Monday, April 2, 2012

Amanina

Mula-mula aku rasa malas nak citer benda ni sebab kadang-kadang satgi terfikir blog aku dah jadi macam slot drama seram kat TV3 plak… asal malam Jumaat jer ada citer-citer hantu. Tapi oleh kerana hari ni ialah hari Isnin dan bila pikir-pikir balik, apa salahnyer aku share pengalaman ibu-ibu seorang aku dari sudut berlainan. Manalah tau kalo lepas-lepas ni sapa yang mengalami pengalaman yang hampir serupa, buleh dapat idea nak buat apa dan macam mana mau hadap.

Ceritanya macam ni, lebih kurang dua bulan lepas, Rumaisa suruh aku panggil dia dengan nama Amanina. Alasannya dia suka. Mula-mula aku ikutkan saja, tapi selepas tu aku mula terfikir-fikir siapakah gerangan Amanina dan kat mana pula Rumaisa dengar nama tu ? Kawan yang dia jumpa kat tamankah bila petang-petang bibik bawak keluar dia dan Rasyid main di situ atau anak-anak jiran yang mana kanak-kanak seusia Rumaisa boleh jumpa kawan sendiri. Kata bibik, Rumaisa buat hal sendiri saja di taman. Main semua permainan yang ada yang dia boleh main dan tiada kawan melainkan Rasyid.

Dan, dalam masa dia memaksa-maksa aku panggil namanya Amanina tu, setiap masa kalau ada waktu terluang Rumaisa akan masuk dalam almari pakaian aku dan bermain di situ. Kadang-kadang berseorangan dan kadang-kadang diajak Rasyid sekali. Tapi Rasyid jarang-jarang mau ikut, mungkin bagi Rasyid tiada apa yang menarik kalau sekadar berdiri di sebalik pintu almari dan mendengar kakaknya bercakap-cakap dengan diri sendiri sambil gelak-gelak. Adakala gelaknya seperti digeletek-geletek pulak.

Kekerapan bermain dalam almari makin menjadi-jadi. Siaran BBTV pun sudah tidak begitu menarik lagi buat Rumaisa. Siput ungu bernama Tulli, binatang sayur-sayuran dalam Vegimal maupun monyet comel Oliver sudah tidak mampu menarik minat Rumaisa. Kalau aku ajak dia menonton BBTV, jawapan dia

“Kakak syibokkk nih.. takpa takpa mak tengok la syeringa!” merujuk kepada minat aku yang suka tengok singa dan binatang-binatang yang seangkatan di NatgeoWild. Padahal bukan hari-haripun aku tengok menatang tu.

Hinggalah beberapa minggu lepas tu, masa berbaring-baring lebih kurang jam 11 malam, terjadilah perbualan ini dengan Rumaisa

“Mak panggil kakak Amanina yeee? “ untuk kesekian kalinya dia mintak aku panggil nama dia Amanina. Minat sungguh !

“Yer la, tapi kenapa nak panggil Amanina? Nama kakak kan Rumaisa.. “.

“Kakak syukaaa.. mak panggil la nama kakak Rumaisya Nu Milannnn Amanina Jikkeliii” ujarnya agak pelat merujuk kepada nama sendiri, Rumaisa Nur Milhan dengan tambahan Amanina di belakang berbintikan Zikri.

“OK mak panggil kakak Amanina, tapi Amanina tu sapa ?”

“Kawan kakak” jawapnya senyum malu-malu.

“Oooo kawan kakak, dia duduk mana ?”

“Alaaaa mak ni, tak tau pulakkk.. “ masa ni Rumaisa gelak-gelak.

“Ohhh.. kawan kakak si Amanina tu tu dok mana?”

“kawan kakak le mak. Duduk dalam lemali!”

“Almari ? Almari mana ??”

“Lemali mak laaaaaaa.. mak nih!” sambung Rumaisa, tangannya tunjuk almari dalam bilik tidur kami. Daripada berbaring dia pun ikut duduk. Teruja. Jam dah lebih 11 malam wei, anak aku senyum ala-ala menyeringai pulak.

“Mak jomm tengok Amanina, dia cantik macam kakak jugak..”

“Takyah takyah, Amanina dah tidur tu esok je kakak main dengan dia”.

Tengah-tengah malam. MrWTT takde kat rumah, ada trip ‘Geng Bas Sekolah’ di Johor. Anak yang baru buleh bercakap fasih sedikit bercerita perihal kawannya yang duduk di dalam almari yang aku sendiripun tak pernah terpikir. Sumpah malam tu, aku jadi takut dengan almari pakaian sendiri. Setiap 10 minit kalih tengok pintu almari, dekat-dekat nak pagi baru aku terlelap.

Esok paginya aku menelefon seorang Ustaz yang aku kenal, bercerita dan minta nasihatnya.

“Letak garam dan lada hitam dalam almari, kalau ada ‘benda’ kat situ Insya Allah dia takkan duduk dah. Kamu jangan lupa baca selawat dan juga Ayat Kursi tiap-tiap malam sebelum tidur tiup kat telinga anak. Tak dak apa tuh, saja budak tu nak carik kawan bermain.. ” kata ustaz nih yang kliniknya beroperasi di Seksyen 17, Shah Alam.

Selepas seminggu aku letak garam dan lada hitam dalam almari pakaian aku, dan baca beberapa potong doa yang disarankan oleh ustaz tersebut, Rumaisa dah tak main dalam almari tu dan juga nama Amanina sudah tidak kedengaran lagi disebut.

Apapun mak masih cuak bukak pintu almari sendiri..

9 comments:

Lizzie Yasmin said...

macam kes adik laki saya jer. Dia pernah hilang 4 5 kali konon ikut kawan dia main dekat bukit. Klau ikutkan area rumah saya jauh dari bukit.

Masalahnya benda tue jadi bila setiap kali mak marah dia, mesti hilang punya.

Kalau hari biasa dia salu main sorang - sorang kt luar. Bayangkan dia boleh main chest sorang2.

Merujuk pada ustaz, ada org bunian main dengan dia, dan ada kemungkinan boleh di bawa pergi terus.

Tapi Alhamdulillah skang dah tak der, lepas berubah dgn Ustaz.

Naja said...

Syukur benda ni tak berterusan. Umur Rumaisa 3 tahun 3 bulan, faktor yang membuatkan dia tak ilang dari rumah sebab tak pandai nak bukak pintu sendiri ke luar ke mana-mana sorang diri.

Semoga Allah melindungi adik Lizzie.

Laxmi said...

OMG naja.. meremang ok bulu roma aku.. uish takut giloss.. mujur ko interbiu cik mai betul2 n then act to it.. tapi usually benda2 cam ni suker ganggu budak2 kecil sbb diorg ni tak reti nak differentiate between human n benda halus.. lengkali ko jgn kasik cik mai main sorang2 lam tempat2 gelap or selindung la naja.. hopefully all ok after this.

sal said...

naja, again u make me scary..sib baik baca kt living room sambil layan teater lawak ke der?kt istana budaya yg didownload oleh abg k....

cer u tanya ngan rumaisa yg mulut cam bertih tu, kawan dia tu masih ada ke tak lagi..klu berani la....kan per...for safety and u also alert.....sib baik u pun rajin bercerita ngan anak2...at least cpt jugak amik langkah2 yg sepatutnya....reminder for us also as a mother.....thanks dear!!!

amykimi said...

Naja nnt ko bgtau ayat apa nak baca yer... Member aku ada kena kes mcm ni gak...

marstories said...

Wahh..seram okay citer hang nih..

Fuuhhhh la la ..... said...

agak seram gak bila baca nih naja...ehehhehe....

elokla tu amalkan bacaan 3 qul... ayat kursi dan ayat baqarah... mudah2an dijauhkan daripada segala syaitan iblis...

Mya said...

meremang bulu roma aku kak!
waaaaaa....

Leya said...

sama jadi kat my son..suka sangat main kat almari,but one day dia lintang pukang lari lepas buka pintu almari..maybe nampak benda lain kot..

now dah ok lepas pegi berubat ngan ustaz.