Thursday, October 25, 2012

Tragedi Ikan Pacu



Saja nak mengimbas kembali cerita ni.  Masa tu hanya aku berdua dengan EnWTT, anak-anak takdak lagi.  Ada sekali sekala EnWTT mengikut kawan-kawannya pi memancing.  Yang sesi memancing ni aku tak ingat pulak memancing di sungai atau di kolam.  Tapi yang pastinya, EnWTT bawak balik sekor ikan yang buleh tahan jugak besarnya.  Ikan pacu.  Tapi ikan ni bukan EnWTT yang dapat, ni hasil pemberian salah sorang dari kawannya yang sama-sama pi memancing pada hari kejadian.  Akupun tak ingat pasai apa kawan EnWTT tu tak nak bawak balik ikan tu, mungkin takdak sapa yang nak bersiang kot.


Aku plak, kalo ikan-ikan air tawar ni aku tak familiar sangat selain daripada keli ngan haruan.  Walopun jarang-jarang makan, tapi aku kenal dua spesis ni  sebab dulu-dulu kalo main di bendang mesti nampak ikan ni selain dari ikan sepat, ikan laga dan anak beras.  Berbalik pada ikan pacu tu, EnWTT kata awak nak makan awak bersianglah.. sebab beliau tidak makan ikan air tawar.  Bukan tak makan langsung tapi rasanya kalo semua stok makanan di dunia ni pupus, barulah ikan air tawar ni menjadi pilihan kot.  Aku pulak jenis bolehlah kalau nak terai-terai.  Takdela tolak terus.  Maka tanggungjawap nak menyiang ikan tu akhirnya terletak di bahuku.  Kemain terletak di bahu, macam hazab benar tanggugjawabnya.


Masa tu aku ingat ikan pacu ni kecik je saiznya, bila bukak plastik tu amboi besarnya bukan main.  Saiznya sebesar pinggan makan Corelle.  Motif nak habaq pinggan Corelle ? Sebab saiz pinggan makan Corelle tu lebih besaq dari pinggan makan yang selalu kita makan kat kedai tu. Hehehe.  Okeh sambung lagi, lepas tengok saiznya yang besar tu maka timbul pulak rasa ngeri nak menyiang.  Aku memang alah dengan ikan saiz besar-besar ni.  Kalau ikan kecik-kecik besar tapak tangan tu takdak masalah.  Mai yang besar-besar rasa macam nak mencincang manusia plak.  Bila aku cakap dengan EnWTT aku macam tak sanggup nak siang ikan tu, dia kata takpa kalau tak sanggup buat.. lempaq aja la.   Alahhh, rasa macam membazir plak.  Selepas puas bertimbang-tara aku pun mengambil keputusan meneruskan perjuangan.


Lepas dah cuci-cuci badannya, aku amik papan pemotong yang paling besar sekali, letak ikan tu di sana dan benda pertama yang aku buat buka mulut ikan tu nak cuci segala kotoran dalam mulut.  Demi terbuka jer mulut ikan pacu tu, adoihhh mak rasa macam nak sawan dan terkena rasukan ablasa.  Ikan pacu ni punya set gigi yang mirip macam gigi orang.  Dengan berkerak dan berkeladaknya gigi ikan pacu ni menambah lagi rasa ngeri dan loya.  Aku terbayang jantan yang tak pernah berus gigi dari usia baligh sampai la umur dia 20 tahun.  Akupun taktau kenapa aku mesti bayangkan gigi jantan padahal, perempuan pun ramai yang malas berus gigi.  Hahaha Kronik hoccay perasaan mak tatkala itu. 


Selepas terkedu seketika, aku amik satu berus gigi yang dalam stock kami tu, letak Colgate banyak-banyak lepas tu aku start berus gigi ikan tu.  Tiga kali ulang cuci dan berus sampai aku puas ati, walaupun tak dapat membuang plak-plak pada gigi ikan tapi kekotoran yang sebelumnya sudah hampir 80% hilang, barulah aku berpuas ati.  Ada jiran depan dapur, suami isteri yang terjenguk-jenguk Mula-mula isteri dia basuh pinggan, pastu suami mai join basuh pinggan.  Aku syak isteri dia tu cakap dengan suami dia jiran depan dapur tengah berus gigi ikan. Kehkehkeh.  Memang betui tekaan aku sebab lepas tu suaminya tanya aku buat apa.  Aku cakaplah benda betul, tengah berus gigi ikan sebab kotor sangat.  Pastu depa suami isteri pandang-pandang sesama sendiri dan tersenyum-senyum.  Lantaklah nak fikir apa pasal aku, yang penting ikan aku bersih giginya dan tiada lagi igauan ngeri yang melanda hidupku di situ.


Lepas dah siap berus gigi, dah berseri-seri barulah aku start buang sisiknya dan menjalankan prosedur-prosedur biasa dalam memproses seekor ikan untuk dijadikan lauk.  Tapi taklah ikan tu dimasak time tu jugak.  Ikan tu aku potong  dan simpan dalam peti ais untuk dijadikan lauk di kemudian hari sekiranya terjumpa resepi yang sesuai.  Hari demi hari, minggu demi minggu.. bulan berganti bulan, terdampar di situ, akhirnya selepas ia hampir-hampir menjadi fosil kerana tidak terusik, ke tong sampah jua akhirnya ikan pacu tersebut.  Sadis sungguh.


Selepas tu aku tidak ingin sama sekali melibatkan diri lagi dengan ikan pacu.

Kat bawah ni  ialah imej ikan pacu dan gigi ikan pacu yang aku googled.  Tq pakcik google atas khidmat baktimu yang tidak terperi ini.







Tuesday, October 23, 2012

Taman Botani lagi...



Dalam banyak-banyak taman di Putrajaya, Taman Botani ialah yang paling menarik perhatian anak-anak aku (dan jugak aku).  Dalam tahun 2012 ni aku rasa sudah lebih dari 10 kali  kami sekeluarga pi sana.  Pemandangan cantik dengan lanskap menarik di taman itu seperti menggamit lantas memanggil-manggil ke sana.. owhhh. Hehehe.  Dulu kami berjalan-jalan tengok pokok-pokok bunga yang banyak ditanam di sana terutama koleksi bunga-bunga orkid yang sangat cantik. 


Akhir-akhir ini, anak-anak mempunyai hobi baru pula bila ke sana, iaitu aktiviti menyuap ikan makan di tepi tasik.  Haaa.. best kan, kat sini ikan-ikannya bukan setakat banyak malahan sangatlah jinak.. sampai tahap ikan-ikan boleh serbu makan di tangan.  Sebab itulah boleh kata kat sini ikan boleh disuap-suap.  Memang teruja dibuatnya.  Bukan anak-anak je teruja, aku dengan EnWTT pun sama naik.  Dulu ada sekali kami angkut semua lebihan biskut raya yang tidak termakan.  Biskut raya yang usianya 2-3 bulan selepas raya.  Baunya pun sudah tidak menarik perhatian.  Sedikit lemau.  Kami bawa dan tabur di tasik, ratusan ikan dan anak-anak ikan datang menyerbu.  Lepas tu balik malam, aku terpikir-pikir apa kejadahan memberi ikan makan biskut raya yang expired.  Kalau sakit perut macam mana?  Kalau semua ikan tercirit-cirit di dalam tasik macam mana?  Sadis.  Selepas itu aku memutuskan tidak akan bagi lagi ikan makan biskut raya expired.  Maka selepas itu kalau ke tasik, EnWTT akan membeli dua buku roti Gardenia atau apa-apa sahaja roti yang sewaktu dengannya buat menjamu ikan-ikan di tasik.  Maka lenyaplah igauan-igauan ngeri seperti sebelumnya. Hew hew hew !


Ikan yang kami selalu tengok tu spesis ikan lampam pelbagai generasi, kadang-kadang diselang seli dengan ikan toman yang amboi besarnya sampai ke tahap menyeramkan.  Kalau ternampak kelibat ikan toman, cepat-cepatla aku suruh Rasyid dan Rumaisa naik ke tebing sikit, terkenang-kenang plak cerita ikan jerung yang menyambar padahal saiz toman dengan jerung tu tersangatlah berbeza.  Hehehehe.  Perasaan dan gerak hati ibu-ibu selalunya macam tu lah, berlebih-lebihan dalam apa jua keadaan.  Setuju? Kalo tak setuju lantakkan di sana.  Ada mak kisah..


Kesimpulan dari penceritaan ini, mari kita tengok gambar ikan-ikan yang aku cerita kan tu.. juga aktiviti Rasyid dan Rumaisa bila mereka ke sana.  Apa yang pasti, taman Botani memang menyediakan pemandangan dan aktiviti menarik untuk dinikmati tak kira tua atau muda, remaja maupun dewasa.   


Rumaisa keterujaan
Rasyidpun dah tak sabar nak tunggu ikan datang dekat

Ikan-ikan yang sudah terbau rejeki memasing

Ikan menyambar roti yang Rumaisa pegang
Rasyidpun nak terai jugak bagi ikan makan
Ikan-ikan yang menyerbu

Banyaknya ikan mandi... kata Rumaisa

Rupa ikan dari dekat, yang ni pun nak bagitau. Hehe

Dikerumuni ikan-ikan



Sikit-sikit cecah kaki ke air...

Lama-lama buleh mandi...  kakak bergurau dengan adik main percik-percik air
 
Adik balas balik.. kakak surrender sudahhh.. hehe
 
Antara kemudahan di taman ini, pondok-pondok untuk berkelah
 
Kakak tengah jemur badan dan baju yang kebasahan

 Dan di bawah ini ialah koleksi bunga-bunga orkid dan juga lain-lain bunga yang sangat menawan qolbu.


 





 








Tumbuhan parasit, dedalu menumpang hidup.
 
Rumaisa :  Buah apa ni mak ?Emak : Buah yang terdampar sendirian. 
 
Wajib amik gambar sendiri..
 
Rasyid pun...

Akhir sekali terimalah pantun 2 kerat daripada  mak, sekian untuk kali ini, berjumpa di lain entry.. pantun le sangat kan..  Semoga terhibur.  Tataaa.. :)








Tuesday, October 16, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa



Hari tu cikgu kat taska cakap dengan aku, time nak makan bila ditanya kat Rasyid dengan Rumaisa nak sudu ke tidak.. dua-dua geleng kepala taknak.  Tapi bila semua dah start nak makan tetiba kakak angkat tangan bagitau cikgu..

“Cikgu…. Kakak dan Rasyet nak camca!”

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam bawa ke klinik, kedua-duanya mengalami batuk dan selsema berpanjangan. Giliran Rasyid sampai untuk diperiksa.  Doktor letak stetoskop di dada dan belakang.  Siap.  Doktor kata ada bunyi-bunyi sikit dari dalam paru-paru, bagi antibiotic dulu tengok lagi seminggu macam mana.  Lepas tu Doktor mintak Rasyid bukak mulut untuk periksa tekak kalau ada merah atau bengkak-bengkak.  Benda macam kayu aiskrim tapi lebar tu siap diletak di bibir.. Doktor suruh Rasyid bukak mulut.

“Bukak mulut.. buka mulut.. doktor nak cek nih!”

Rasyid terpinga-pinga.  Lagi dikemam mulutnya rapat-rapat.  Mata dia bulat tengok doktor.  Doktor pujuk lagi sekali, masih lagi serupa.  Tetiba baru aku teringat..

“Rasyid.. nganga sket mulut doktor nak tengok!”

Apa lagi terus Rasyid buka mulut luas-luas.  Doktor tergelak…

“Ha tu dia, ibu dia suruh nganga.  Ganasnye ibu Rasyid!”

Kehkehkehkeh!


Mak pak kalo asal Kedah… takdenya nak cakap sudu or bukak mulut.