Sunday, November 13, 2011

Kucing dan teori yang boleh pergi mati !


Mak aku. Dok kat kampung sana. Dia suka bela kucing. Kucing-kucingnya bukan yang dipilih mana berkenan, atau diambil dari rumah jiran kerana terpikat dengan kecomelan atau kaletah dan sebagainya. Mak aku bela kucing yang dibuang. Sejak bertahun-tahun lama, emak aku bela kucing yang kebetulan atau sengaja dibuang di depan rumah. Kucing-kucing terbuang ni pulak silih berganti datangnya, macam bil letrik dan bil air. Tak pernah putus-putus.

Ada yang comel. Ada yang gebu rupa paras. Ada hitam, ada tampung-tampung. Ada yang datang cacat, berkurap berkudis. Spesis menikus, spesis pemalas, spesis perasan dia la paling macho di alam perkucingan. Semua pernah datang singgah memalu, menumpang pastu lama-lama bermastautin. Mak aku pulak jenis mula-mula beria dia halau, tapi lama-lama dok mengiau di luar pagar, hatinya jadi lembut. Seminggu lepas tu kucing yang mula-mula dia halau tu sudah boleh tidur dalam pelukannya. Sebulan kemudian, hati sudah jatuh sayang gila-gila. Bermacam-macam nama mak aku bagi antaranya Plug, Tick, Hitam, Putih, Comot, Yeng, Merah. Itu antara kucing-kucing yang pernah dibela mak aku. Banyak sangat akupun tak ingat dah. Kucing-kucing ni pun punya keunikan tersendiri. Ada yang pandai bukak paip air minum sendiri tapi tak reti tutup. Ada yang berak dalam rumah, sekali jerkah reti berak jauh-jauh sampai kita tak pernah jumpa najisnya. Ada yang bersemangat macam pendekar-pendekar. Ada yang kelakar. Pendek kata yang datang tu, macam artis rancangan realiti tivi. Ada pakej! Mak aku pun terhibur dengan telatah-telatah kucingnya.

Tapi itulah, bagai kan sudah tersurat. Kucing ni bila mak aku sudah sayang gila-gila sampai tahap sayang macam anak, ada saja alasan ajal datang menjemput. Kena patuk ularlah. Terlibat dengan kecelakaan jalanraya lah, kena penyet dengan kereta atau motor depan rumah. Termakan racun ( oh gila bangsat manusia mana suka racun kucing memang kejam dan tak berhati perut) dan paling koman, mati kena penyakit.

Bulan Mei hari tu, sekor kucing mak aku telah memberanakkan 4 anak yang comel-comel. Bapaknya adalah kucing bohjan ekor kembang muka rata. Harus semua anak-anakpun muka jenis flatskrin dengan ekor kembang. Cantik dan comel. Emak aku namakan Merah, Sepet, Kecik dan Bulat. Sesuai dengan karakter masing-masing. Emak aku hepi sebab anak kucingnya comel-comel belaka.

“Ni nak tahan lama mana tak tau la…” kata mak aku merujuk kepada kucing-kucingnya yang sebelum ini yang mati kerana bermacam-macam insiden.

Jadi, akupun mula la buat teori sendiri. Mak takyah namakan kucing-kucing mak macam cun sangat. Letak nama buruk-buruk. Sebab apa aku terpikir macam ni, sebab dulu-dulu kan, aku ingat lagi bila emak aku beranakkan si Fini, aku rasa Fini sangat comel. Aku tingkatan 1 masa tu jadi aku suka puji Fini. Bila orang datang melawat, sebagai seorang kakak yang teruja aku cakap adik aku comel. Depapun marah. “Jangan kata comel. Budak-budak kita kena kata hodoh kalau segak pun. Satgi dok panggil comel kot dok dapat sakit saja”. Walopun aku tak setuju dan rasa macam merepek tapi aku diamkan dalam hati. Sebagai budak perempuan berusia 13 tahun pada masa itu adalah tidak manis untuk aku bertekak dengan orang tua. Eceh. Depan orang aku tak puji dah adik aku tapi bila dibelakang, aku puji Fini sampai kalau dia paham mungkin dia akan muntah darah mendengar pujianku berulang kali.

Ok berbalik kepada anak-anak kucing tadi. Sebab mak aku kata anak kucing selalu terkena penyakit. Jadi timbul satu idea di mana aku namakan anak-anak kucing tadi dengan nama penyakit, konon-konon kalau boh nama penyakit maka penyakitpun taknak la datang dekat. Maka rasmilah, dari nama-nama comel seperti Bulat, Kecik, Sepet dan Merah aku tukarkan jadi Chickenpox, Chikungunya, Swine Flu dan Bird Flu. Nampak macam saintifik gitukan. Teori aku merangkap teori orang-orang tua dulu, yang elok jangan dipanggil elok kena panggil sebaliknya. Kena berlawanan. Kalau tidak, datang penyakit. Sebenarnya akupun tak yakin dengan teori tu, saja. Saja-saja takdak kerja !

“Swine flu tu apa dia ?” tanya emak.

“Selsema babi!” jawab Fini. Emak aku tak komen dia cuma gelak saja. Dalam hati dia aku taktau apa ada. Malas mau melayan senget anaknya sorang ni. Hahaha

Dipendekkan cerita kucing-kucing tu sihat sejahtera berbulan-bulan. Membesarlah empat beradik tu dengan cerianya. Aku rasa teori aku dah menjadi. Mungkin apa yang orang tua dulu cakap ada benarnya. Tapi, bila balik bercuti raya Haji baru-baru ni mak aku mengkhabarkan berita sedihnya. Chikungunya dan Chickenpox yang berwarna merah sudah mati bersama Bird Flu. Yang tinggal cuma Swine Flu terkontang-kanting, kurus dan menggerutu. Sekarang dalam proses pemulihan. Teori aku hancur entah ke mana.

Kesimpulannya, yang menentukan nyawa setiap makhluk ini adalah bukan kerana nama tapi kerana kekuasaan Allah semata-mata. Pergi mati dengan teori hodoh atau lawa. Bodoh semua tu !



Gambar hiasan.

2 comments:

emak. bukan penari tiang said...

eleh jangan kata kucing, kat budak budak pun orang tua selalu cakap camtu

jangan duk puji anak comey, tak baik. nanti sakit



bukan yang mak cakap tu doa kah?


kita puji anak means kita doa kat anak

yang mak kita duk marah kita puji anak = doa mak kat kita????

ha, tu pasai petua orang jaman dulu pun bukan relevan sangat.

Mikie Punyer Cerita said...

i bangga la skit nma i ada skali okeh hahahahahaha...
baru2 ni mak ngn i bawak si bird flu a.k.a bulat pi cucuk kt klinik haiwan...Alhamdulillah semakin pulih sakit dia walaupon pening2 gitu lepas makan ubat...