Wednesday, July 31, 2013

Kuih raya kami yang pertama

Balik dari sekolah tadi kakak bawak sebekas popia nestum.  Dengan tersenyum lebar disuanya pada aku. 

     "Mak, nah kuih raya untuk mak.. Kakak kan sayang sangat dengan mak. Wahhhh sayangnyerrr.. Sayangnyerrr kat mak!"  Ok, dia memang anak yang pandai mengambil hati. Hehehe.

     "Cikgu buat ke?" tanya EnWTT.

     "Taklah.. Kakak la yang buat. Kakak buat untuk kita semua la nanti boleh makan.  Sedappp.." Kami senyum-senyum jer lah.  Berangan tinggi sungguh Rumaisa, kuih raya buat sendiri katanya.  Makanpun kekadang mau bersuap, celah mana retinya buat popia nestum nih.

Lepas tu masa berehat-rehat dalam jam 1230, kakak sudah pergi tadika transit. Aku ni mata dah nak lelap mabuk nebulizer.  Tiga sesi nebu dan satu suntikan untuk membuka paru-paru pada awal pagi tadi buat aku meong.  Asthma datang menyerang tak kira masa.  Cuti sakit dua hari yang diberi doktor Hospital Putrajaya haruslah dimanfaatkan sepenuhnya.

Tetiba mesej di Kakao menerjah... Beserta tiga keping gambar oleh cikgu tadika Rumaisa.  Gambar yang membuatkan aku tersenyum sendiri.








Oh anak, walau pun sekadar popia nestum.. Emak sangat berbangga denganmu nak.  Rupa-rupanya kat tadika hari ni ada aktiviti buat popia nestum di bawah tajuk 'Aktiviti motor halus'.. Akupun tak arif menatang apa motor halus, mungkin pergerakan dan kawalan pada tangan kot.. Jadi cikgu pilih buat kuih raya, relevan dengan smbutan Syawal yang bakal menjelang dan supaya anak-anak dapat merasai persiapan menyambut lebaran yang bakal mendatang.

Rumaisa, andai kakak terbaca coretan ni bila dewasa nanti.. Ketahuilah tahap teruja dan bangga emak bila dapat tahu kakak yang buat kuih popia nestum ni sama macam perasaan ibu-ibu yang anaknya dapat masuk belajar di University of Harvard. Kehkehkeh. Bombastik fantastik plastik punyer emak !

Selamat hari raya maaf zahir batin.

6 comments:

amykimi said...

Mak2 tetap bangga wpun pcapaian tadika xmasuk U lagi. Kalo anak aku siap la setengah adunan kuih depa saja buat demo hahahah... Mak pakai butter mahai anak oiiii

yui said...

budak masuk harvard pun belum tentu tahu buat ni =p

Unknown said...

Sangat touching naja....hanya ibu2 yg tahu perasaan itteww....

Shima said...

Naja @ mak, tu blm lagi Rumaisa request hang buat kuih raya. Mcm anak2 aku dh pandai minta aku buat kuih raya dah.

Amykimi ~ mmg membanggakan bila lihat pencapaian anak2 kan?

cikpia said...

ala.............. suwitnya!!!!!!!!

Naja said...

Amy - Aku reti buat samperit saja tu pun setengah hari pulun dapat la dua tiga sarang. Memang tangan tak berbakat.

Hikaru - Sungguh nooo.. hahaha ! Ok bangga setingkat lagi.

Kak Nana - Ya betulll.. menusuk hingga ke dasar hati gitewww.. hihi

Shima - Nanti nak antar dia pi kelas memasak untuk anak-anak.. aku daripada bab2 buat kuih ni lebih baik aku pomen tv ka, kipas angin ka.. lagi berbakat kot.

Cikpia - Tunggu giliran CikPia pula nanti.. pasti seronok ! Hehe