Wednesday, June 3, 2009

Bronchiolitis & Rumaisa



"Bronchiolitis is an acute disease of the lower respiratory tract that occurs primarily in young infants, most often in those aged 2-24 months"

Tajuk ni ada kena mengena entry aku pada kali ini... Ekceli aku baru jer menghadapi situasi di mana anak aku tetiba didiagnos sebagai pengidap bronchiolitis @ pendeknye bronchi (doktor sebut bronkai.. ) yg menyebabkan aku dan dia bermalam di wad spital selama 5 hari jugak pada 20 Mei - 24 Mei baru2 ni. Kesian.. maybe salah aku sebab dok anggap dia dapat selsema biasa.. lagipun xde tanda2 nak jadi teruk, awal tu aku dah bawak dia pi klinik pakar kanak2 di Melaka semasa berkursus di sana, iaitu kira2 dua minggu sebelum dia dimasukkan ke wad. Selsemanya kejap ok kejap ilang..
Bila mai gelombang kedua (hmm patut la orang kata apa2pun kalo gelombang kedua ni impaknyer lebih dasat gitu.. macam tsunami) Rumaisa dah mula mcm sesak2 nafas.. kebtulan plak aku demam jadi aku duduk kat umah 2 hari dan mula memantau keadaannyer.. makin hari tengok dia makin susah bernafas.. mulut dan hidung penuh dengan cecair.

Akhirnyer petang tu aku bawak Rumaisa ke Pusat Perubatan AzZahrah di Bandar Baru Bangi dengan bantuan Fina, Met dan Azri.. sebab nak tunggu Zikri balik time tu mmg susah.. keja jauh dah pulak tengah buat site inspection. Terimakasih banyak2 kat dorang nih.. jasa tetap dlm ingatan.
Smp kat AzZahrah, Rumaisa diperiksa oleh Dr Rosey apa ntah tak ingat nama selebihnyer. Punyer la baik dan lemah lembutnyer doktor nih.. memang baguslah. Doktor bgtau bb aku mengidap bronchiolitis, paru2 dah penuh dgn cecair sebab tu dia sukar bernafas.. so doktor cadangkan dia dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Sebelum tu Rumaisa diberi gas nabulizer untuk memudahkan dia bernafas dan juga menjalani prosedur menyedut buang kahak dan cecair dari hidung dan mulut. ayooohhh, kesian baby. Semasa dok tunggu tetiba Dr Rosey mai tanya aku samada nak masuk situ @ dia boleh tulis surat untuk dirujuk kepada mana2 hospital. Setelah berbincang sikit sebanyak akupun setuju la Rumaisa dirujuk ke Hospital Putrajaya.

Setelah setel semua hal di AzZahrah, malam tu kami terjah ke hospital dan dipendekkan cerita Rumaisa pun dimasukkan ke Wad Kanak2 di Hospital Putrajaya.. Rawatan yg diterimanyer : Nabulizer diberikan setiap 4 jam sekali selain diberi bantuan oksigen selama hampir 4 hari.. dan juga suntikan antibiotik selama 5 hari di sana. Pada hari pertama dan kedua, perosedur sedut cecair dari hidung dan tekak dijalankan setiap kali selepas nabulizer diambil. Time ni jer Rumaisa meraung smp terlena.. kesian. Tak taulah apa dia rasa bila wayar2 tu dimasukkan ke hidung dan tekaknyer.. maybe sakit.. tak selesa @ ntah apa. Yang pasti aku sedih dan tak sanggup tengok.

Tetapi aku bersyukur kepada Allah Taala kerana Rumaisa cepat pulih dari yang sepatutnya. Badannyer cepat bertindak balas dengan ubat2an yang diberikan. Doktor Eugene, doktor yg merawat Rumaisa bgtau aku kebanyakan kes2 bronchi tak dapat dijangka waktu pulihnyer selalunyer mengambil masa lama antara seminggu ke dua minggu untuk pulih. Ada yang memakan masa sehingga sebulan pun. Apa2pun aku bersyukur tak terhingga kerana Rumaisa telah pulih seperti biasa.

Aku berani mengatakan bahawa layanan dan rawatan di Hospital Putrajaya adalah berkelas 5 bintang gitu ! Tahniah untuk team doktor dan jururawat. Juga terima kasih kepada semua termasuk rakan2 yang sudi menziarah dan juga yg mendoakan kesihatan Rumaisa.


"Rumaisa sayanggg... masa untuk nabulizer ye" pujuk nurse


Kena pakai jugakka ? Nyampahnyer i tau... huk huk huk

Arghhh.. tolong! tolong! Saya rimaslah...

Doktor.. saya tak nak pakai topeng transformers ni.. tolonglah saya. Pleaseeeee....


Huhhhh...

Legaaaa... selesai sudah. Isk isk isk.. tapi mengantuknye mak..!

8 comments:

marini said...

oh yer ke naja?.. kesiannya rumaisa dan kesian hang jugak kena dok wad sekali. Lama gak tu dok wad. Auntie rinie doakan moga rumaisa sihat2 selalu yer..sian budak comel ni...

naja said...

Tu la rini.. dugaan ada anak, ceni la kan. Apapun keadaan dah back to normal. Alhamdulillah! Centu la ek cabaran ibu2... heehehe

haya_yaya said...

cucu sedara kita ade kes cmni..senang citer,musuh utamanye,kalo x silap,habuk..
elakkan dr bersejuk2kan..gitu..selalu la pkaikan sock..
sian c chubby ni..ishhkk..

Laxmi said...

isk naja.. sian bb.. dah siap ada dialog bawah tiap pix tu plak.. tak tahan aku.. huk huk.. apoo daa transformer pun dah mai jenguk blog hang.. hahahaha... i miss cik maiii.. huhuhu
naja... skype aku takleh log in sejak pagi tadi.. isk mencik sungguh!

naja said...

haya - ada dengar2 jugak pasal habuk tu, doktor kata virus. maybe virus dr habuk berterbangan..

lax - skype ngong? patut la bisu je

TiNiE said...

huhuhu kesian nyer rumaisa...
tapi alhamdulillah dia dah ok kan..
bila la aku leh p terjah dia ni naja ooiii...

Fuuhhhh la la ..... said...

emmm alhamdullilah rumaisa dh chat... bab selsema n batuk nih memang sukar nk elak... lgpun bb kita x pandai nk buang kahak sendiri... syahmi pun sama gak....

lg satu puan pesan jgn guna karpet kt umah.... nanti abuk2 tu leh wat bb kita selsema dr virus n kuman2 terkumpul disebalik karpet....

naja said...

tini -rumahku bley diterjah pada bebila masa aku ada. aku xdak hang nak terjah cemana ke pun. heheheh

k.nora - ada dah beberapa helai karpet mengalami proses penyingkiran setelah mengambilkira pesanan boss kak nora itew. thanks