Wednesday, December 18, 2013

Gili-gili di Lombok



Sambung cerita Lombok hari tu.  Aku ni haram tak reti nak bercerita ikut kronologi, hari pertama pi mana.. hari ke dua pi mana, apa aktiviti, buat apa kat sana.  Tapi yang pasti percutian ke Lombok ni antara yang best yang pernah aku pi. Hehe.




Aktiviti hari kedua kami di Lombok adalah pergi ke tiga gili (pulau) yang cantik.  Perjalanan dari Senggigi mengambil masa sejam untuk sampai ke pelabuhan kecil tempat di mana kami akan menaiki bot ke Gili Sudak, Gili Nanggu dan Gili Kedis.  Tiga gili ini  adalah antara puluhan pulau kecil yang bertaburan di sekitar Lombok.  Cantiknya Subhanallah, sesiapapun pasti tidak akan menyesal bila sampai di sana kerana dapat merasai keindahannya dengan pasir halus putih gebu seperti debuan, dengan air laut yang sejernih kristal.  Dengan segala pemandangan indah di depan mata, sungguh terasa betapa agungnya kuasa Yang Maha Pencipta. 




Ada satu lagi Gili Trawangan yang sungguh popular namun katanya jaraknya agak jauh dari pulau dengan ombak besar yang melambung-lambung maka tidak sesuai untuk kami yang membawa anak-anak kecil bersama.  Lagipun semasa berurusan dengan Pak Azis iaitu pemilik agensi pelancongan Lombokfriendly.com, telah dinyatakan awal-awal aku mahu percutian berkonsep santai yang sesuai dengan usia anak-anakku bertiga. Almaklum anak-anak ni, kalau dah letih berjalan jauh-jauh kesian pula nanti kepenatan dan kesemonan. 



Rumaisa yang hepi dapat naik bot.  "Dah lama kakak tak naik bot",katanya.  Padahal memang tak pernah naik bot kut !

Rasyid kusyuk memerhati percikan ombak.  Rahman pula serasi sungguh dengan Adi, pemandu kami sepanjang di Lombok.  Di belakang ialah Pak Anas, boatman.  Semuapun cool belaka.



Perjalanan pertama kami pada pagi itu ialah ke Gili Nanggu, pulau cantik dengan pasir putih tempat yang sesuai untuk snorkelling.  Ramai pelancong ‘matsaleh’ sedang berjemur, bersnorkeling dan sebagainya masa kami tiba di sana.  Mari tengok betapa cantiknya Gili Nanggu ini dan Rasyid serta Rumaisa tidak melepaskan peluang untuk turut berjemur dan mandi manda di tengah panas terik kerana tidak mampu menahan godaan air jernih dan deburan ombak kecil yang memanggil-manggil.  Berjemur sampai berkilat-kilat badan kedua anakanda itew.. tapipun peduli apa yang penting boleh mandi laut.

 
Jangan buang sampah merata-rata.

Rahman buat muka kesian mintak nak mandi kot, tapi panas sangat.  Duduk bawah pokok dengan emak sudahla..

Rasyid dan Rumaisa mandi sambil diawasi Adi.

Lihatlah airnya yang jernih tu..

Dan, bahagianya Rasyid dapat berendam sampai berkilat-kilat badan.

Mereka lagi

Jernih airnya.


Papan tanda yang tedapat di Gili Nanggu.  Gili Nanggu adalah pulau persendirian, kata Adi.

Rahman sedang menikmati sepoi-sepoi angin laut yang nyaman.
 

Dua pasang kaki alien yang terbakar kehkeh !




Sejam lebih di Gili Nanggu, kami dibawa pula menaiki bot ke Gili Sudak untuk makan tengahari.  Hidangan eksotik pulau Lombok iaitu nasi putih, ikan bakar dan juga pelecing kangkung eh ke apa nama dia tak ingat pulak, tapi macam kangkung rebus dan juga sambal belacannya yang sedap tak hengat !!  Ditambah pulak dengan air kelapa muda, minum di tengahari rembang.. apa lagi yang hang mau ? Kenyang tersadai kami semua kat pulau tu buat seketika.  


Hidangan kat sini untuk satu orang berharga 65000 Rupiah.  Masa tu sebab ada 5 dewasa termasuk aku, EnWTT, Adi (pemandu), dan juga tekong serta awak-awak bot jadi kami order makan tengahari untuk 6 pax.   Sekali bila makanannya sampai ke meja, dapat seorang sekor ikan yang besar gedabak.  Seekor tu buleh share bertiga kot.  Hah.. jenuh makan ikan, makan sampai terdampar kami kat Gili Sudak tu, melampau sungguh.  Siap bungkus bawak balik lagi dua ekor untuk makan kat bilik :)

Gambar  tak ikut kronologi ye, tak reti nak nyusunnya.
 

Anak-anak Gili Sudak.

Sempat lagi main pasir sementara menunggu makanan siap dimasak.


Warung makan di Gili Sudak

Nyumm..nyummm..nyummmm



Kami sekeluarga.  Semua gelap-gelap.  Rahman jer la sorang yang nampak bersinar dalam gambar ni. Haha

EnWTT yang kekaguman dengan hidangan tengahari yang eksotik.



Lepas makan kami menuju ke Gili Kedis.  Antara gili yang terkecil dalam taburan pulau-pulau di sekitar Lombok.  Kecil sungguh,  aku rasa dewan serbaguna kat pejabat aku lagi luas daripada Gili Kedis ni.  Macam biasa, pemandangan cantik memukau mata menyambut kami setibanya di sana.  Budak-budak berdua tu pun tak melepaskan peluang untuk mandi.  Syiok sangat mandi kerana airnya jernih, tenang dan bersih.  Takdak orang pulak tu.  Kat sini mereka mandi sambil diawasi oleh Adi dan Pak Anas, boatman yang rajin melayan anak-anak.   


Gambar dalam kamera aku ni tak berapa cantik sangat sebab aku tersilap setting kamera aku jadi apantah, yang cerah jadi gelap yang gelap jadi cerah plak. Kehkehkeh.  Nanti lah, bila rajin (bila pun taktau lagi) aku tempek yang dalam kamera EnWTT tapi dalam entry asinglah. 

 

Gili Kedis dari kejauhan.

Rahman dan pak angkatnya.. serasi benar gayanya.

Rasyid tak sabar lagi nak mandi.








Rumaisa sedang mandi sambil diawasi Pak Anas.  Rasyid bermain di gigi air. Wtt tak lekang dengan kameranya.

Pak Anas, boatman pada hari kejadian.

"Ini kaki bintang laut,"kata Pak Anas kepada Rumaisa dan Rasyid.  Sesi mengenal tapak sulaiman kaedahnya.

Tapak sulaiman yang dikumpul Pak Anas.

Jernih air laut.

Gili Kedis, satu hari nanti kami pasti datang lagi.


Ni masa nak balik dah, Pak Anas, Rahman yang terlentok lena, Adi dan juga Pak yang tidak ku tahu namanya.  Mereka baik-baik belaka.  Semoga berjumpa lagi di lain masa.

 
Untuk yang mahu ke Lombok, aku rekemen sangatlah perkhidmatan Adi ni sebagai supir merangkap pemandu pelancong.  Sangat-sangat membantu, tak banyak cengkadak.  Jujur dan mesra anak-anak.  Kalau mahu ke Lombok jangan segan-segan melayari www.lombokfriendly.com, carilah Pak Azis.  Adi bekerja dengan Pak Azis.  Insya allah percutian anda ke sana pasti akan menjadi kenangan manis di kemudian hari.

Sekian adanya.



3 comments:

NOR SHAFIZA ABDUL WAHAB said...

SALAM NK tanya berapa erk harga pakej ke sane? bile mase yang sesuai nk ke sana ?

fazian batrisyia said...

cantik juga tempatnya...tak pernah try nak tgk...

melancong_murah _baloi said...

salam pelancongan semuanya, berminat melancong ke LOMBOK Indonesia yukk bersama kami team melancong murah baloi.

we serve you better :D

0175367426 -NURUL INSYIRAH
Facebook: melancong murah baloi
Instagram : melancong_murah_baloi