Tajukpun ringkas sebab nak cerita ringkas saja.
Minggu lepas mak telah berkampung di wad kerana Rahman demam. Lama
juga di sana dan cemuihnya ya amat, tapi tahankan jua demi nak tengok Rahman
sihat walafiat. Rahman demam disebabkan oleh jangkitan bakteria dalam
darah, mengikut kata doktor yang merawat. Kesian. Masa mula-mula
demam suhu tinggi mendadak sehingga 41.5c. Kalau rendahpun masih mencecah
39c gitu. Selepas lima hari di wad, barulah suhunya turun ke 37.9 dan
akhirnya setelah dua hari terakhir, Alhamdulillah.. kembali normal. Seminggu
jugakla kami dua beranak berkampung di sana.
Rahman diberi katil baby yang ada pagar keliling tu. Aku pula
diberi sofa yang empuknya macam duduk dalam kuih pau gergasi. Tapi oleh
kerana Rahman jenis dari kecilnya tidur di lengan mak, maka terpaksalah sofa
empuk tu dilupakan dan mak pun join tidur mengerekot dalam katilnya selama
seminggu jugak. Nak pula bila sakit, memang taknaklah dia berpisah dari lengan
mak yang sado nih.. kihkihkih. Dan mujurlah sangat katil tu jenis besi
padu yang mampu menampung berat mak ni nak oiii.. kalau katil kayu macam baby
cot tu aku rasa dari hari pertama lagi katil tu cedera parah patah riuk.
Tapi seksa jangan ceritalah macam mana mak nak menyesuaikan diri duduk dalam
katil tu dengan anak lagi. Hari-hari dok buat gimnastik artistik lentik
sana lentur sini demi nak menyesuaikan diri dengan kesempitan katil tu.
Dua hari pertama nangisss.. masuk hari ke tiga dan seterusnya dah selesa kerana
mak sudah boleh berkolaborasi dengan katil tersebut. Kalau sebulan duduk
situ, tak mustahil buleh wakil Malaysia ke Sukan Olimpik dalam acara gimnastik
artistik di Rio de Janeiro pada 2016 nanti.
Pengalaman di situ Alhamdulillah, doktor dan nurse sangat
baik. Makanan pun sedap. Kemudahan 5 bintang. Ada bilik
bacaan untuk anak-anak, bilik mainan, bilik menonton TV. Pendek kata
walaupun cemuih tapi takda risiko nak mati kebosanan di sana. Tapi walau
macam mana pun best pun, seboleh-bolehnya tak naklah masuk lagi.. Doakan agar
kami sekeluarga sihat-sihat sahaja selepas ni. Amin.
Ni Rahman masa kat sana..
Ni pula beberapa menu hospital yang dihidangkan sepanjang kami di sana. Sedapkan...
Dan ini tempat kami berdua beradu.. tengok katil tu.. katil tu...
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment