Tuesday, March 19, 2013

Mereka yang gembira



Semalam anak-anak tidur lewat dari kebiasaan.  Selalu jam 9 malam semua sudah dibawa belayar ke negeri entah berantah.  Malam tadi jam 10.30 masih bergelak ketawa mereka.  Keluar masuk bilik bibik entah apa dibuatnya.  Sekejap kedengaran Rasyid ketawa mengekek-ngekek.  Sekejap kakak pula berganti suara gelak mengilai-ngilai.  Yang pasti mereka gembira lah pendek kata.

Aku macam biasa, lepas maghrib selalunya terdampar saja bak ibu dugong kekenyangan.  Bila kandungan sudah masuk 9 bulan, pergerakan menjadi terbatas.  Nak bangkit duduk bukan buleh bingkas macam tu saja.  Lagipun bila masuk 9 bulan ni rasa macam perut mendadak besar.  Aku harap baby kali ni tidaklah besar sangat, tidak semangat sangat macam Rasyid, 4.67kg masa doktor scan dia, masa keluar pun besar jugak.. 4.3kg.    Terbayang saat-saat ngeri masa caesarkan si Rasyid.  Berganda kesakitan, berganda kepayahan.  Tapi kalau nak membesar jugak macam tu, siapalah aku nak sekat-sekat kemahuan Penciptaku dan jugak baby ku ini ? Maka mak berpasrah di situ.

Berbalik pada cerita di perenggan pertama, anak-anak yang terlewat waktu tidurnya malam tadi rupa-rupanya ada projek tersendiri mereka.  Tadi bila aku belek hp, maka bersepahanlah bahan bukti di dalamnya.  Sakan juga budak-budak ni, apatah lagi bibik pun join sekaki melayan karenah anak-anak ni.

Tapi ku rasa lega, tengok mereka gembira sesama sendiri.  Serasi.  Bahagia. 

Rumaisa senyum tersepit

Sign peace sana sini.. haih !

Adey, Rasyid dan Rumaisa

Mereka bertiga lagi.. :D

Adey dan Rumaisa..

Kakak :)

Dah tak tau nak berekspresi lagu mana kot, last-last terjelir lidah !

Muslimah sejati dalam pembikinan, Insya Allah !

Apa motif ambil gambar kerusi kaki terbongkang pun mak taktau !

Wednesday, March 13, 2013

Menulenkan kemarahan.




Tajuk macam buat paperwork nak pi muktamar keagamaan peringkat kebangsaan. Tih tih ! Sebenarnya aku dok terpikir-pikir ni. Pikir yang takleh berhenti.  Kesian kat otak sendiri.  Oleh kerana kesian maka aku luahkan la di sini.  Aku rasa dalam dunia ni semua mau yang tulen-tulen belaka.  Yang tiruan, pelesu kalau buleh semuapun takmau.  Tapi dalam banyak-banyak tu, satu benda yang kita takleh tinggal ialah menulehkan faktor atau sabjek kemarahan.  Maksud aku, bila marah biar lah tulen subjek kemarahan itu jangan dok pi campur dengan benda lain.  (Oiii.. sabjek ke subjek ? Serius aku rasa kena amik kelas Bahasa Melayu balik !)


 Contohnya macam ni la  satu hari aku  berjalan kaki takkisah ler tepi jalan ker tepi longkang  ker, tetiba lalu sebuah motor takdan nak brek kerana kelajuannya, maka motor tersebut meredah takungan air di tepi jalan lalu airnya terpercik kena kat aku.  Lantas akupun memaki.

“Celaka punyer orang !” satu baris marah.


Pastu rasa macam tak puas hati sebab baru marah sikit sangat, setan pun takdak nak bertepuk  tangan lagi tetiba dah habis… maka akupun sambung lagi..

“Dah la itam, gemuk pendek, tak hensem pulak.. bawak motor macam haramjadah !”


Perasan dak ? Aku mengaku, dulu muda-muda remaja aku suka buat benda ni.  Bila mai dah nak masuk usia kerepot ni pun buat jugak tapi bilangan dan kekekerapannya tidak sebanyak zaman remaja-remaja dulu.  Ni yang dikatakan jenis maki tak ukur sependa baju di badan sendiri, kemarahanan seterusnya mesti dah tak logik dah dek kerana marah tu membuak-buak, maka kitapun laju membabit-babit kepada perkara lain yang takdak kena mengena.  Maka tertanya-tanya pulak la pada diri sendiri kalau orang yang bawak motor tu muka dia ada iras ala-ala Brad Pitt ker, Robert Pattinson ka.. harus la kot hang melutut keredhoan di tepi jalan tu walaupun hakikatnya dia redah ayaq dari tangki kumbahan yang bocor lalu tempiasnya naik ke muka…. Apakah kalau hang hensem, bawak motor sikit lagi nak mencapai level haram dan tempias ayaq najis  naik ke muka akupun takpala, aku pasrah.  Aku redho gitu…!  Faham ?  Jadinya aku nak marah dia sebab bawak motor macam haram atau sebab dia tak hensem macam Brad Pitt ? 

(Pasai aku sebut Brad Pitt ? Jangan salah sangka aku tak la minat Brad Pitt tapi sebab dia pernah dinobatkan sebagai lelaki terhensem dan terseksa di dunia ni maka aku bagi la dia sebagai contoh.)  Aku nak bagi contoh hensem macam Aaron Aziz, aku tak rasa Aaron Aziz tu hensem sangat di mata aku, kalo nak dibandingkan dengan Wan Hanafi Su.  Hensem berkarektor gitu. Hahaha.  Oke, taste manusia berbeza.  Silalah pi google laju-laju kalau nak tau cemana rupa paras Wan Hanafi Su.

            Aisehhh, terkeluar mak dari landasan ketapi yang sepatutnya.  Mari balik ke landasan, pasai marah tadi tu.  Aku bukan apa, akhir-akhir ni aku tengok ramai sangat orang marah orang..   Sana sini marah sama orang itu atau orang ini. Tapi bila baca balik, pikir balik.. macam tak logik pulak subjek  kemarahan tu nak dikaitkan dengan faktor fizikal seseorang.. lawa, huduh, wajah kampung, wajah urban, tak kisahla rambut dia belah tengah ka belah tepi ka botak ka beruban ka.. gemuk pendek, gemuk panjang ka.. hitam manis ka, hitam metalik ka, hidung mancung ka hidung penyek , hidung jambu atau apa-apa sajalah.. sabjek utama kemarahan terhadap seseorang selalunya akan dikaitkan dengan kekurangan fizikal orang tersebut.  Padahal kitapun tau  rupa paras fizikal tu Allah yang bagi.  Marah orang kerana perangai aku buleh terima lagi tapi tetiba dok pi campur dengan faktor-faktor fizikal pemberian Allah kat dia tu, sebenarnya marah kat sapa ?  Marah kat tuhan yang mencipta ker ?  Ehhh.. otainya hang… ciptaan Allah pun brani kau hina-hina.  Jadi kalau nak marah, carilah satu benda yang betul-betul buat kita rasa marah dan tak payahlah nak pi dok merempan dengan benda-benda lain yang walaupun sama waktu dengannya tapi tidak relevan untuk dikaitkan sekali.

Ni pesan untuk diriku sendiri dan jugak sapa-sapa yang mau ambil fikir pasalnya.  Yang takmo fikir sudah, sila dok tepi !

Tuesday, March 5, 2013

Teringin..



Semenjak dua ni, aku suka sangat makan lauk pauk macam ni.  Hari tu kat kampung masa balik cuti CNY berselang dua hari aku buat lauk yang sama.  Mai sini dua kali jugak.. masa aku mengalami masalah rumahtangga yakni time EnWTT pi ekspedisi Mulu hari tu (wakakakakkakakakaka !) dua tiga kali jugak la kami yang tinggal kat rumah ni layan lauk yang sama.

Hari Sabtu buat lagi.. hari ni nak buat lagi.  Dah mintak EnWTT singgah pasar beli barang-barang.  Dah pesan ke bibik suruh buat dulu apa yang patut, balik nanti aku sambung jer  acara tu.  Wahhh tak sabar tunggu waktu kerja habis.  Dah berkecur..

Gambar aku upload malam ni ya kalau internet lajulah, sebab dah habis kuota penggunaan siang katanya !   Tengok Fesbuk sket.. baca berita-berita online, tengok dua tiga blog dah habis kuota…   canggih sangat !  Haram Maxis ni bagi 5gb untuk pakej rega RM59, dulu masa promosi… orang yang promot dekat booth Maxis tu menabur janji manis macam-macam tapi bila guna, hakikatnya menipu sajerrrrk !  Dia cakap 5gb tu pakai siang malam takdak kekangan. 

Dari bab makanan dah nak merempan ke bab lain.. ok ni aku merempan secara selingan.  5gb pakej internet tu rupa-rupanye  ceni dia bagi 1gb untuk kegunaan siang.. siang tu dari jam 8 pagi sampai jam 2 pagi.. ok tu kuota siang.  Lagi belen 4gb kuota malam.. yang malam tu start dari kui 2 pagi sampai 8 pagi… nak surf babi apa tengah-tengah malam, orang nak tidoq la mangkuk ! Haaaa.. kan dah ku termaki di sini.  Astaghfirullah hal azimmmm !

Nampak?  Lebih baik aku citer pasal makanan saja.. satgi bila siap aku upload gambar kalau internet ku tak sendu-sendu lembu laaaaa…

Sekian ! **sambung satgi...

OK, janji tinggal janji.. kata nak sambung satgi kan... ni bukan kira satgi dah ni aku sambung hari ni iaitu keesokan harinya bermula dari start ku berjanji.. sebab memang petang tu betul dugaan ku internet sendu-sendu lembu.  Lembu pun laju dari tu tau... 

Masakan yang aku masak tu, kalau buleh dipanggil masakan la.. tapi bukan macam masakan sangat.. ni dia ha ! 


Set ulam-ulaman.

Ayaq asam dari dekat...

Ayaq asam tomato tu nama jer ayaq asam tomato tapi dalam tu ada macam-macam.   Yang aku buat tu senang jer resepinya, tumbuk sambal belacan macam biasa, pastu letak air sikit.. hiris tomato nipis-nipis, letak isi ikan temenung yg dibakar.. belah sini panggil ikan temenung tu ikan kembung... sebab dia asik temenung maka jadi kembung.  Jangan kata ikan, orangpun kalo satu hari dok temenung tak buat apa, kebarangkalian nak kena kembung perut tu sangatlah besar..  Oke, takdak kaitan kembung perut pada orang dengan ikan kembung. Sila abaikan metafora yang mental ini. Sambung lagi resepi tadi.. kalo nak rasa masam-masam manis, bancuh dengan asam jawa.. kalo rasa nak masam-masam jer perah  limau nipis masuk situ.  Hasilnya sangat mabelesss !

Sedapkan ?  Mak rasa hijauuuu dengan resepi sebegini.. apa perasaanmu anak-anak  ?