Thursday, December 12, 2013

Wak Jono (Part 2 : Cerita Tamat)




Curi masa sat 10 minit sambung cerita bomoh semalam… 

Lepas aku dihantar balik ke rumah, kawanku dan emak diapun terus balik tak nak singgah-singgah dah walaupun berkali-kali dipelawa.  Aku rasa dua beranak tu berkecil hati sebab aku tak yakin kepada Wak Jono sebagaimana mereka berdua yakin kepadanya.  Tak apalah, hal-hal kecik ati mereka berdua tu akan aku cuba setelkan di hari kemudian. 


Balik rumah, aku sumbat tangkal pemberian Wak Jono dalam laci meja komputer.  Lepas maghrib melangut tengok tivi macam biasa, dalam jam 10.30 malam aku bersiap-siap nak tidur.  Pastu teringat tangkal Wak Jono sambil hati berperang samada nak ikut atau tidak suruhan Wak Jono untuk letak letak tangkal tu di bawah bantal tiga malam berturut-turut.  Kalau tak buat jadi apa, kalau buat plak jadi cemana.. ha benda-benda itulah yang bermain di fikiran.  Akhirnya aku ambil dan letak di bawah bantalku.  Seminit, dua minit, 10 minit, setengah jam.. aku bangun.  Ambil tangkal tu dan tenung-tenung.  

“Jangan sekali-kali dibuka kerana aku akan tahu.  Ini kerana azimat ini  akan pulang kepadaku kalau kau buka lihat apa isinya di dalam !!” terngiang-ngiang skrip Pak Jono pada siang hari tadi. 


Daripada rasa cuak aku berani-beranikan diri membelek tangkal pemberian Wak sambil gigih memeriksa segenap bucu benda yang berbalut dengan kain kuning tu andai-andai ada potensi untuk ia tumbuh kaki lalu melarikan diri bila dibuka.  Rasa ingin tahu semakin kuat meronta-ronta dalam hatiku.  Meronta-ronta lagi.. hang mampu? Kekeke.  Ok sambung, aku nak tau sangat-sangat dua benda jer masa tu iaitu kandungan tangkal tersebut dan kebolehan ia untuk melarikan diri dan kembali ke pangkuan Wak Jono.  Setelah puas bertimbang tara akhirnya aku mengambil keputusan untuk membukanya. Pi mampuih la Wak Jono tau ke tidak.


Maka dengan hati berdebar-debar, pelan-pelan balutan tangkal tersebut dirungkai satu persatu.  Ada dua lapis kain kuning yang telah siap kubuka. Tinggal sehelai lagi.  Jantung berdebuk-debuk usah cerita tapi aku kuatkan semangat dan akhirnya helaian kain yang terakhir dibuka.  Di dalam tanganku kini ada sekeping besi yang bila dibelek-belek kuat aku merasakan ia adalah daripada cebisan atap zink berdasarkan struktur dan tekstur besi tersebut.   Di atas besi itu tertulis huruf ‘Ba’ yang mana dalam hatiku tetiba jer terdetik ‘Babi’.  Wakakakaka.  Padan dengan Wak Jono, sambil daya maginasiku bekerja kalau betullah kuat sangat ilmu Wak Jono, mungkin aku dah disambar petir hangit rentung kat situ atau ada khadam-khadam Wak Jono yang berupa hantu syaitan yang pelempang aku sampai pengsan sebab melanggar pantang larang.  Namun lebih kurang 10 minit selepas aku buka balutan kain kuning itu takdak apapun yang jadi maka aku lebih yakin bahawa Wak Jono hanya auta semata.

 “Macam pelaq…” kataku sambil tergelak sendirian.  


Hari itu terasa berganda kebodohanku.  Bodoh yang pertama sebab ikut kawan aku pi jumpa Wak Jono.  Bodoh yang kedua sebab ter’percaya’ serba sikit dengan auta Wak Jono pada awalnya.  Memang hari bodo sedunia la kot. Oh, pada yang tak tau, pelaq ialah sejenis carutan edisi utara yang maksud dia lebih kurang ‘macam celaka’. Selepas itu aku simpan balik kain-kain kuning dan besi yang sudah terlerai itu ke dalam laci meja komputer.


Dipendekkan cerita,  keesokan paginya bila aku bangun semua benda-benda tu elok jer tersadai kat dalam laci tu. Patah balik pi kat dia la sangat kaedahnya. Maka terbuktilah sudah Wak Jono ni memang pelaq kuasa dua ! 


Kesimpulannya, korang simpullah sendiri… sekian !

5 comments:

Mya said...

eieiei cara akak cerita ku terbayang2 macam dalam filem.
macam cerita santau, kerat 14 semua tu.
wakluu lah wak jono!

Naja Naja said...

knaja baru copy kerat 14 dari kawan, nak tengok malam ni.. hahaha.

tapi klu hang pernah berkecimpung or terkecimpung dlm bidang ni, mmg tak lari jauh mcm dalam drama tu.. penuh adegan merepek. tak caya tanya ain.. hehehe

Rose Azadir said...

Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

marstories said...

hahahahaha...mujur x jadi benda2 pelik masa hang tengah berurusan dengan wak jono tu ek...seram weh!

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.