Wednesday, July 13, 2011

Sesuatu di sebalik sesuatu...

Tajuk takleh blah.. sesuatu la sangat. Nak cerita je, aku ada bermacam angan-angan. Dulu aku beli mesin jait bertajuk Singer, cita-cita aku masa tu aku nak jait kuilt la, nak buat baju, jait langsir segala mak nenek yang buleh dijait. Aku tak mendapat latihan formal pun nak buat-buat tu semua kecuali buat baju kurung. Aku ada belajar dengan Cik Noni, sorang pegawai kat tempat kerja aku tahun 2004 macam tu. Murah gila, belajar buat baju kurung sampai pandai yurannya cuma RM5. Cer ko blajar di luar nak buat baju kurung.. mau beratuih ! Pastu lama-lama aku sedar, aku ni kurang buleh buat benda-benda yang memerlukan tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi beserta tumpuan yang maha jitu! Makanya, secara tak rasmi tinggallah mesin jait tu menjadi tukun dalam bilik. Bertahun-tahun tak guna, anak-anak je aktif menggunakan mesin tu. Rasyid mentransform mesin jait tu jadi motor.. siap brooomm brooommmm ! Rumaisa plak baru-baru ni dia guna mesin jait tu buat menjait sate Hj Samuri yang dia makan sengap-sengap dalam bilik tu. Belemoih mesin. Anak-anak yang sungguh bertuah…

Membazir itu amalan syaitonnirrojim. Insaf dengan haqiqat membiarkan mesin jait secanggih Singer itu diam tanpa digunakan, maka akupun mengambil keputusan mau aktif menjait, alah kot takat buleh buat baju kurung sendiri dan baju kurung Rumaisa untuk raya ni pun jadik la kan. Takpun baiki mana-mana kain baju yg terkoyak, benang tetas dan sebagainya. Azam aku ni dah dekat-dekat dua bulan dah aku semat nun jauh di sudut hati yang paling dalam. Kira azam yang sungguh suci dan kudus. Tapinya.. sehebat mana aku berazam, maka sekuat tu pulak dugaan mendatang.. eceh !

Dah hampir-hampir dua bulan, tiap-tiap malam.. selepas usai segala urusan penting duniawi maupun yang bersifat ukhrawi, elok saja berita kat TV3 tu start maka anak dara sorang tu pun akan bawak keluar segala pen dan bukunya. Tujuannya, suruh aku lukis. Lukislah apa saja asal jadi gambar. Kalo tak dilayan, jenuh nak bergerak ke mana di suruh dukung. 17 kilogram bukan ringan-ringan nak usung ke sana kemari. Takpun, dia masuk keluar masuk bilik tidur carik adiknya ajak main sama-sama. Adik yang mengantuk kompom la mengamuk sakan kena kacau. Untuk mengelak huru-hara maka tiap-tiap malam la aku kena melukis. Sesi melukis kadang-kadang bermula seawal jam 8 berakhir tatkala mata dia mengantuk, selalu dekat-dekat jam 11. EnWTT serender sudah, tak larat nak lukis katanya. Hehehe

Sudahnye, angan-angan untuk memanfaatkan sepenuhnya mesin jait tu tinggal angan-angan kudus yang belum dapat dicapai lagi. Mana larat dah nak pegang mesin jait lepas kui 11. Tapi ada hikmahnya jugak ya, sudah banyak benda yang Rumaisa boleh kenal. Walaupun pelat, contohnya kipas angin disebut kipas aiming, cekak rambut jadi shekak rabut, remote control disebut mimooooooottttt tapi kurang-kurang usaha memalam tu ada jugak hasilnya kerana perbendaharaan katanya sudah bertambah. Ya, ada sesuatu di balik sesuatu. Moh layan gegambar.



Item wajib lukis



Kerna Rumaisa aku dah pandai melukis benda-benda ni..


Yang ni kegemaran Rasyid


Bas memang takleh tinggai.. haha terbalik sudah. Sila ejas kepala sendiri !



Akhir sekali, mesti lukis gambar muka dia. Aku rasa yang ni kot antara yang nampak sikit rupa dia.. hat lain ada kala aku lukis jadi macam muka Giant maupun Nobita.. hik hik hik



6 comments:

emak. bukan penari tiang said...

comey...pandai hang lukih no kak naja...kalau aku mau lukih orang lidi...

Naja said...

prektis make perfek! konon laaaa hehhee.. rasanya bakat melukis ni turun dari mak kaknaja, dia lagi pandai lukis.

Laxmi said...

wahh naja.. cantiknyerr gambar rumaisa hang lukis.. serious very nice.. kalo aku lukis harus jadi hantu pocong kot.. fail woo bab2 lukisan.. n ada satu yg takleh blah.. awat kacang tanah ladang bikam??? motipppp??? kacang tanah pemes kat ipoh weiiii aduhh..

Naja said...

wakakakaka, lax ! tajam mata ko dok perati ya... kacang tanah ladang bikam tu sebab dulu balik kampung singgah r&r ladang bikam, beli kacang tu dan makan.. bila aku lukis kacang ja dia mesti sebut dadang kikam! so kalo kacang tanah harus yg ladang bikam punyer.. tempat lain tak mau! heehehehe...

umieliza said...

setelah cuba bertubi2.. dapat gak aku baca naja.. huhuhu.. hang mmg terorr melukis & menulis la naja.. emmmm.. lagi satu.. hang mmg terror 'membaca' hehehe...gud.. like it

Naja said...

'membaca' itu jambatan ilmu umie... he he he