Thursday, June 7, 2012

Sinetron





Sekarang ni petang-petang, kat TV9 ada satu sinetron Indon tengah tayang tajuknya Anugerah.  Mungkin dah lama tayang, episod entah yang keberapa tak pulak aku periksa.  Tati, bibik Rumaisa dan Rasyid memang mengikuti cerita ni, rasa macam dia tak pernah terlepas kot.  Kadang-kadang aku tengok bibik menangis, kadang-kadang dia gelak sorang-sorang.  Kadang-kadang mengomel geram.

Dua hari lepas aku tumpang tengok, tengok secara full satu siri.  Sebelum ni aku jelling-jeling  saja sebab sinetron memang tak pernah  serasi dengan jiwa aku.  Nak plak dalam bulan Jun ni aku memang hari-hari buleh kata balik awal.  Kalau waktu kerja habis jam 5, aku punch kad jam 5.15 paling lewat.  Tak kuasa dah nak bertunggu-tangga kat opis, kerja tetap kerja ia takkan habis.  Esok boleh sambung lagi.

Berbalik pada sinetron tadi, setelah melihat satu siri dan mulut sama rancak bertanya dengan bibik jalan cerita yang lepas-lepas.  Cerita Anugerah ni lebih kurang macam ni  (berdasar cerita Tati.. hehehe )

…..Bima telah berkawin dengan Wulan, tapi Wulan disahkan mandul.  Demi cinta sucinya, Wulan tetap mahu memberikan Bima zuriat.  Wulan buat rawatan kat hospital, tapi entah macam mana sampai hari nak buat rawatan tu kesilapan terjadi kat hospital.  Fail rawatan Wulan dan fail Nabila sudah tertukar.  Nabila nak buat rawatan membuang ketumbuhan dalam perut kot, maka rawatan yang sepatutnya Wulan lalui telah tertukar dengan rawatan yang sepatutnya diberikan kepada Nabila.  Secara tak sengaja, Nabila pun menjadi ibu tumpang maka lahirlah Anugerah.  Nabila pula sedang berpacaran dengan Fendi.  Fendi ialah saudara seayah dengan Bima, emak lain-lain.  Sangat sinetron !

Anugerah ni menjadi rebutan semua pihak kaedahnya.  Nabila nak, emak Bima pun nak, Wulan pun nak sampai dah jadi cacamarba.   Pendek kata semua orang punya derita masing-masing yang tahap teragung punyer dek kerana mau kan Anugerah ni jadi milik masing-masing. Maka timbul la dendam kesumat bagai, bersimpang siur dan bersilang pangkah....

Dalam citer ni, Nabila sebagai ibu kandung kepada Anugerah, maka penderitaan emosi dia digambarkan secara begitu mendalam sekali.  Macam biasa, watak heroin sinetron ka telenovela ka mesti hat jenis terlalu baik, super berpasrah, redho dengan ketentuan Ilahi walaupun time tu orang mai ludah muka hang, sepak hang bertubi-tubi ke atau maki hamun hang ( buleh je nak tampar balik atau mempertahankan diri) tapi sebab kau heroin maka kau kenalah redho dan nangis-nangis berserah aje sebab tu dah ketentuan Allah katanya.  Pendek kata kerjanya menangis, menangis dan menangis jer lah.

Pastu kalau hat watak jahat, jahatnya terlampau-lampau sampai bercakap, senyum, gelakpun semua cara orang jahat ya amat.  Lagi pening bila ada banyak sangat orang jahat dalam sinetron.  Kalau ada 5 orang baik, maka akan ada 30 watak jahat yang menjadi penghalang.  Emak Bima pada awal cerita adalah perempuan yang baik, lembut dan keibuan gitu  (berdasar cerita bibik gak la) tapi sekarang sudah jadi jahat sejahat-jahatnya sampai sanggup racun cucu sendiri iaitu Anugerah untuk memfitnah Nabila.

            Yang aku tengok hari tu plak, emak Fendi sudah eksiden.  Dihantar ke hospital lalu dimaklumkan oleh pihak hospital, hanya Dr (apa nama ntah dia) satu-satunya doktor yang mampu menyembuhkan mak Fendi.  Dr lain tak buleh, tak reti, tak pandai, tak berkemampuan.  Hospital kat Malaysia mampu buat macam tu ?  Hospital punya la besaq dan moden.  Kalau taraf Klinik Desa kat kampung aku tu, aku percaya gak la sebab doktor pun tadaaa.  Yang ada cuma jururawat desa sahaja.  Dan anak Dr ni plak namanya Alexa, memang gilababi kemaruk dekat Fendi.  Jadi Dr ni pun bagila syarat kat Fendi dan keluarga, kalau nak mak dia sembuh, Fendi kena terima Alexa sebagai teman hidup.  Kalau tidak dia tak buleh buat apa-apa.    Dengan kata lain, kalau mati pun mati lah.. sapa suruh hang tak terima cinta anak aku ?  Gitu.  Dasar suka mengambil kesempatan !!

Lepas pada part tu aku takleh tengok dah.  Merepek sangat.  Tapi bagi Tati, cerita ni best kerana meresap ke dalam sanubari.  Menimbulkan keinsofan yang mendalam katanya.  Meresap tak meresap kalau sampai ujung bulan ni tak habis gak cerita ni dan bibik masih lagi dok folo, aku nak letup TV tu.  Nak letup Tati kejam sangat pulak, kang muka aku kuar sotkabar muka depan.

10 comments:

Lizzie Yasmin said...

Rasa macam nak tabik spring kat sapa yang mampu layan cite sinetron nie. Kalau aku memang tak mampu bertahan.

Naja Naja said...

Lizzie - Ada 101 episod kot. Mampuih keras nak tunggu sampai habis.. !

TiNiE said...

aku dulu ikut sinetron hikmah.
rasa cam gerammmm tak abis2.

wei, hang takyah letup sesapa pon.
set password kat decorder astro.
kehkehkeh

Lady RaRa said...

YA ALLAHHH KAKKKKK

aku ni bergaduh ngan waheeda hari2 pasai dia layan anugerah ni. time aku duk type komen pun heroin tengah duk cakap tepon dalam kereta cemas buat apa tah.

waheeda ketagihan.

Naja Naja said...

Tinie - kalo set password mcm tak demokrasi sangat plak.. Hmm, macam kan letup tv tu demokrasi sangat yer.

Rai - Anak2 akupun, tak padan kecik dok sebut Nugi.. Nugi. Time Anugerah ni dok main kat Tv depa pun diam sama kosyok, kasik chance kat bibik. Sangat berkomplot !

Anonymous said...

suke kat lagu dia jer..hehehe

marstories said...

hehe..aku buleh stress tengok sinetron..punyalah lama nak abih! ntah berapa kali ulang dah anugerah ni kan?..macam x abih2 pulak aku rasa..hehe..

Naja Naja said...

Betui Rinie, memang mengundang stress. Baik aku tengok NGW!

amykimi said...

Mak aku pun layan sinetron dari kul 3pm smpai.ler magrib dok btukaq2 citer... Lg satu citer NADA CINTA... Rimas aku... Epsod bjela2 meleret nyer mnangis haish... Sib baik aku xdak bibik kalo dak aku apungkn bibik balik indon naik tongkang bskali.dgn tv sbgai sebenier hahhaha

Naja Naja said...

Amy - hahahaha. bibik dpt tv sebagai sebenier tu tak tahan...