Thursday, September 20, 2012

Benci...




Aku cukup sakit hati bila tengah bizi tak hengat dunia, tetiba ada bunyi sms masuk kat henpon.  Tak tengok takut lah penting sangat buat sapa-sapa sms nak tanya ke apa.. kadang-kadang boss pun rajin guna medium sms ni, jadi nak abaikan terus memang tak boleh.

Tapi bila dah tengok, mesej ceni je :

28444

RM0.  Tambat hati si dia yang tersayang dengan kata-kata yang romantik dengan Madah Cinta.  Pastinya akan menyentuh hati sanubari si dia.  Hantar ON MC ke 28444.


Sungguh buang karan, tau dak ?!  Bukan aku kata salah, akupun suka berkasih sayang bermadah romantik dengan EnWTT.. heheheh tapi kalau setakat nak bermadah romantik dengan orang yang tersayang pun kena berpandu pada sms, memang sah-sahlah bangang !  Bukankah luahan rasa cinta dan sayang itu tulus dari hati bukan perlu dibuat-buat atau diajar-ajar atau disuruh-suruh ?


2 comments:

TiNiE said...

yaaaa setuju!
sms mekdi n notofication bills pon suka mengganggu gugat ketenteramanku hu3

Naja said...

kannn.. nak plak tengah2 malam bagai. dah sedap lelap lena tidur, kena bukak mata tgk sms yg tak penting nih.. kalau nak abaikan terus, bagai dikata la...