Ada sepasang baju kurung biru gelap
bunganya hijau-hijau, yang aku sangat
suka pakai sejak dari hari pertama siap iaitu tahun 2005 kalau tak silap. Harga RM28 untuk empat meter. Beli di pasar malam. Upah jahit untuk sepasang baju kurung dengan
leher jahit mata lalat, cuma RM21.. gila murah.
Pada masa tu lah.
Dalam
seminggu bekerja, aku tak pernah miss pakai baju ni sekurang-kurangnya
sekali. Selesa punya pasal. Kadang-kadang bila aku pakai hari Isnin, hari
Jumaat aku blasah pakai lagi. Pedulikanlah. Sebab aku bukan jenis yang rajin pegi hantar
baju kat tailor jahit setiap bulan. Dan
kalau aku dah selesa dengan satu-satu baju tu, pakai tiap-tiap haripun aku tak
heran. Kehkehkeh.
Nak
dijadikan cerita, musim raya haji tahun
lepas aku kumpul kain lama-lama yang aku beli entah dari tahun bila. Ada 15 pasang. Sekaligus aku hantar ke tailor. Bila dah siap, wahhhh banyaknya baju mak! Like dan like. Jadinya baju kurung biru tadi tersimpan dalam
almari, sepi tak dipeduli. Sehinggalah
seminggu lepas, tetiba rindu rasa nak pakai balik.
Jadinya
pada satu subuh yang bening, tengah belek-belek baju tersebut untuk dipakai ke
opis tetiba terperasan yang jahitan di bawah dah terbertas. Mesin jahit ada tapi kerana kegigihan melanda
dan konon-konon untuk hasil jahitan yang lebih eksotik, maka mak pun jahit
pakai tangan. Eksotik le sangat kan..
dari jam 6.30 menjahit, 45 minit selepas itu setelah melihat hasilnya akupun
tersenyum puas ati walaupun terasa lenguh cervical vertebrae menganjur ke
thoracic vertebrae. Kemain eksyen habaq
vertebrae bagai.. nak habaq lenguh tulang tengkuk je pun sebenarnya !
Maka selepas
itu bersiap-siaplah untuk iron baju tu walaupun selama ni aku jarang iron baju.
Nak dikira-kira, setahun ada la kot tiga empat kali. Hahahaa.
Ok, mak memang alah bau yang terbit dari iron. Buleh mendatangkan migraine dan mengubah mak
menjadi seorang psikopath anti-sosial untuk sehari suntuk ! Tapi demi
kerana sepasang kurung biru maka aku
hadap jua. Maka baju kurung itu
dibentangkan di papan iron. Ironpun
dipanaskan pada laras kepanasan yang sesuai.
Seterusnya dengan senang hati akupun mau memulakan kerja menggosok. Demi terletak saja iron tu di baju…
srssssssssssss ! Hilang kata-kata. Terasa sia-sia 45 minit tadi tekun
tunduk-tunduk menjahit sampai kebas-kebas kepala.
Angkat saja iron tadi, elok-elok
saja terbentuk lubang sebesaq plat iron tuh.
Sebijik-sebijik ! Dan kain yang
melekat kat besi plat iron tu pun tidak dapat dinafikan lagi tahap
kerangupannya. Bila dipegang terasa
zrassss zrasssss… pecah seperti kepingan-kepingan, lalu hancur berderai. Sehancur hati ku yang kehilangan baju yang paling selesa yang
pernah ku miliki selama hayat.
Aku ? Pasrah. Ya, redho itu ikhlas.. pasrah itu berserah
!
Baju kurung corak inilah yang terkorban tu. Ini kainnya.