni bukan nak cerita pasal ragam bibik yang macam-macam.  Alhamdulillah, Tati ini baik-baik saja.  Sepanjang dia bekerja, aku rasa hanya sekali saja aku bagi ceramah panjang lebar non-stop dua jam kat dia atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.   Selebihnya, syukur pada Allah.  Sepanjang dia bekerja dengan kami, tiada sangat masalah-masalah negara yang dibawa bersama.  Setakat kecil-kecil punya hal, boleh disetel.  Tati adalah bibik yang ke empat diambil berkhidmat dengan kami.  Cerita tiga lagi bibik nanti aku buat entry asing.

Baru-baru ni Tati telah menyambut hari lahirnya yang ke tiga puluh.  Bersempena dengan hari lahirnya maka aku dengan En WTT mengambil keptusan untuk meraikannya dalam majlis kecil-kecilan sesama kami ahli keluarga yang bahagia ini.  Motif nak habaq keluarga  kau bahagia ke tak bahagia?  Tih tih tih.  Tema sambutan juga masih sama seperti majlis-majlis harijadi ahli keluarga kami yang sebelum ini yakni terkejan-kejan kekalutan tapi kenyang tergolek sudahnya.  Burppp.. Alhamdulillah !

Kata Tati, ini adalah kali pertama sepanjang sejarah hidupnya bernafas di bumi ini hari lahirnya diraikan dan dapat pula hadiah serta merasa potong kek sendiri.  Sungguh sinetron bunyinya tapi hakikatnya memang begitu.  Di tempatnya, kos untuk meraikan hari jadi sekecil inipun sudah cukup untuk membiayai sebulan barangan dapur bagi keluarga sepertinya.  Stetmen Tati menginsafkan..  maka marilah kita bersyukur berada di negara yang makmur dan aman sentosa ini.  Usah cuba-cuba kau rosakkan ketenteramannya.  Hehhh.. tetiba !


 
Rumaisa dan Rasyid yang tak sabaq nak raikan besday bibik + potong kek


 
Happy birthday Tati, semoga dilanjutkan usia dan dirahmatiNya.

 
 
Makan-makan.  Makan ayam dan kek dan air sirap. Hehehe


Pengerusi majlis, Encik WTT



Tati bergumbira dengan hadiah yang diterima beliau.  Hehehe

Serendah SiKebun Bunga

Hari itu masa berkursus di Langkawi, ada beberapa hari aku  ambil cuti meluangkan masa dok kat kampung.  Best tak terkata.  Kalau aku ada kuasa ajaib, mau saja aku angkat bangunan tempat aku kerja ni pindahkan betul-betul di tepi rumah emak kat sana supaya aku tak perlu balik ke Putrajaya lagi.  Bukan aku tak bersyukur bekerja di Putrajaya yang agak kurang sesak trafiknya, tapi sungguh jiwa aku nun sentiasa di kampung halaman tercinta…

Macam biasa, intro harus syahdu baru le ombak rindu kaedahnya.  Okeh entry kali ni kurang cerita tapi ada gambar-gambar. 

Kat kampung hari tu, aku sempat bawak anak-anak pegi ke satu  resort stail kampung-kampung.  Serendah SiKebun Bunga Holiday Homes.  Resort ni terletak lebih kurang 10km dari rumah aku.  Dekat aja tapi aku tak pernah masuk merentas sampai ke dalam-dalam kawasan resort ni.  Pernah jejak kaki sekali masa tahun 2004, sekadar melihat-lihat kawasan sekeliling dari depan pejabat resort sahaja. 

Resort ini diusahakan oleh pasangan suami isteri, Dato’ Dr. Wan Azmi Ariffin dan isterinya Datin Sofiah.  Suasana sunyi dan ditemani dengan bunyi-bunyi unggas sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang menyukai percutian yang berkonsepkan alam semulajadi sambil ditemani dengan kedamaian hutan.  Boleh juga memancing atau mandi di anak sungai yang mengalir di tepi resort ini atau mendaki bukit di belakang resort ini untuk melihat keindahan dan kepelbagaian flora dan faunanya.

Harga untuk menginap di sini pada aku sangat berpatutan tengok kepada jenis bilik, dari serendah RM60 semalam sehingga RM100 bergantung kepada kemudahan yang disediakan.   Ada juga jenis dorm untuk disewa beramai-ramai sekiranya mau berparti liar.  Untuk maklumat lanjut boleh melawat di sini http://www.wanazmisik.com/serendahsik/ atau boleh saja call Datin Sofiah kalau mau bertanyakan apa-apa iaitu di talian 0136650999.  Jangan malu-malu, Datin Sofiah sangat peramah dan baik pula orangnya.  Hehehe..

Eh, kata kurang cerita tapi kesudahannya berjela jugak.  Maafkan mak yang sudah mentipu sekalian yang membaca.  Mari layankan gegambar semasa kami di sana.  Oh ya kami tidak tidoq di resort kerana jaraknya cuma sekangkang Godzilla dari rumah bonda tercinta.

 Di bawah ini adalah sebahagian daripada penginapan yang terdapat di Serendah SiKebun Bunga.  Menawarkan lanskap menarik pandangan.

















 Tengoh tuh, ada anak sungai betui-betui di belakang resort ini.   Boleh mengail ikan dan mandi-manda.  Berendamlah semahunya sampai kecut apa yang ada.. hehehe


 




Juga keindahan alam semulajadi dengan flora dan fauna yang memukau pandangan mata. 
 
 Ini adalah semut Pak Pandir.  Ribuan semut ini sedang bermigrasi entah ke mana.


Pokok ati-ati



Kolam ikan yang indah memukau pandangan
 

 
Rasyid sedang melawat kawasan.



 Sudah penat berjalan tibalah masa untuk Rumaisa dan Rasyid minum susu daripada ibu susuan mereka yakni lembu... kehkehkeh. Aku bergurau saja, tolong jangan diambil serius pulak ye, dah memang benar itu susu lembu.



 Sedapnya, sampai nak terlena…



 
Nyot nyot nyot..


 

 Sambung perjalanan.  Kiri dan kanan hijau duniaku.


Ini pokok depu atau gaharu.  Teras depu boleh dijual dengan harga di antara RM5K sekilo sehingga RM30K bergantung pada gred.  Menurut Datin Sofiah, teras depu menjadi rebutan di kalangan usahawan-usahawan  dari Timur Tengah. Terliur ?  Moh tanam depu pulak.. hehe
   
 Rupa paras pokok depu atau gaharu



 
 Pokok jelutong, ke sayup bintang tingginya. 

 
 Ni satu lagi pokok tinggi tapi tidak kutahu namanya, mungkin meranti atau cengal


Selain itu,  kawasan sekitar resort ini juga banyak dihiasi oleh pokok-pokok bunga yang menarik.  Ada antaranya yang ditanam dan ada yang tumbuh secara semulajadi.  Kat sini banyak aku amik gambar yang ditanam sebab yang semulajadi tak boleh nak pergi dekat kerana askar-askar ramai mau mengikut.  Mak takut ada ular dalam semak !



 

 

 

 









Cuba teka apa yang dipegang Rumaisa ?


  Taraaa.. sekuntum bunga semalu.

 
  Dan, dua beradik yang gembira menghabiskan sepagi di sana !







Thursday, July 5, 2012

Perfume (s)


Aku jarang-jarang beli perfume.  Tahap kejarangan membeli perfume itu  itu adalah sangat jarang.  Beli bila betul-betul berkenan sahaja.  Perfume pertama yang aku beli ialah The Spirit of Moon Flower keluaran Body Shop pada tahun 2006.  Tapi sayang sampai sekarang Body Shop tak keluarkan dah wangian ni.. memang wangi tahap aku buleh sengih sorang-sorang.  Gila wangi.  Harganya pun tak mahal, dalam lingkungan RM49.90.  Beli sebotol, bertahun aku guna.   Sebab aku jarang-jarang sembur perfume sebenarnya.   Bila dah dekat nak habis tinggal lagi sikit, kiranya dalam botol tu masih nampak sisa-sisa maka akupun berhenti pakai cukup setakat boleh tengok baki-baki dalam botol jadilah.  

 
The Spirit of Moonflower yang tersangatlah wanginya

Perfume ke dua ialah  Beautiful Sheer  dari Estee Lauder.  Beli pada tahun 2008 dekat Parkson Grand, Alamanda.  Parkson ni dibuka selepas  beberapa tahun Alamanda dibuka.  Kalau tak silap aku.  Ceritanya macam ni, masa tu Parkson Grand baru buka di Alamanda.  Jadi akupun rajinla pegi bertawaf ke sana dan bila ada peluang mencuba  perfume yang dijual kat sana, hati terpaut sudah dengan kewangian Beautiful Sheer ini.  Namun oleh kerana harganya yang sangat mahal pada aku, niat nak membeli tu ditangguh berbulan-bulan lamanya sampaikan ada part gaji aku yang aku tolak tepi semata-mata nak beli perfume ni.  Gigihkan mak ? Hehehe.  Sebulan RM50 aku simpan, cukup bulan ke empat hati sudah tidak menahan, mintak En WTT tambah.. Maka dapatlah perfume tu sebotol.  RM270.  Gila. Ok pada aku memang gila sebab aku tak pernah beli perfume semahal tu. 

Dengan Beautiful Sheer ni aku sempat pakai satu hari saja dan pada hari kedua, nak dijadikan cerita di awal-awal subuh bila buka lemari demi terpandang saja botol Sheer Beautiful ni, terdetik rasa benci yang sungguh mendalam.  Sepertinya aku dan Beautiful Sheer ni pernah ada sejarah hitam di masa silam.  Ku pendamkan jua.  Entah mengapa.  Daripada dok rasa wangi macam di kayangan, terus rasa bau longkang yang tak terhingga.  Sehingga sampai satu tahap bila pandang  botol pun sudah tak mampu membendung rasa benci yang menjadi-jadi.  Rupa-rupanya ini adalah pembawaan.  Mak disahkan mengandung anak sulung selepas sehari membeli Beautiful Sheer. Kehkehkeh.  Ok, kita salahkan pembawaan.  Serious aku benci dengan perfume ni sampaikan bila terfikir botol perfume ni ada kat dalam rumahpun, mengundang seribu keresahan.  Akhirnya, aku jual kat kawan aku yang kebetulan tengah himpun duit jugak nak beli perfume yang sama.  Sudahnya   setelah baru sekali sembur  maka Beautiful Sheer ni bertukar tangan.  Aku jual dengan harga RM200.  Okey, selesai sudah beban hati emosi mak nih ! 


Benci bilang cinta punyer perfume !

Lepas tu aku beli koleksi perfume keluaran Body Shop.  Harganyapun masih dalam lingkungan kemampuan untuk rakyat berpendapatan sederhana seperti aku. Hehehe. Antara yang menarik ialah Moroccan Rose, Neroli Jasmine dan beberapa lagi.  Perfume Elianto pun buleh tahan wanginya jugak.  Itupun ada yang aku simpan, ada yang aku bagi kat kawan-kawan dan jugak bibik-bibik Rumaisa dan Rasyid terdahulu.  

Moroccan Rose – bau ros keras banget !
 

Sensation by Elianto – kejap wangi, kejap busuk !


Pada tahun 2009, sekitar bulan Mei aku pergi berkursus di Langkawi.  Beli pulak sebotol Luscious Pink by Mariah Carey.   Tersangat wangi.   Alasan beli adalah untuk meraikan diri sendiri.  Alasan yang selalu digunakan bila membeli sesuatu yang tidak termasuk dalam senarai bajet tahunan. Heheheeh.  Pakai beberapa kali dan peristiwa samapun berulang.  Kebencian meluap-luap pada satu ketika.  Tapi tak terasa nak buang.  Cuma aku bungkus botolnya dan lempar masuk stor.   Selepas bersalin ke Rasyid, bila nak guna sudah rasa tidak serasi dengan jiwa keibuan mak ini.   Akhirnya daripada terbiar tidak berguna, aku berikan pada seorang rakan.  Wangi katanya.  Ok takpa, pakailah dari terbuang begitu saja. 


Sudah bagi kawan !


Lepas pada tu aku guna Johnson’s Baby Cologne saja.  Baupun sesedap rasa, lembut gitu.  Dari mak ke anak, baupun sama saja. Keluarga bahagia.   



Hinggalah akhir tahun lepas, masih lagi di Alamanda kejadiannya.  Menjengah butik  Yves Rocher, terpaut pada satu harumannya yang bertajuk Flower Party.  Wangi.  Sangat manis baunya.  Bulan 11 tahun lepas aku beli.  Macam biasa, Flower Party ni dikongsi semua anak beranak termasuk Rasyid dan Rumaisa.  Lepas mandi dua ketui anak ni akan sembur-sembur dan bersantai di rumah sambil memuji sesame sendiri akan kewangian masing-masing.  Baby cologne yang aku belikan untuk depa sempena birthday masing-masing langsung takmau sentuh dah.  Tak wangi katanya.  

Yves Rocher – Flower Party.   
Sangat wangi.. semerbak bau bunga dan aroma manis-manis.
 

Seterusnya dua minggu lepas aku pi Langkawi kerana berkursus.  Jengah kedai perfume, teruja dengan Harajuku Lovers – Love dari Gwen Steffanie tapi kerana belum gaji maka niat untuk membeli ku pendam jua.  Alih-alih beli sebotol miniature Anna  Sui untuk diri sendiri.  Dan sebotol Provocative Woman by Elizabeth Arden untuk bibik, sempena birthdaynya yang ke 30 pada 22 Jun lepas.  Bibik teruja, hampir nak menangis.  Kerana katanya ini adalah perfume yang pertama yang dia mampu miliki sepanjang hayatnya.  Sadis.

Harajuku Lovers by Gwen Steffanie - hasrat terpendam.


Miniature Anna Sui – Live Your Dream

 
Provocative Woman by Elizabeth Arden – hadiah untuk besday bibik

Semalam pergi Parkson, jalan-jalan.  Promoter bagi try haruman Pulse dari Beyonce dan Can Can daripada Paris Hilton.  Owhhhh terus jatuh cinta.  Gila yang tiada titik noktah. Gila perfume pulak mak akhir-akhir nih, sebelum ni gila Tupperware.  Gila Corelle.  Gila kasut.  Gila handbag.  Gila buku.  Gila DIY.  Gila nak menjahit.  Kegilaan yang datang secara bermusim dan semoga tidak berpanjangan.  Ahhhh, jadi perempuan memang banyak cabang gilanya !

 
Beyonce Pulse – wangi  owhhh ! 

 
Paris Hilton Can Can.  Meroyan dibuatnya !

Thursday, June 28, 2012

Baju kurung biru..



Ada sepasang baju kurung biru gelap bunganya hijau-hijau,  yang aku sangat suka pakai sejak dari hari pertama siap iaitu tahun 2005 kalau tak silap.  Harga RM28 untuk empat meter.  Beli di pasar malam.  Upah jahit untuk sepasang baju kurung dengan leher jahit mata lalat, cuma RM21.. gila murah.  Pada masa tu lah. 
 
Dalam seminggu bekerja, aku tak pernah miss pakai baju ni sekurang-kurangnya sekali.  Selesa punya pasal.  Kadang-kadang bila aku pakai hari Isnin, hari Jumaat aku blasah pakai lagi.  Pedulikanlah.  Sebab aku bukan jenis yang rajin pegi hantar baju kat tailor jahit setiap bulan.  Dan kalau aku dah selesa dengan satu-satu baju tu, pakai tiap-tiap haripun aku tak heran. Kehkehkeh.

Nak dijadikan cerita,  musim raya haji tahun lepas aku kumpul kain lama-lama yang aku beli entah dari tahun bila.  Ada 15 pasang.  Sekaligus aku hantar ke tailor.  Bila dah siap, wahhhh banyaknya baju mak!  Like dan like.  Jadinya baju kurung biru tadi tersimpan dalam almari, sepi tak dipeduli.  Sehinggalah seminggu lepas, tetiba rindu rasa nak pakai balik.

Jadinya pada satu subuh yang bening, tengah belek-belek baju tersebut untuk dipakai ke opis tetiba terperasan yang jahitan di bawah dah terbertas.  Mesin jahit ada tapi kerana kegigihan melanda dan konon-konon untuk hasil jahitan yang lebih eksotik, maka mak pun jahit pakai tangan.  Eksotik le sangat kan.. dari jam 6.30 menjahit, 45 minit selepas itu setelah melihat hasilnya akupun tersenyum puas ati walaupun terasa lenguh cervical vertebrae menganjur ke thoracic vertebrae.  Kemain eksyen habaq vertebrae bagai.. nak habaq lenguh tulang tengkuk je pun sebenarnya !

Maka selepas itu bersiap-siaplah untuk iron baju tu walaupun selama ni aku jarang iron baju. Nak dikira-kira, setahun ada la kot tiga empat kali.  Hahahaa.  Ok, mak memang alah bau yang terbit dari iron.  Buleh mendatangkan migraine dan mengubah mak menjadi seorang psikopath anti-sosial untuk sehari suntuk ! Tapi demi kerana  sepasang kurung biru maka aku hadap jua.  Maka baju kurung itu dibentangkan di papan iron.  Ironpun dipanaskan pada laras kepanasan yang sesuai.  Seterusnya dengan senang hati akupun mau memulakan kerja menggosok.  Demi terletak saja iron tu di baju… srssssssssssss !  Hilang kata-kata.  Terasa sia-sia 45 minit tadi tekun tunduk-tunduk menjahit sampai kebas-kebas  kepala.   Angkat saja iron tadi, elok-elok saja terbentuk lubang sebesaq plat iron tuh.  Sebijik-sebijik !  Dan kain yang melekat kat besi plat iron tu pun tidak dapat dinafikan lagi tahap kerangupannya.  Bila dipegang terasa zrassss zrasssss… pecah seperti kepingan-kepingan, lalu hancur berderai.  Sehancur hati ku  yang kehilangan baju yang paling selesa yang pernah ku miliki selama hayat. 

Aku ?  Pasrah.  Ya, redho itu ikhlas.. pasrah itu berserah !  



Baju kurung corak inilah yang terkorban tu.  Ini kainnya.