Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya

Esok aku dah start bercuti, balik kampung. Yeahooooooo.... saat yang ditunggu2. Skang ni memang dlm mood beraya. Pepagi on pc pun terbayang hari raya je takde benda lain dah. Tahun ni aku tak buat baju raya, pakai yg tahun lepas punyer.. sebabnye, aku tak lalu nak pi pilih2 baju.. Kasik chance kat Rumaisa aje lah, agaknyer tahun ni tiga pat pasang jugak baju raya untuk dia.. aku dah beli sepasang baju kurung, maklong dia beli 2 pasang baju kurung... makteh plak beli sehelai gown.. cukup la, dah banyak sangat tu.

Kedatangan hari Raya disambut dengan bermacam2 perasaan.. bergantung kepada environment jugak.. ada yg hepi, ada yg tiba raya je mcm nak berperang laki bini sebab berebut giliran.. sebenarnya kalo ikut giliran takkan jadi perang tapi masalahnyer kalo ada satu2 pihak yang asik nak giliran rumah keluarga dia aje tiap kali beraya... tak adil kan. Dah nama pun berumahtangga, kenalah bertolak ansur.. Aku timbulkan soal ini kerana kesian pada seorang kawan yang dituduh derhaka kerana enggan ikut suami balik beraya di rumah mentua pada tahun ini, padahal tahun lepas sudah beraya di sana. Suami pula bila time nak raya ni lah tetiba jadi tidak matang.. Mementingkan diri sendiri, ikut emosi. Asyik pentingkan emak sendiri.. Hukum ikut suka ati.. Menangis jugaklah kawan ni. Asyik dia aje yg berkorban perasaan.. Pada fikiran aku yg tak cerdik sangat ni, aku rasa hati ibu kenalah dijaga kedua2 belah pihak tidak kira ibu sendiri atau ibu mentua. Tak ada pulak dalil-dalil atau nas-nas dalam Al Quran mahupun hadis yang mengatakan hanya hati ibu di sebelah2 pihak tertentu je yang perlu dijaga.. sedangkan lagi satu kita boleh abaikan.

Menjadi pemimpin di dalam rumahtangga haruslah bersikap adil dan saksama.. muhasabah diri haruslah sentiasa ada, sentiasalah tambah ilmu pengetahuan di dada agar tidak menghukum yang bukan2.. semata untuk memenuhi tembolok dan kepentingan sendiri. Pendek kata, kalau bertolak ansur adalah kemanisannye di situ. Jika tidak mahu bergilir2 menyambut hari raya di rumah ibu sendiri atau rumah ibu mentua, boleh saja balik asing2 kalau dah nak sangat momen2 bersalam dengan ibu di pagi hari raya tidak dapat dikecualikan... tidak ada yg salahnyer asal hati merelakan dan saling meredhai. Janganlah berat sebelah.. hehehhee
Oh dah le.. semoga semua pun menyambut hari raya dengan penuh ceria dan gembira pada tahun ini. Di kesempatan ini aku nak minta maaf zahir dan batin kalo tersalah cakap, kerana ada masanyer akupun sengaja mengutuk dan mengata.. mengumpat pun ya, mengadu domba.. 'cicah daging busuk' sekali sekala.. kerana putaran kehidupan kita tidak pernah ada yg sempurna. Dan, semoga berbahagia di samping keluarga tercinta, sanak saudara, sahabat handai.. kerana kita sentiasa mengimpikan sambutan hari raya yang sentiasa ceria lagi bermakna.

Thursday, September 10, 2009

Perempuan Cantik

* Makmur yg sangat menggoda itu...

Dalam dua tiga hari lepas, setelah tawaf satu pasar ramadhan di perkarangan Billion Bangi tu tetiba aku kelaparan biskut makmur. Ini adalah kerana aku telah tergoda dengan satu gambar yang telah ditunjukkan oleh Fina dalam satu website yg memaparkan kegebuan dan kemontokan biskut itu. Fuhhh...

Dengan mengusung Rumaisa yg sekarang beratnya sudah mencapai 8kg++ (semput aku..) sekali lg akupun tawaf la di lobi Billion itu berpusing2 mencari biskut makmur, namun hampa jua adanyer. Mata beralih pula melihat baju kurung kecil, belek2 sekejap kalau2 ada yang padan dengan Rumaisa. Tetiba dari jauh mata aku nampak seorang perempuan yang cantiknyer wahhhh.... mmg tak kelip mata. Hehehe. Kulit putih gebu, pendek kata segala2nyapun gebu la. Solekannya pun agak tebal, sekali tengok mcm Elizabeth Hurley dalam versi Melayu. Rumaisa pun tertoleh2.. perasan kami memerhatikannya, dia pun melemparkan senyuman yang sungguh menawan. Selepas itu akupun sambunglah belek2 baju kurung.

Tetiba perempuan cantik itu menghampiri kami, tersenyum2 dan mencuit2 Rumaisa.. Rumaisa pun apa lagi terkekeh2 ketawa.. suka gamaknyer. Dan.. "amboiiiii, comelnya baby. Sapa nama dia ni akak?" Aku terkujat2.. Rumaisa pun dari sengih2 suka td terus berkerut2 mukanyer.. tetiba keruh air mukanya mcm mahu menangis. " Heheehhe.. nama dia Rumaisa. Ala, semua babypun comel..." jawap aku. "ohhhh..." lepas itu dia menghulurkan tangan mahu mendukung Rumaisa tetapi cepat2 Rumaisa mengelak. "Jual mahal baby ni... menyampahhhhh akak!" guraunyer sambil menghadiahkan satu das tepukan di bontot Rumaisa. Lepas itu dia pun membye2 kami berdua sambil berjalan lenggang2 itik berlalu.

Sungguh tak sangka, perempuan cantik yang kami berdua terkagum sebentar itu rupa2nyer... hehehehehh! Body dah terliang lentuk, kalo tak kerana suaranya yang macam honk lori tayar 18 itu, sah kamipun tertipu. Kekadang kepalsuan mmg mengabui mata :D



** Gambar hiasan aje..

Friday, September 4, 2009

Ramadhan Yang Blues...

Lama tak jengah blog aku... selamat berpuasa kepada semua rakan2 muslim. Macam sekejap saja pejam celik pejam celik, sedar2 hari ni dah hari ke 14 kita umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, hari ni aku rasa hari aku paling sihat sepanjang dua minggu lepas.. teruk benar kalo tidak. Hampir seminggu datang kerja dgn muka sembab.. mata asyik nak terpejam macam lah kelopak mata disangkut seguni batubata.. tetapi tidak mengantukpun! Dugaan untuk ibu mengandung kot...
Bermula pada 1 Ramadhan hinggalah hari ke 10, aku berpuasa di kampung.. saja balik menemankan emak kerana dia tak berapa sihat, kesan demam chikungunya rupa2nya memang lambat hendak sembuh. Sudah hampir 4 bulan emak aku tak dapat berjalan.. kalopun buleh, dua tiga langkah. Selebihnya emak bergerak dengan kerusi beroda ke sana kemari di dalam rumah menguruskan kerja-kerja harian. Jauh di sudut hati, aku rasa sangat bersalah kerana dalam keadaannya begitu, aku tak dapat meluangkan masa yang cukup banyak untuk membantunya. Pada bulan 6 yang lepas aku mengambil cuti selama 2 minggu, dan 1 minggu lagi pada bulan Ogos untuk balik menemaninya.. namun waktu yang sedikit itu macam tidak mengubah apa2.. cumanya terkesan di wajah emak rasa hepi kerana aku balik, walaupun tidak dilafaz dengan kata2.. naluri aku dapat merasakan.
Sampai masa nak balik sini, macam biasa aku salam dengan emak.. dengan wajah hepi2.. emakpun hepi2 saja.. masuk dlm kereta selepas membye bye emak sehingga wajahnya luput dari pandangan, aku meraung sorang2.. meraung sesungguh2 ati, Rumaisa tengok aku dengan perasaan hairan.. Itulah manifestasi daripada perasaan yang ditahan2.. kerana kalo aku menangis semasa bersalam dengan emak, pastilah dia pun akan menangis juga. Hendak tak hendaklah kenalah aku tunjuk kuat..
Terima kasih kepada Zikri yang memberi greenlight kepada aku untuk balik berpuasa di kampung menemankan emak, terima kasih kerana pengorbanannya sanggup berbuka puasa sorang2 ala kadar sepanjang aku di kampung!