Monday, September 24, 2012

Raya Kami Bhg. 3 : Merayap di Yan, Kedah.



Sambung lagi cerita raya.  Raya dah berlalu pergi, tapi masih lagi nak cerita.  Masih menggunakan alasan cuti raya yang lama di kampung.   En WTT bawak kami berjalan-jalan lagi.  Yang ni kejadian pada raya ke bila aku tak berapa ingat tapi rasanya raya ke belas-belas  dah.   


Daerah Yan dengan Sik ni pun tak jauh  sebenarnya, kalo jalan clear lebih kurang setengah jam ke 45 minit sampai dah..  Sepanjang hidup, ini pertama kali aku jejak kaki ke kawasan Yan ni, nama saja orang Kedah. Sedih bunyinya. Hehehe


Luas  jugak daerah Yan ,  dia macam  gabungan tiga pemandangan indah yang berlapis-lapis.  Di hujung sana  ada gunung-gunung, di tengah-tengahnya sawah padi dan jugak pantai…  Yang pasti Yan ni banyak kawasan perkelahan dan air terjun yang sungguh cantik.  Sangat menggoda naluri semulajadi mak yang sukakan air nih tapi oleh kerana terpapar papan tanda memberi amaran tentang gejala-gejala penyakit kencing tikus, terus termati nafsu nak mandi manda di situ.  Kami hanya tengok-tengok saja sambil menikmati keindahan alam sekitar.   Terkagum sebentar mak dibuatnya.  Chalet-chalet jugak banyak didirikan untuk para pelanciong yang ingin menetap di sana, sambil menikmati udara sejuk dan redup. 



Air terjun pertama yang kami singgah... tak ingat pulak namanya.
 
Air yang kemerah-merahan, taktau apa sebab.

Orang-orang Yan mungkin boleh jawab kenapa air di sini warnanya merah.

Pemandangan indah, sejuk dan mendamaikan.

Rasyid dan kakak sepupunya, Najwa. 
  
Kemain teruja mereka berdua ni tengok air, jangan terjun sudahlah..
 
Dua ketui budak yang takleh mandi..
 
Rancakberbincang kenapa mereka tidak dibenarkan mandi di situ.. hahaha
 
Ni adalah salah satu chalet yang tersedia di sana.  Ada banyak sebenarnya boleh pilih mana suka.



Tapi sat sebelum tu nak tunjuk satu gambar yang buat aku terkagum-kagum dan rasa nak balik pindah dok Kedah time tu jugak…


Ni ada dua plastik cucoq ni, satu cucoq pisang satu lagi cucoq cempedak.  Dua-dua aku beli RM2 setiap satu.  Kiranya cucoq pisang RM2, cucoq cempedak RM2.  Bukak plastik terus macam wahhhh gila banyak.. Kira punya kira.. sekeping cucoq pisang bersamaan dengan sekupang.  Gila kagum wei… macam tu jugak dengan cucoq cempedak.  Dengan RM4 kami dapat 20 keping cucoq pisang dan 18 bijik cucoq cempedak.  AKu doakan murah rezeki makcik penjual cucoq2 nih! Amin…  Kat sini mana nak dapat rega tu.. Yang selalu dok tengok kat pasar malam belah-belah sini, cucoq pisang RM1 dpt 4 keping, manakala cucoq cempedak sebijik 40c. 

Cucoq pisang yang meramai dalam plastik


Cucoq cempedak di tempat kejadian
 
Tapi cucoq ni bukan beli kat Yan la, yang ni beli kat Baling.  Depan sekolah berhampiran dengan jalan masuk nak ke Air Panas Ulu Legong tu.. hehehe.  OK sori mak terkeluar dari landasan penceritaan hari ni.  Aku tak mampu nak menyekat keterujaan menceritakan perihal cucoq tersebut dalam entry kali ni..


Dan pasal Yan tu, nanti aku citer pelan-pelan ya… aku dah tak mampu nak menaip or bercerita kerana tetiba lapaq cucoq pisang dan cempedak.  Nyesal plak cerita.. hihihi !

Thursday, September 20, 2012

Benci...




Aku cukup sakit hati bila tengah bizi tak hengat dunia, tetiba ada bunyi sms masuk kat henpon.  Tak tengok takut lah penting sangat buat sapa-sapa sms nak tanya ke apa.. kadang-kadang boss pun rajin guna medium sms ni, jadi nak abaikan terus memang tak boleh.

Tapi bila dah tengok, mesej ceni je :

28444

RM0.  Tambat hati si dia yang tersayang dengan kata-kata yang romantik dengan Madah Cinta.  Pastinya akan menyentuh hati sanubari si dia.  Hantar ON MC ke 28444.


Sungguh buang karan, tau dak ?!  Bukan aku kata salah, akupun suka berkasih sayang bermadah romantik dengan EnWTT.. heheheh tapi kalau setakat nak bermadah romantik dengan orang yang tersayang pun kena berpandu pada sms, memang sah-sahlah bangang !  Bukankah luahan rasa cinta dan sayang itu tulus dari hati bukan perlu dibuat-buat atau diajar-ajar atau disuruh-suruh ?


Wednesday, September 12, 2012

Raya Kami Bhg. 2 - Kensiu



Masih lagi cerita masa cuti raya.  Hari raya ke lima, masih di kampung dan kami keboringan.  Hujan turun kerap jugak masa tu, pagi dan petang kadang-kadang seharian.  Banyak agenda tergendala.  Walau bagaimanapun ada juga hikmahnya kerana aku dan bibik berjaya menarah rumput yang tumbuh subur di sekeliling rumah mak.  Kami susun balik pasu-pasu bunga mak yang bertebaran merata dan membiarkan Rasyid dan Rumaisa bergelumang puas-puas dengan tanah, dedaun kayu, selut dan juga apa saja yang terlintas untuk mereka asalkan tidak mendatangkan mudarat pada badan maupun kesihatan.


Pagi-pagi hari ke 6,  EnWTT mengajak kami anak beranak ke Baling.  Baling berjiran dengan daerah Sik.  Tujuan utama kami ke Baling ialah  meronda-ronda mencari tempat menarik tetapi alih-alih menjadi agenda menziarah perkampungan orang Asli di sana iaitu berhampiran dengan Ulu Legong.  Perkampungan ini sangat dekat dengan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Dah banyak kali jugak aku  sampai ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong tapi belum pernah sekalipun singgah di perkampungan orang Asli di situ. 


Memang satu pengalaman baru dalam hidup.  Penduduk perkampungan orang Asli ini  tidak ramai sekitar 267 orang termasuk kelahiran baru dalam tahun ini seramai 6 orang sahaja,  seperti yang diberitahu oleh salah seorang daripada mereka.  Dulu bila lalu kawasan ni dan ternampak orang Asli, serious aku teruja. Nak berhenti tak berani.  Hehehehe… terjenguk-jenguk dari sebalik tingkap kereta.  Mereka selamber sahaja.  Serupa terbalik kod pulak.  Tapi kali ni kami memberanikan diri berhenti dan beramah mesra. 


Suku kaum Asli yang mendiami perkampungan ini adalah suku kaum Kensiu, iaitu dari rumpun bangsa asli Semang-Negrito.  Rupa paras mereka ada iras-iras kaum asli dari Papua New Guinea  sikit namun fasih berbahasa Melayu.  Walau bagaimanapun, apabila berkomunikasi sesama mereka, kaum ini lebih senang menggunakan bahasa ibunda mereka yang pastinya sepatah haram habukpun aku tak faham.  Apapun mereka tetaplah mesra.  Bibik kata orang asli Irian Jaya pun menyerupai orang Kensiu ini.  Bila aku tanya bibik dia pernah pergi melawat penempatan orang Irian Jaya ke dijawabnya tengok dalam Astro, National Geographic.  Ok, tidak dinafikan National Geographic sangat membantu. 


Sebahagian besar daripada mereka beragama Islam dan selebihnya masih berpegang teguh dengan ajaran nenek moyang.  Kehidupan merekapun canggih jua, masing-masing ada henpon dan juga beberapa buah rumah terpasang dengan belanga Astro namun rata-ratanya masih melalui kehidupan yang sangat sederhana.


Hampir separuh hari jugaklah kami di sana.  Sampaikan Rasyid dan Rumaisa sempat mandi sungai bersama-sama dengan anak-anak orang Asli.  Teruja sungguh mereka berdua.  Masa mandi sungai ni, aku rasa banyak bakat-bakat baru yang boleh menggantikan Pandelela Rinong Pamg di sini.  Hehehe.  Tak caya nanti tengok gambar-gambar.


Di akhir perbualan dengan salah sorang daripada mereka, seorang ibu muda yang berusia 21 tahun dengan 2 anak yang masih kecik-kecik mengatakan kehidupan yang mereka lalui sangatlah sederhana tapi masih cukup makan anak-beranak, cumanya  kalau-kalau ada yang sudi memberi pakaian terpakai kepada mereka sangatlah dialu-alukan dan diterima dengan senang hati. Oh ok, nanti bila balik lagi aku akan bawak baju-baju terpakai anak-anakku yang sekerat guni itu.  Dan juga kepada sesiapa yang sudi menderma pakaian untuk mereka tak kiralah kecik atau besar, bolehlah kirim melalui aku.


Sehingga itu sekian dulu.  Separa skema plak entry mak kali ini… layankan saja ya anak-anak.  


R&R dikelilingi kawan-kawan baru mereka.




 Makan aiskrim beramai-ramai


 


Fauzi, 11 tahun.  Anak orang Asli yang hensem. 





Kamarul Hisyam, 9 tahun a.k.a Ronaldinho. 
Oklah, ada iras-iras.  Main bola sampai pandai ya dik !






Fatin, 5 tahun.  Comelkan.. ?






Nazira, 3 tahun.  Adik kepada Fauzi.






Mereka yang gembira dengan dunia mereka.


 Kepakaran anak-anak ini. Panjat akar pokok lalu…



 Terjun!  Oh.. Yang Zhuliang, tengoklah mereka. 

Kalau-kalau boleh menjadi pelapis kepada Pandelela Rinong. Hehehe


 Mariana, tujuh tahun.  Tidak turut mandi kerana berbaju cantik pada hari kejadian.


 
 Taufik, 1 tahun 7 bulan.





Dan pastilah, anak-anak akupun terjebak sama !
 


 Mandi.. mandi dan mandi !



 Wajah-wajah ceria, punya kawan-kawan baru.



Sebahagian aktiviti di sungai.  Membasuh pinggan mangkuk dan juga pakaian.



Julia, ibu muda beranak lima.  Dua lagi anak bersembunyi kerana malu tengok kamera.



Ini rumah yang dibina sendiri.  



 Ini rumah yang dibina oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.  Kelihatan anak-anak muda berehat-rehat.



 Farah, 18 tahun.  





Roda basikal jadi mainan, tiada iPad maupun tab.