Tuesday, September 4, 2012

Selepas cuti



Aku baru naik keja semalam, 3 September 2012.  Bercuti raya dari 17 Ogos hari tu.  Lama.  Bersambung cuti sampai ke hari merdeka.  Semua di kampung.  Terasa sunguh merdeka.  Dihitung-hitung,  17 hari kot kat kampung.  Sehingga ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik jiran sekampung yang menyapa, kalau-kalau aku dah berenti kerja.  Sakan beraya.  Puas dok dengan mak.  Hajat di hati nak lajak sampai sebulan, kang aku disuruh bercuti terus pulak.  Hehehe..  Begitu resmi manusia, beri betis hendakkan dramstik.. kalau diberi dramstik ntah apa pula yang dihajatkan.  Gitew..


Naik kerja semalam, bertukar boss baru lagi.  Boss yang hari tu yang aku gambarkan sebagai keibuan, kelembutan ibarat bayu berpuput sudah naik pangkat.  Baik budi dan sopan tutur katanya aku simpan di dalam hati buat kenangan juga pedoman.  Semoga lebih berjaya di tempat baru.


Yang datang menggantikan pun tetap baik juga, biarpun berlainan bangsa dan juga cara.  Itu bukan soal pokoknya.  Tetap ramah dan mesra, seperti juga boss-boss yang lepas.  Aku rasa tak penting siapa dan bagaimana boss kita, yang penting bagaimana membawa diri.  Kerja dengan ikhlas, kerana kerja itu ibadah juga memikul sebeban amanah.  Yang lain, serahkan pada ketentuan Allah.


Aku juga berpindah ke pejabat baru.  Best.  Dalam bilik ada tingkap.  Boleh nampak tasik dan juga pemandangan sambil merenung masa depan yang gemilang :)


Jumpa lagi.

5 comments:

Nur Aini said...

Tukaq tmpt mana Pulak?

Naja Naja said...

Masih di bahagian yang sama, cuma tukar tempat sebab boss baru duduk kat tingkat 4 :)

TiNiE said...

aku pon bertukar bos, bertukar dept dan juga bertukar bangunan. janji hepi!

Naja Naja said...

betul tini.. yg penting hepi

Laxmi said...

aku pun ikutkan hati nak gak tukar ke keja lain.. tak tahan kat sini.. gila stressssssssssssssssss!!!!!!!!!!