Friday, June 1, 2012

'Anugerah Bencana'..


Serious aku tergelak sendirian, membaca di mukasurat dua Utusan Malaysia, ruangan Cerita Kaki, Ringkasannya lebih kurang macam ni :

Malas Buat Kerja Sekolah, Murid diberi ‘Anugerah’.   Kejadian ni kat Arizona, USA sana.  Seorang Cikgu memberi ‘Anugerah Bencana’ kepada seorang murid perempuannya Cassandra Garcia, 8 tahun kerana sering memberi alasan apabila diminta menyiapkan kerja sekolah.  Anugerah Bencana ni siap dengan pakej sijil dan diberi semasa perhimpunan sekolah.

Bukan apa kalaulah cikgu aku kat sekolah rendah  aku dulu  (lebih kurang 26 tahun yang lepas)  ada idea buat macam ni,  aku rasa tiap-tiap tahun aku dapat Anugerah Bencana ni.  Zaman budak-budak kan,  memang gila nak main itu ini.  Memang masa tu takde iPad, tab bagai ni.  Tapi hakikat godaan dan tarikan untuk tidak menumpukan pada  kerja sekolah dan kerja rumah yang dibekalkan oleh cikgu-cikgu tu sama saja kuatnya, cuma cara saja yang berbeza.  Hasilnya kerja yang cikgu bagi untuk siap di rumah memang terbengkalai.  Kadang-kadang buat sikit, kadang tak buat langsung.  Kadang-kadang tulis sebaris ayat baru, kawan dah datang bagi salam ajak main macam-macam.  Godaan tu wei !

Dulu kerja rumah yang cikgu bagi, aku suruh sorang rakan kelas ni buat.  Nama dia N.  N ni budak lelaki yang selalu dapat nombor tercorot dalam kelas.  N memang agak perlahan kebolehan membaca dan menulisnya.  Dan aku buleh kata kerap gak la pagi-pagi sampai sekolah terus bukak buku latihan letak atas meja dia.  Bukan apapun, cuma salin satu perenggan dari buku latihan dan isi dengan perkataan-perkataan sesuai.  Aku sebut dia tolong tulis dan isi jawapan.  Jawapan dia yang salahpun aku tolong betulkan dengan syarat “hang tolong buat kerja sekolah aku”. Hahaha.   Kadang-kadang memang ada rasa bersalah.  Tapi kan, ada hikmahnyer jugak wei berbulan-bulan lepas tu N mai bagitau aku dia pandai menulis laju sebab aku dok paksa dia buat kerja sekolah aku.   Kira macam dia buat latihan berganda la. Dari rasa bersalah terus aku rasa haaaaaaaaaaa… kalau aku rajin buat, belum tentu N pandai menulis. Padahal yang sebenarnya itu adalah usaha gigih N ! Kehkehkeh..

Lagi satu, masa kat sekolah rendah dulu dalam kelas ada macam satu ‘game’ yang sangat fofular iaitu game ‘rubber’.  Rubber ni singkatan untuk getah pemadam bagi budak-budak belah Utara sana.  Lain-lain negeri aku taktau panggil apa.  Bukan game raba ya, yang tu nak kena penendang masuk longkang kasik patah belakang ! Game getah pemadam ni kaedah permainannya sangat senang yakni pulun  jentik-jentik getah pemadam tu sampai masuk gol.  Selalunya 4 orang main bersama, paling koman pun main berdua.  Kalau main sorang-sorang namanya gila babi tak tahuan hala.  Gol tu ialah tangan kawan hang dari kumpulan berempat atau berdua tadi.  Hadiahnya ialah getah pemadam yang berjaya dijentik masuk dalam gol.  Masa mainnya ialah di antara pertukaran matapelajaran, sementara cikgu yang lain masuk kelas. Jadinya, jangan hairanla kalau hari ni getah pemadam hang ada dua ketoi, esok jadi lapan ketoi.  Lusa tinggal seketui, tulat mungkin dalam pencil case takdak barang seketui pun sebab semua sudah tergadai.  Okey, ini mungkin merungkai sedikit misteri kepada mak ayah zaman sekarang yang ramai merungut hairan getah pemadam anak-anak depa hilang.  Tiap-tiap hari hilang.  Beli satu pun hilang, beli 10 pun hilang. Kalau tak beli langsung, ajaib plak bila tiba-tiba anak-anak bawak balik dua tiga ketui pemadam, kadang-kadang seplastik.  Sedangkan duit bekal tak berkurang.  Mungkin game ini masih wujud kat sekolah anak-anak tuan dan puan.  Sila ‘CSI’.

Meraban ntah ke mana hala tapi cerita pemadam ni ada sangkut paut dengan Anugerah Bencana tadi la, getah pemadam mungkin salah satu sebab kenapa anak-anak takdan buat kerja sekolah pada waktu senggang.  Ni untuk anak-anak hyper jer kot, sebab mengikut pengamatan aku la anak-anak yang berdisiplin, yang tekun membuat kerja sekolah ni takdenya dia nak terjebak dengan game pemadam ni segala.. Hehehehe.

Sekian, repekan ablasa mak di Jumaat yang mulia.

4 comments:

Lizzie Yasmin said...

Gila brutal paksa anak orang yang buat kerja sekolah. hahaha

Naja Naja said...

Lizzie - Pembuli rakan sebaya kaedahnya, ya ampunnn.. mak sudah taubatannasuha !

Lady RaRa said...

aku dulu kak main nama negeri. siap ketagih2. elok cikgu masuk berenti sat. hati perut tergedik-gedik tak sabaq cikgu habih mengajaq.

tapi tang suruh org buat keja sekolah tu, memang tabik. terus aku bayang hang macam rumaisa masa kecik2 dulu kak. hahahaha

Naja Naja said...

Rai - Nama negeri hat bermula dengan huruf a to z tu ka ? kalo hat tu aku pun kategori penagih tegar gak la.. sapa menang hadiah dia cekelat kendos sekeping.