*Gaya tido lena selepas 'pekena' lagu Tepung Cucoq Adabi
Ada budak2.. time tido dorang mesti didodoi2... takpun dinyanyikan lagu2, zikir.. tahmid.. dan sebagainyer. Macam tu jugak dengan Rumaisa. Nak plak dia jenis kuat berjaga malam, selagi tak jam 2 pagi.. mata tu bulat je. Letak dalam buaian xnak plak buaian tu diayun2 saja.. mesti nak diringi dgn bunyian2 tertentu. Kadang2 smp habis dah semua tema lagu, nasyid.. lagu rock, r&b.. lagu dodoi2 la, zikir.. tahmid... tak jugak lena. Bila kita sengap dia mula buat lagu sendiri.. tu yg tak tahan!
Satu hari tu.. sebab aku dah penat nyanyi kat dia smp lapar gilababas, aku soh Zikri plak take over. Pastu aku g dapur buat hal sendiri. Macam biasa, Zikri pun mula dok berzikir kasik Rumaisa dengaq.. pastu sambung dgn beberapa lg lagu kanak2.. sekali keriau pulak, bohsang kot. Tetiba dia sengap bila Zikri mula nyanyi lagu nih.. akupun perati dengaq lagu apa kot2 nanti bley nyanyikan pulak...
Sekali daaaa lagu ini yg Rumaisa suka... ahakssss!
" Kami dah pulang
Emak buat cucur
Mudah saja tambah air
Adun sebati goreng dan sedia
Tepung cucur adabi namanye..
Kami nak lagi bolehkah cepat?"
Kalau korang semua rajin tengok iklan tv, mesti teringat iklan tepung cucur adabi tu kan... hikhik! Ntah bila masa la Zikri dok menghafal lagu nih.. kagum gak aku. Nasib la Rumaisa, lagu tepung cucur adabi pun xper la janji ko bahagia anak oiii!