Thursday, September 6, 2012

Raya kami

Sebab cuti lama, jadinya hari ni baru berkesempatan nak cerita pasal aktiviti masa cuti raya hari tu.


Aku rasa sepanjang sejarah hidup aku sudah bekerja ni, tahun inilah yang paling sederhana sekali persiapan raya.  Tidak beli banyak kuih.  Adalah beberapa, itupun semua menjurus kepada kuih-kuih tradisi macam baulu dan kuih gulung.  Ada juga beberapa jenis kerepek dan maruku.  Dan samperit serta suji yang diberi oleh rakan sepejabat dan juga boss-boss sebagai buah tangan.  Terima kasih daun keladi.


Baju raya kami juga cukuplah sorang sepasang.  Tahun ni tema oren-peach.  Meriah jugak la walau bersederhana.  Tahun ni pecah rekod, sepanjang puasa aku tak pernah dengar lagu raya.  Bukan sebab syahdu atau apa tapi macam tak tercapai deria pendengaran aku terhadap lagu raya.  Mungkin masa lagu dimainkan kat mana-mana aku yang tak perasan.


Raya tahun ni juga aku gila makan bihun sup.  Raya pertama buat bihun sup.  Raya ketiga buat bihun sup.  Raya ketiga tu aku buat, aku panggil mak menakan aku yang kebetulan balik beraya anak beranak di kampung. Dan sepanjang kat kampung hari tu aku rasa, ada kot dalam tujuh ke lapan kali buat bihun sup.  Suka sungguh.  Sedap oiiii, padahal bihun sup bukan termasuk dalam senarai makanan yang aku suka sangat, macam laksa.  Tapi kali ni aku rasa macam bihun sup yang aku buat tu la yang paling sedap dalam donia, tiada makanan lain yang dapat menandinginya.  Kahkahkah.  Kronik sungguh.  Sila abaikan perasaan mak ini.


Masuk bab ziarah menziarah pulak, raya kali ni aku jadi malas nak keluar sana sini.  Selain dari beraya di rumah mak sendiri dan dua tiga buah rumah jiran terdekat, aku balik beraya sat di kampung emak En WTT.  Lepas tu balik duduk kat rumah sendiri.  Duduk dalam rumah saja, tunggu sapa yang datang beraya.  Tak tengok TV sebab siaran Astro aku dah tamatkan pada bulan dua hari tu kerana smartcard yang asyik rosak.  Dua hari sebelum balik sini, barulah emak dapat tengok tv balik.  Kesian emak.  Tapi emak kata dia tak kisahpun takdak Astro ke apa, banyak lagi benda dia buleh tengok.  Kat kampung aku tu sebab dikeliling bukit-bukit, siaran TV biasa-biasa ni memang susah nak dapat.  Nak tak nak kena la melanggan Astro yang sama banyak rancangan dan jugak iklannyer. Tih tih tih.


Versi raya bagi anak-anak plak, oleh kerana depa masih kecik jadi kat mana aku beraya kat situ la depa berada.  Bila ada budak-budak yang datang beraya, depa pun ikut teruja.  Makan kuih dengan kawan-kawan.  Balik rumah tok depa sebelah EnWTT, lagi dasat.. sebab ada ramai sepupu-sepupu yang sama sebaya maka bermacam-macam la aktiviti yang dijalankan yang terkeluar landasan dan juga lari dari tema perayaan.


Pendek kata, raya kali ni bermacam rencah dan rasa.  Mari tengok gambar.  Tak lupa juga selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk semua.



 
Ni kat umah mak aku.  Tetamu paling awal.. sebab awal sangat tak sempat 
nak makan bihun sup.
 
 
Yang kat tepi Rasyid tu umurnya 6 tahun, yang sebelahnya darjah 1.
Lagi besar Rasyid dari depa dua.. hehehe



 
Ni plak kat umah mak EnWTT.  Aktiviti tengahari rembang- bila anak-anak berkumpul.   
Macam ni la kaedahnya.



 
Rasyid  bergaya hensem.. abaikan samping yang terkoyak kerana tersangkut 
kat lesung kaki.
 


 
Sorang kakak kawasan bersama abang2 kawasan.
 


 
Mak raya mak ! Peaceeee… kata Rumaisa.  Peace dapat main tanah




 
Model terbiar di bangsal motor




 
Skill menunggang yang tiada tandingan oleh Syazwan.




 
Klasik.  Ni lesung orang dulu-dulu buat tumbuk padi, kopi dan sebagainya.



 
Akhir sekali, laki mak yang hensem dengan baju raya orennya. 
Kehkehkeh 

4 comments:

Laxmi said...

anak2 mak laki mak sumer ada gambar.. maknyer mana gambar???? tak diambil kah? or dah ambil tapi takmo tayang?? letak la naja oiiiii nak gak tengokkkkkk.. huhuhu windu ok!

Naja Naja said...

Tak tercapai jua akalku nak amik gambar.. xpa nanti aku p umah ko, kelebek puas2.. hehehehe

Anonymous said...

meriah bj raya kkk kwsn mcm meriahnya biskut raya juga...- mak long hull

marstories said...

hehe..aku leka tengok gambar cikmai & rasid..skroll last sekali terkejut tengok gambar kri..haha..selamat hari raya untuk hang sekeluarga yer naja.. :)