Friday, March 6, 2015

2C , HPJ

Tajukpun ringkas sebab nak cerita ringkas saja.

Minggu lepas mak telah berkampung di wad kerana Rahman demam. Lama juga di sana dan cemuihnya ya amat, tapi tahankan jua demi nak tengok Rahman sihat walafiat.  Rahman demam disebabkan oleh jangkitan bakteria dalam darah, mengikut kata doktor yang merawat.  Kesian.  Masa mula-mula demam suhu tinggi mendadak sehingga 41.5c.  Kalau rendahpun masih mencecah 39c gitu.  Selepas lima hari di wad, barulah suhunya turun ke 37.9 dan akhirnya setelah dua hari terakhir, Alhamdulillah.. kembali normal. Seminggu jugakla kami dua beranak berkampung di sana.

Rahman diberi katil baby yang ada pagar keliling tu. Aku pula diberi sofa yang empuknya macam duduk dalam kuih pau gergasi.  Tapi oleh kerana Rahman jenis dari kecilnya tidur di lengan mak, maka terpaksalah sofa empuk tu dilupakan dan mak pun join tidur mengerekot dalam katilnya selama seminggu jugak. Nak pula bila sakit, memang taknaklah dia berpisah dari lengan mak yang sado nih.. kihkihkih.  Dan mujurlah sangat katil tu jenis besi padu yang mampu menampung berat mak ni nak oiii.. kalau katil kayu macam baby cot tu aku rasa dari hari pertama lagi katil tu cedera parah patah riuk.  Tapi seksa jangan ceritalah macam mana mak nak menyesuaikan diri duduk dalam katil tu dengan anak lagi.  Hari-hari dok buat gimnastik artistik lentik sana lentur sini demi nak menyesuaikan diri dengan kesempitan katil tu.  Dua hari pertama nangisss.. masuk hari ke tiga dan seterusnya dah selesa kerana mak sudah boleh berkolaborasi dengan katil tersebut.  Kalau sebulan duduk situ, tak mustahil buleh wakil Malaysia ke Sukan Olimpik dalam acara gimnastik artistik di Rio de Janeiro pada 2016 nanti.


Pengalaman di situ Alhamdulillah, doktor dan nurse sangat baik.  Makanan pun sedap.  Kemudahan 5 bintang.  Ada bilik bacaan untuk anak-anak, bilik mainan, bilik menonton TV.  Pendek kata walaupun cemuih tapi takda risiko nak mati kebosanan di sana.  Tapi walau macam mana pun best pun, seboleh-bolehnya tak naklah masuk lagi.. Doakan agar kami sekeluarga sihat-sihat sahaja selepas ni. Amin.


Ni Rahman masa kat sana.. 




Ni pula beberapa menu hospital yang dihidangkan sepanjang kami di sana. Sedapkan...







Dan ini tempat kami berdua beradu..  tengok katil tu.. katil tu... 


1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)