Wednesday, July 31, 2013

Kuih raya kami yang pertama

Balik dari sekolah tadi kakak bawak sebekas popia nestum.  Dengan tersenyum lebar disuanya pada aku. 

     "Mak, nah kuih raya untuk mak.. Kakak kan sayang sangat dengan mak. Wahhhh sayangnyerrr.. Sayangnyerrr kat mak!"  Ok, dia memang anak yang pandai mengambil hati. Hehehe.

     "Cikgu buat ke?" tanya EnWTT.

     "Taklah.. Kakak la yang buat. Kakak buat untuk kita semua la nanti boleh makan.  Sedappp.." Kami senyum-senyum jer lah.  Berangan tinggi sungguh Rumaisa, kuih raya buat sendiri katanya.  Makanpun kekadang mau bersuap, celah mana retinya buat popia nestum nih.

Lepas tu masa berehat-rehat dalam jam 1230, kakak sudah pergi tadika transit. Aku ni mata dah nak lelap mabuk nebulizer.  Tiga sesi nebu dan satu suntikan untuk membuka paru-paru pada awal pagi tadi buat aku meong.  Asthma datang menyerang tak kira masa.  Cuti sakit dua hari yang diberi doktor Hospital Putrajaya haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.

Tetiba mesej di Kakao menerjah... Beserta tiga keping gambar oleh cikgu tadika Rumaisa.  Gambar yang membuatkan aku tersenyum sendiri.








Oh anak, walau pun sekadar popia nestum.. Emak sangat berbangga denganmu nak.  Rupa-rupanya kat tadika hari ni ada aktiviti buat popia nestum di bawah tajuk 'Aktiviti motor halus'.. Akupun tak arif menatang apa motor halus, mungkin pergerakan dan kawalan pada tangan kot.. Jadi cikgu pilih buat kuih raya, relevan dengan smbutan Syawal yang bakal menjelang dan supaya anak-anak dapat merasai persiapan menyambut lebaran yang bakal mendatang.

Rumaisa, andai kakak terbaca coretan ni bila dewasa nanti.. Ketahuilah tahap teruja dan bangga emak bila dapat tahu kakak yang buat kuih popia nestum ni sama macam perasaan ibu-ibu yang anaknya dapat masuk belajar di University of Harvard. Kehkehkeh. Bombastik fantastik plastik punyer emak !

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Friday, July 19, 2013

Konfiden jangan high level sangatlah bro...




Sesuai  tak sesuai entry ni pada bulan puasa, Wallahualam.  Tapi memang kategori cerita lagho lah.. lebih berpaedah ko gi baca Quran bertadarus ramai-ramai daripada mai dok baca blog aku ni. Kihkih.

Ini cerita WTT.  Dari awal kahwin sampai sekarang aku syak tali perut EnWTT jenis yang super-duper power punya.  Maksud aku sihat walafiat.  Berfungsi dengan sejahtera.  Jarang kena sembelit.  Jarang cirit.  Jarang kembung.  Tak pernah gastrik.  Berbeza dengan aku.. penyakit-penyakit yang ku sebut tadi datang bersilih ganti.  Pun beliau berbangga lah kentutnya tak busuk.  WTF ? Kahkahkah ! Maka dengan sangat konfidennya lah dia kentut merata-rata.

Bila aku marah, dia kata takper kentut saya tak busuk.  Konfiden jer bang yer !

Aku plak saban hari dok tercari-cari idea nak pekena laki aku.  Hinggalah satu hari memang terbaik punya perut aku meragam.  Kentut pun tahap bau longkang tersumbat yg Majlis Perbandaran tak pernah senggara pun lagi wangi kot baunya ! Kewkewkew..

Masa tu tengah dok belek penyata2 bank yang tak pernah menunjukkan baki yang menggumbirakan.  So masing2 muka serious jer la.  Tetiba macam biasa.. pruttttt ! Pastu macam biasa jugak.. “Takperrr, kentut saya tak busuk ! “.  Dan akupun memang ternanti-nanti akan saat-saat keemasan itu teruslaa mengentut secara pelan-pelan.  Resultnya memang dah tau la kan.. bau bangkai ikan paus kelasa yang mampuih berhari2 kat lautan pun tak terlawan !

Dan… “Dajaiii sungguh, busuk plak kentut saya kali ni !” kata EnWTT dengan muka bersalah.  Mak puas hati noks.. sangat puas hati !

Wakakakakakakakakaka !  Ok raya ni kita mintak ampun.. sekian wabillahitaufik walhidayah.