Saturday, April 21, 2012

Terapi stress


Khamis lepas kat pejabat aku diserang sakit kepala tahap tak tau nak habaq.  Sakit kepala yang membawa ke belakang tengkuk lalu menyelinap turun sampai ke tulang belakang.  Lenguh bahu usah cerita.  Tengok skrin komputer rasa macam nak terkeluaq bijik mata, keningpun lenguh jugak.  Pandang kertas A4 yang terdampar di atas meja pun rasa macam tekanan perasaan yang melampau. Badan lesu, otak letih.  Rasa tak sabar nak balik rumah nak lentang-lentang.

Jumaat cuti balik kampung, membawa ke Isninpun cuti.  Hari Selasa pagi bangun tidur nak pergi kerja, rasa macam kepala mau pecah.  Sakitnya seperti kena hempuk dengan hammertun.  Sakit di belakang sampai takleh gerak.  Lenguh bahu seperti dok menanggung sesuatu.  Jam 3.00 petang ajak Encik WTT pergi klinik di Bangi, berjumpa Dr. Rahimi di Klinik Sofea.  Mata bengkak, muka sembab. 

Selepas bercerita lebih kurang dengan Dr. Rahimi akan simptom-simptom yang aku alami, terus aku ditanya
“You ada masalah rumahtangga ?”

Soalan Dr. Rahimi membuatkan aku mengesyaki punca utama  stress di Malaysia ini adalah kerana masalah rumahtangga.  Soalan kedua beliau barulah berkaitan masalah kesihatan ahli keluarga terutama anak-anak.  Menurut beliau, anak-anak yang sakit juga mengundang stress kepada ibu-bapa.


 “Alhamdulillah, Dr.  Suami, anak-anak semua sihat.  Saya rasa keluarga saya ok-ok saja, kami tiada masalah rumahtangga.  Kami keluarga biasa-biasa yang bahagia.. “ jawap aku. Dr  Rahimi pandang aku, angkat kening dan tersenyum.  Keh keh keh. Ntah apa punya jawapan.

“Tension kat tempat kerja ?”  

Soalan yang ni aku amik masa nak jawap.  Sebenarnya aku tak rasa stress ni datang dari tempat kerja, atau mungkin betul tapi aku tak menyedarinya.  Aku rasa ok-ok saja.  Atau mungkin kerana terlampau meletakkan komitmen yang tinggi dengan harapan dapat memuaskan hati orang lain (walaupun pada hakikatnya, tiada siapa mampu memuaskan hati semua orang pada kebanyakan masa)  akhirnya mengundang stress ?  Stress celah mana kalau kat pejabat takde sapapun buli aku?  Boss pun, sangat baik.  Alhamdulillah.  Tak kiralah boss dulu atau boss sekarang.  Boss dulu tebal dengan sifat kebapaan.  Boss sekarang pula sangat keibuan.  Eloklah tu, dulu ayah sekarang ibu.  Lengkap dan seimbang gitu putaran kerja aku di sini. Heheheh.  Semuapun ok saja. 

Dan kata Dr. Rahimi, tak semestinya kena buli baru nak rasa stress.  Beban kerja berganda jugak mengundang stress.   Owh.. ok, jangan lawan cakap doktor.  Doktor kata aku diserang stress, stress mengundang migraine dan vertigo.  Baru sat-sat tadi aku google carik apa benda vertigo.  Menurut pemahaman aku, vertigo adalah sejenis spesis pening-pening.  Aku terima penerangan doktor dengan hati terbukalah nak cakap apa lagi.  Dan yang tak tahannya stress dengan kerja. Heheheh.. hahahaha.  Lucu pulak rasanya.   Aku start kerja ujung tahun 1998 dan sehingga 2012 ni,  kali pertama aku dilanda benda macam ni.  Berapa banyak ruang masa dalam tempoh hampir 14 tahun tu aku tidak migraine dan stress.. Ok insaf, baru kali ini Allah menguji aku dengan migraine dan stress. 

Dan selepas keluar dari klinik En WTT bawak aku raun-raun sekitar Bangi dan Kajang tanpa tujuan.  Terserempak satu kedai, aku masuk tengok-tengok.  Dan terus pilih-pilih, lepas tu beli, beli dan beli tak tengok kiri kanan.  Tiba-tiba rasa stress itu berkurang.  Serious sakit kepala sudah di tahap ringan.  Sekarang aku buleh katakan, melihat benda-benda sebegini mungkin sebahagian daripada terapi stress.  Dan ini, terapi stress ku yang pertama.  Terapi yang bersifat kebendaan.  Terapi kerohanian kita cerita di bab yang lain.


  
   Reben Grosgrain 

   Macam-macam corak dan warna



   Reben Grosgrain siap gulung - 1 meter setiap satu



Cantik kan ?



 Bermacam-macam warna




 Bukan untuk diniagakan.. 




 Bakal menjadi hobi di masa depan.. kumpul reben :)





"Awak nak buat apa dengan reben banyak-banyak tu ?" soal suamiku yang tercinta, En WTT.

“Saya pun tak tau, beli je dulu.  Nak buat apa dengan reben ni fikir kemudian,”  benar aku tiada jawapan konkrit untuk diberikan pada En. WTT.

“Takpa nanti senang-senang saya bawak awak gi Plaza GM.  Kat situ segala macam ada, lagi banyak dari kat sini,” katanya berjanji. 

Dan aku ? Wahhhhhhhh.. menunggu hari di mana janji itu akan dikotakan. 

Sekian!



6 comments:

Nydaziz said...

Terapi stress bagiku adalah apabila dapat membelai2 mesin jaetku itu....tp skrg x de masa..hukhukhuk....

amykimi said...

Aku pun pernah kena megeren tahap gaban. first time kena. Pastu mama soh aku mkn u-queen terus hilang megeren.

Naja Naja said...

Nyda - mesin jait ai baru kuar dari kinik. Gigih p hantar servis, sayang banget. Beli tapi tak guna. Ni dah ok, taktau nak jait apa lagi.

Amy - NI migrain tahap makan my-queen pun tak jalan kot.. xperla. Pasrah ja nanti dah ilang la kot bila stock terapi stress ni dah banyak.. haha !

TiNiE said...

aku skang pengidap migraine bulanan.
bila kawan baik dtg. huhuhu pasghah.

yaya said...

Ahkak memang stress ttiap hari..sebab tgk muka boss yg bergelar bapa tp kat opis lebih kepada mcm singa garang tapi xde gigi..stresssss!!! *DANGG!!!*

Laxmi said...

i pun mangsa stress gak naja.. tapi i kena telan ubat no choice.. cam relaxkan urat2.. if not matik la mak menaga tak pasal2 kat ofis n kat rumah.. bencih ok tiap kali diserang.. tapi apakan daya.. terpaksa harunginyer!