Wednesday, October 28, 2009

Kandang Oink! Oink!

Hari ahad.. pepagi buta aku online YM sebab nak test lappy aku yg kena virus.. Tetiba Tini online. Sembang pi sembang mai.. dia nak mai umah aku, katanya boring kebetulan En. Nahar p Sepang tengok motogp...

Terjadilah dialog2 itu :

Tini : Hang ada agenda apa2 tak hari ni kot nak p mana2 ka ?
Aku : Tadak p mana..
Tini : Aku nak p umah hang.
Aku : Ala Tini.. umah aku selerak la aku segan... hang jgn terjah lak
Tini : Takpa.... aku sker je dok dalam kandang babi nih...
Aku : Haha...
Tini : Erkkkk.. tetiba aku claim aku sker dok dalam kandang babi.. kann..

Hahahahaha... aku rasa mmg ayat tu terbit dari hati suci murni nan ikhlas dariTini la kot ekkkk ;)

Dipendekkan citer.. Tini pun mai la brsama dgn tiga orang anaknye iaitu Sarah, Aaliyah dan Fatihah beserta dgn Acikmimi yaitu adik Tini yg tengah pregnant kembar.

Kami makan2 dan menjalankan aktiviti2 ala2 parti liar di rumah aku. Best gitu.

Thanks tini coz sudi mengunjungi. Untuk gambar2 sila ke blog Tini

Friday, October 23, 2009

Bye2 Dell, Welkem Hewlett

Setelah berkeluh kesah sekian lama dengan tahap kelembapan pc aku yg sebenarnya dah ketinggalan zaman pun ( still guna processor Pentium D) , akhirnye penantian ku akan berakhir jua dalam sedikit masa lagi..

Tak guna banyak cerita, emel di bawah menerangkan segalanye. Selepas ini, daripada Pakcik Dell yang sudah lembab dan semput2, aku akan dpt boyfren baru yakni Pakcik Hewlett Packard plak yang tentunyer prestasi dan persembahannyer lebih mengkagumkan... ahakkkss!

Bukti keciwian :

From: Mohamad Syaiful Naim Bin Abd Sattar
Date: 10/22/09 12:34:58
To:
egag@.......
Subject: Penukaran PC baru untuk semua staf EGAG.

Assalamualaikum,


Tuan/Puan


Penukaran PC baru untuk semua staf EGAG akan dilakukan secara berperingkat bermula pada hari ini dan esok, sehubungan dengan itu semua staf dikehendaki melakukan backup data yang terdapat dalam pc masing-masing.


Harap maklum.


Terima kasih.
Mohamad Syaiful Naim Bin Abd Sattar
Unit Teknikal 2
Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik(EGAG)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tel : 03 88821232Faks : 03 88821222
msyaiful@........

Thursday, October 22, 2009

Sejadah Berdiri atau Didirikan ??

Kebelakangan ini macam menjadi satu trend pulak, fenomena pelik sejadah berdiri.. kalaupun buleh dikatakan pelik. Mengikut pendapat aku yg tak bersangkut dengan pendapat2 orang lain... aku rasa benda itu diada2kan, mungkin untuk mendapat publisiti percuma, menimbulkan kekecohan atau sebagainya mengikut niat orang yang melakukannya.
Kalau ada sehelai sejadah yang berdiri itu mungkin juga buleh percaya.. kalaulah buleh, tetapi kalau tiba2 ada beberapa helai sejadah yang membentuk sebuah jemaah yang konon2nya sedang bersolat.. wallahualam. Akal singkat aku sukar menerima, tambah pulak tiada bukti2 yang dapat menyokongnya. Yang peliknye kenapa sejadah material keras sahaja yg buleh terbentuk seperti orang duduk tahiyat ataupun bersujud, setakat ini takda lagi sejadah kain2 nipis seperti yg banyak kita lihat di surau maupun dimasjid2 dapat berdiri sendiri.. adakah kerna material kain sejadah itu mempengaruhi keupayaannye berdiri atau 'orang2' tertentu yg suka menimbulkan kekecohan itu tidak mampu untuk mendiri atau membentuk sejadah2 tadi menggunakan kain lembut.. Yer la, pakar2 gubahan hantaran pengantin pun jarang menggunakan kain sejadah lembut yg nipis melayang untuk membentuk hantaran mereka. Semuanyer memilih material sejadah kain keras supaya senang dibentuk. Yang peliknye, semua fenomena sejadah berdiri ini adalah yang telah siap, maknanya tak ada plak yg kita boleh nampak atau tengok secara live ia sedang bergerak sendiri membentuk kedudukan2 seperti itu.
Kepada individu2 yang suka menimbulkan kekecohan tolonglah berhenti.. buatlah kerja lain ! Janganlah ditebalkan lagi unsur2 syirik dan khurafat yang sudah pun sekian banyak dalam masyarakat kita ini. Syaitan pun punya R&D yang hebat juga untuk memesongkan akidah umat manusia.

Tuesday, October 20, 2009

Akhirnye

Kini pastiii... aku bley berkecimpung kembali dlm arena perblogan ini setelah sekian lama mengalami kegagalan 'cookie' gara2 pc telah diserang oleh virus2 padu bernama trojan dan segala yg seangkatan dgn nye... Meroyan gak rupanye takleh tulis blog, hehehehe... sekadar leh baca je, nak updet takleh.. dah gitu, nak komen orang nyer blog pun takleh.. gara2 itu aku terpaksa bersara dari menjadi pengomen tegar utk beberapa blog faveret buat seketika.

Monday, October 5, 2009

.....

Dah hampir nak berkulat blog aku ni tak diupdet.. Memang malas aku skang, malas nak tengok blog sendiri. Banyak benda nak cerita, nak kongsi sesama dengan kawan2.. tapi malangnyer tahap tak lalu nak tengok tu, membuatkan blog ni terdampar sepi. Haii, xtau la smp bila nak jd mcm ni.. harap2nye untuk seketika aje sebab akupun dpt merasakan kalo tak tulis blog rasa cam tak berapa nak lengkap satu hari putaran kehidupan aku.. tapipun semua perasaan itu mcm ditelan secara paksarela.

Aku cuma letih dan terasa seperti ingin bersendirian untuk beberapa jangka waktu yang aku harap tidak berpanjangan..