Thursday, November 3, 2011

Resepi hari ini - Puding biskut Mak Izzati Blok B3


Seperti yang dijanjikan, di sini aku kongsi la cara-cara mudah buat puding biskut tu.


Bahan-bahannya :

Biskut 4 segi lemak 12 keping, apa-apa tajuk pun buleh.

Telur gred C 6 biji, kalo telur Gred B letak 5 atau 4 pun cukup.

Satu tin susu cair tajuk tak kisah.

Air, sama banyak dengan satu tin susu cair.

Gula ¾ cawan, suka manis letak la lebih.

Satu tin buah peach untuk hiasan

Periuk pengukus

Loyang bulat

Oven

Blender

Cara-caranya :

Ambik bekas, campurkan satu tin susu cair dengan satu tin air. Biskut 12 keping patah-patahkan, rendam dalam campuran susu tadi. Blend gula + telur sampai kembang. Untuk lebih sopan pakai la mixer. (Aku takdak mixer, semua hantar balik kampung tiga tahun sudah sebab bebai buat kek tak jadi. Biasala kan, dah bangang.. salahkan mixer. Wakaakaka. Ok, tu pasai guna blender)

Sambil tu amik periuk pengukus tadi letak atas api, bagi air mendidih dan kuar wap, kalo kuar api problem besar. Ambik loyang letak atas dapur. Masukkan gula sesudu makan, kacau sampai cair dan ada sikit-sikit hangus. Tutup api, letak dalam periuk pengukus yang sedang berstim-stiman. Tuang campuran susu dan telur yang diblend tadi. Kacau-kacau sikit kasik bersebati. Tutup periuk pengukus.

Oven tadi, sori oven tu tak guna untuk masakpun sebenarnya. Cuma nak set masa je kat oven tu, pusing20 minit kat oven. Selamat guna pemasa kat oven sebab ada bunyi ‘tingggggg’ bila dah cukup tempoh. Dok harap tunggu jam dinding harus lupa pagi esok baru tengok. Aku kan jenis pelupa so kena la amik pendekatan berjaga-jaga. OK, tunggu sampai cukup masa baru keluarkan.

Biarkan sejuk sat. Nak makan sila potong-potong dan hiasla dengan potongan buah peach tadi. Nak lagi sedap, puding simpan dalam peti ais barang tiga empat jam baru potong dan hias dan makan.

Sekian! Mudah aje kan.. hehehe. Terima kasih pada mak Izzati yang berkongsi resepi puding biskut ni.

** Next, resepi Chee Cheong Fun hasil menuntut dengan Chef Lilian Abdullah.

3 comments:

emak. bukan penari tiang said...

ni rai tengah buat ni.

esok share kat blog masak buleh?

Naja said...

raina - boleh , bukan resepi ekslusif kaknaja pun... setakat hari ni dah 3x buat, buat kali pertama jd lembut.. kali ke dua yg dlm blog ni mmg rasa cam cun gila.. buat kali ke tiga kat kg rasa geli plak nak makan.. cam ada bau kurang enak di situ.. hukuman untuk orang riak kot kekekekek

Laxmi said...

kelakar naja weih ko tulis resepi.. ingatkan celah mana la nak kena bake sbb guna pengukus n oven gak kan.. tengok2 adoyaiii sbgai timer plak..
aku pun baking2 fail la babe!!! kalo ko masak pas ke klang aku mau.. har har har