Percayalah,
aku tak ingin nak up entry ni walaupun sejak dulu rasa membuak-buak
meluat. Aku tahan-tahan hati aku sampai
kadang-kadang nampak ada segaris cahaya dalam kepala. Berhalusinasi kot, jadi sebelum aku skizo
sorang-sorang, hari ni aku nak luahkan saja.
Aku
suka gak buang masa malam-malam lepas anak-anak tido semua, menjelajah FB, jadi busy-body nak tahu kawan2
kita buat apa, makan apa, pi mana.
Status FB juga mampu memberi hint hang tengah perang dengan laki ka,
gaduh dengan boypren/ girlpren. Masalah
rumahtangga, masalah hasad dengki takleh tengok orang senang or orang lebih
daripada kita. Semua buleh terpancar
dengan status FB. Hehehe. Bukan nur ja
buleh memancar sinar keimanan,.. status FB pun buleh baqhang, memancar dengan
bermacam-macam sinar !
Yang
aku nak tulis bukan pasal itu, tapi ada sangkut paut dengan FB jugaklah. Pasal banyak sangat lambakan iklan produk
kecantikan, kecerahan, kekurusan, kebesaran dan macam-macam lagi especially
produk keketatan (?) yang kalau hangpa baca testimonial penggunanya memang
buleh muntah hijau. Testimonial yang tak
logik, menipu tak agak-agak. Aku buleh terima akal lagi kalau takat produk
kecantikan nak mencerahkan wajah, memutihkan badan ke apa. Naluri normal kot nak putih nak cerah
walaupun kalau hitam manispun cantik jer di mata. Prinsip aku, Rihanna takkan nampak cantik
dalam kulit Taylor Swift, begitulah sebaliknye.
Paham ke ? Tak paham lantak. Kekeke.
Tapi kalau makcik umur 50, pada aku dah bertemu dengan garis menopause
dalam fasa hidupnya tapi wah kau lepas telan ubat sekian-sekian tetiba buleh up
status ‘saya main enam round semalam’. ‘suami
saya tak keluar rumah seminggu kerana penangan jamu sekian-sekian..’ dek peri
kehebatan dan keberkesanan produk tersebut.
Pada firasat aku laki hang tak keluaq rumah sebab lumpuh dari awai
kot. Dan yang kesian, menderula
manusia-manusia yang baca testimonial makcik ni pakat-pakat pm..pm.. pm nak
jugak produk yang sama dengan yang makcik tu telan. Hai makcik, enam round semalam, tak luruh ka
makcik ? Makcik bervagina sintetik ka apa ? Tapi hakikatnya, ramai juga yang percaya. Super kesian !
Pastu
hujung-hujung 2013 ke 2014 aku tengok
testimonial maju bertapak-tapak dengan pesen tempek sekali gambaq laki bini
yang berbangga mempamerkan produk membesarkan buah dada misalnya, dengan isteri
tersenyum lebar sebab asetnya dah membesar kepada saiz yang dikehendaki (walaupun
hakikatnya nampak terang-terang hang pakai padded-bra hat span dia tebai sekaki)
- sambil tok laki dok kat tepi buat muka
mintak penampaq sepuluh round ! Kalaulah buleh, sejujurnya aku memang rasa nak bubuh
penyepak sampai lumpuh kedua-duanya. Belum
lagi hang baca testimonial memasing.
Melucah terang-terang. Kebabian
apakah ini ? Ni nama dia melucah dalam iman kot. Lucah, tapi tak nampak lucah, tapi sebenarnya
ia lucah !
Itu
belum lagi produk membanyakkan susu ibu, kemain berbangga sebelah-sebelah perah
buleh bertimba-timba mengalahkan lembu susu New Zealand punya. Up gambaq susu dalam botol dalam esbok tak
segan silu. Produk air jampi air
selusuh, up gambar dok dalam labour-room, nak beranak sambil buleh
berjimba-jimba. Habaq semua bukaan servik berapa 5cm, 10cm.. akak steady jer
tak rasa azab sengsara. Ya Allah, aduhaiiii.. sakit otak.
Dah
lama aku tahan, tapi terlampias jugak rasa geram ini sebab meluat teramat. Kalau ikutkan banyak lagi tapi takpelah..
selebihnya istighfar sajalah !
Chiaooo
!
4 comments:
Hahaha..aku suka entry ini dan bersetuju dgn pandangan hang naja! Yg paling aku x faham org yg still pm produk tu..bengong!
Lawak giler dorrr..baca entry ni, gelak sengsorang..gud2 i loike yang tang laki nak mintak penampaq tu..sbb kalu laki aku dok lagu tu pung..mampuih aku penampaq gaban baqhang..hahahaha..still gelak all the way..
Rinie - pm patutnya dalam inbox mesej memasingkan.. ni pm kat wall tak de jadi pm dah lagi. Tapi mmg menyampah la.. sampai sakit kepala.
Rysha - Heheh.. haa kan, hang pun geram !
Tulah tu..kelakar dan tak logik pun ada..baru minum/makan 3 hari dah mencanak2 buah dada besar...minum ubat kurus tak sampai 1 kotak dah berpuluh2 kilo turun...cer kita yang try...habokk pun tak berlaku apa2.
Post a Comment