Thursday, June 28, 2012

Baju kurung biru..



Ada sepasang baju kurung biru gelap bunganya hijau-hijau,  yang aku sangat suka pakai sejak dari hari pertama siap iaitu tahun 2005 kalau tak silap.  Harga RM28 untuk empat meter.  Beli di pasar malam.  Upah jahit untuk sepasang baju kurung dengan leher jahit mata lalat, cuma RM21.. gila murah.  Pada masa tu lah. 
 
Dalam seminggu bekerja, aku tak pernah miss pakai baju ni sekurang-kurangnya sekali.  Selesa punya pasal.  Kadang-kadang bila aku pakai hari Isnin, hari Jumaat aku blasah pakai lagi.  Pedulikanlah.  Sebab aku bukan jenis yang rajin pegi hantar baju kat tailor jahit setiap bulan.  Dan kalau aku dah selesa dengan satu-satu baju tu, pakai tiap-tiap haripun aku tak heran. Kehkehkeh.

Nak dijadikan cerita,  musim raya haji tahun lepas aku kumpul kain lama-lama yang aku beli entah dari tahun bila.  Ada 15 pasang.  Sekaligus aku hantar ke tailor.  Bila dah siap, wahhhh banyaknya baju mak!  Like dan like.  Jadinya baju kurung biru tadi tersimpan dalam almari, sepi tak dipeduli.  Sehinggalah seminggu lepas, tetiba rindu rasa nak pakai balik.

Jadinya pada satu subuh yang bening, tengah belek-belek baju tersebut untuk dipakai ke opis tetiba terperasan yang jahitan di bawah dah terbertas.  Mesin jahit ada tapi kerana kegigihan melanda dan konon-konon untuk hasil jahitan yang lebih eksotik, maka mak pun jahit pakai tangan.  Eksotik le sangat kan.. dari jam 6.30 menjahit, 45 minit selepas itu setelah melihat hasilnya akupun tersenyum puas ati walaupun terasa lenguh cervical vertebrae menganjur ke thoracic vertebrae.  Kemain eksyen habaq vertebrae bagai.. nak habaq lenguh tulang tengkuk je pun sebenarnya !

Maka selepas itu bersiap-siaplah untuk iron baju tu walaupun selama ni aku jarang iron baju. Nak dikira-kira, setahun ada la kot tiga empat kali.  Hahahaa.  Ok, mak memang alah bau yang terbit dari iron.  Buleh mendatangkan migraine dan mengubah mak menjadi seorang psikopath anti-sosial untuk sehari suntuk ! Tapi demi kerana  sepasang kurung biru maka aku hadap jua.  Maka baju kurung itu dibentangkan di papan iron.  Ironpun dipanaskan pada laras kepanasan yang sesuai.  Seterusnya dengan senang hati akupun mau memulakan kerja menggosok.  Demi terletak saja iron tu di baju… srssssssssssss !  Hilang kata-kata.  Terasa sia-sia 45 minit tadi tekun tunduk-tunduk menjahit sampai kebas-kebas  kepala.   Angkat saja iron tadi, elok-elok saja terbentuk lubang sebesaq plat iron tuh.  Sebijik-sebijik !  Dan kain yang melekat kat besi plat iron tu pun tidak dapat dinafikan lagi tahap kerangupannya.  Bila dipegang terasa zrassss zrasssss… pecah seperti kepingan-kepingan, lalu hancur berderai.  Sehancur hati ku  yang kehilangan baju yang paling selesa yang pernah ku miliki selama hayat. 

Aku ?  Pasrah.  Ya, redho itu ikhlas.. pasrah itu berserah !  



Baju kurung corak inilah yang terkorban tu.  Ini kainnya.

6 comments:

Lady RaRa said...

aku paham perasaan itu kak naja

sebab aku penah bagi jahanam baju sutera faveeret mak aku beli kat vietnam dan dia baru pakai sekali.

feeling dia sama kak naja.

sama! tak tipu. cuma tambah satu feeling aku.


takut.

kehkeh.

Naja Naja said...

Rye - hahaha. ok aku faham perasaan takut hang itu. titik !

Mya said...

saya tumpang sedih kak.
empati kata orang.

Maqx said...

Mana gambaq zrassss tuh... aku nak tengok...

owh satu lagi, mai nak tengok hasil jahitan yang membuatkan hang tersenyum puas ati walaupun terasa lenguh cervical vertebrae menganjur ke thoracic vertebrae....

aku nak gelak, tapi nanti ko kata jgn la gelak, ko dalam kesusahan nih!!! hahahaha

Naja Naja said...

Mya - terima kasih berkongsi kesedihanku. Hehe

Maqx - Baki zrasss telah aku potong2 untuk dijadikan langsir tampal petak2.. dan part jahitannya juga amatlah halus sehingga tidak buleh nampak dengan mata kameraku, walopun GF1. kekekek

Naja Naja said...

Zrassss tu xleh nak tangkap dah jadi debu.