Tuesday, October 23, 2012

Taman Botani lagi...



Dalam banyak-banyak taman di Putrajaya, Taman Botani ialah yang paling menarik perhatian anak-anak aku (dan jugak aku).  Dalam tahun 2012 ni aku rasa sudah lebih dari 10 kali  kami sekeluarga pi sana.  Pemandangan cantik dengan lanskap menarik di taman itu seperti menggamit lantas memanggil-manggil ke sana.. owhhh. Hehehe.  Dulu kami berjalan-jalan tengok pokok-pokok bunga yang banyak ditanam di sana terutama koleksi bunga-bunga orkid yang sangat cantik. 


Akhir-akhir ini, anak-anak mempunyai hobi baru pula bila ke sana, iaitu aktiviti menyuap ikan makan di tepi tasik.  Haaa.. best kan, kat sini ikan-ikannya bukan setakat banyak malahan sangatlah jinak.. sampai tahap ikan-ikan boleh serbu makan di tangan.  Sebab itulah boleh kata kat sini ikan boleh disuap-suap.  Memang teruja dibuatnya.  Bukan anak-anak je teruja, aku dengan EnWTT pun sama naik.  Dulu ada sekali kami angkut semua lebihan biskut raya yang tidak termakan.  Biskut raya yang usianya 2-3 bulan selepas raya.  Baunya pun sudah tidak menarik perhatian.  Sedikit lemau.  Kami bawa dan tabur di tasik, ratusan ikan dan anak-anak ikan datang menyerbu.  Lepas tu balik malam, aku terpikir-pikir apa kejadahan memberi ikan makan biskut raya yang expired.  Kalau sakit perut macam mana?  Kalau semua ikan tercirit-cirit di dalam tasik macam mana?  Sadis.  Selepas itu aku memutuskan tidak akan bagi lagi ikan makan biskut raya expired.  Maka selepas itu kalau ke tasik, EnWTT akan membeli dua buku roti Gardenia atau apa-apa sahaja roti yang sewaktu dengannya buat menjamu ikan-ikan di tasik.  Maka lenyaplah igauan-igauan ngeri seperti sebelumnya. Hew hew hew !


Ikan yang kami selalu tengok tu spesis ikan lampam pelbagai generasi, kadang-kadang diselang seli dengan ikan toman yang amboi besarnya sampai ke tahap menyeramkan.  Kalau ternampak kelibat ikan toman, cepat-cepatla aku suruh Rasyid dan Rumaisa naik ke tebing sikit, terkenang-kenang plak cerita ikan jerung yang menyambar padahal saiz toman dengan jerung tu tersangatlah berbeza.  Hehehehe.  Perasaan dan gerak hati ibu-ibu selalunya macam tu lah, berlebih-lebihan dalam apa jua keadaan.  Setuju? Kalo tak setuju lantakkan di sana.  Ada mak kisah..


Kesimpulan dari penceritaan ini, mari kita tengok gambar ikan-ikan yang aku cerita kan tu.. juga aktiviti Rasyid dan Rumaisa bila mereka ke sana.  Apa yang pasti, taman Botani memang menyediakan pemandangan dan aktiviti menarik untuk dinikmati tak kira tua atau muda, remaja maupun dewasa.   


Rumaisa keterujaan
Rasyidpun dah tak sabar nak tunggu ikan datang dekat

Ikan-ikan yang sudah terbau rejeki memasing

Ikan menyambar roti yang Rumaisa pegang
Rasyidpun nak terai jugak bagi ikan makan
Ikan-ikan yang menyerbu

Banyaknya ikan mandi... kata Rumaisa

Rupa ikan dari dekat, yang ni pun nak bagitau. Hehe

Dikerumuni ikan-ikan



Sikit-sikit cecah kaki ke air...

Lama-lama buleh mandi...  kakak bergurau dengan adik main percik-percik air
 
Adik balas balik.. kakak surrender sudahhh.. hehe
 
Antara kemudahan di taman ini, pondok-pondok untuk berkelah
 
Kakak tengah jemur badan dan baju yang kebasahan

 Dan di bawah ini ialah koleksi bunga-bunga orkid dan juga lain-lain bunga yang sangat menawan qolbu.


 





 








Tumbuhan parasit, dedalu menumpang hidup.
 
Rumaisa :  Buah apa ni mak ?Emak : Buah yang terdampar sendirian. 
 
Wajib amik gambar sendiri..
 
Rasyid pun...

Akhir sekali terimalah pantun 2 kerat daripada  mak, sekian untuk kali ini, berjumpa di lain entry.. pantun le sangat kan..  Semoga terhibur.  Tataaa.. :)








3 comments:

Laxmi said...

Rumaisa : Buah apa ni mak ?Emak : Buah yang terdampar sendirian. >>> jawapan mak yg tak boleh belah!!!! kahkahkahkah

marstories said...

wahh..cantiknya gambar2 nih! :)

Naja Naja said...

Lax - Aku taktau buah apa. Baik ada jawapan daripada tertanya-tanya sendirian kaedahnye.. hehehe

Marini - Hasil GF1 Panasonic Lumix memang tidak menghampakan.. eh terpromo plak di sini. Kehkeh