Friday, October 12, 2012

Babi yang tak Islam





Akhir-akhir ni bila bukak cenel NGW tu, sikit-sikit ada ternampak gambar babi dan anak-anaknya.  Cerita singa pun ada babi, cerita pasal harimau bintang pun ada babi terselit di celah-celahnya.  Bukak cenel TLC eh yang 707 tu, alah citer pengembaraan Anthony Bourdain carik makan di pelbagai negarapun, terkuar jugak si babi ini. Bukanlah nak keji atau geli, tapi asal bukak tv jer nampak babi, bagai berjodohan benar mak dengan babi yer.  Kehkehkeh.


Rumaisa pun, daripada tak kenal babi terus kenal.  Yang bulat pink tu dia kata babi rumah, yang muncung tirus kaler hitam tu dia panggil babi rumput sebab dok dalam hutan.  Budak umur Rumaisa, rumput dan hutan mungkin nampak sama.  Sebab aku belum pernah bawak dia masuk dalam hutan yang betul-betul jadi dia rasa kawasan berumput tu adalah hutan.  Takper nak, nanti bila dah besar sikit mesti buleh beza mana rumput, mana semak dan mana hutan.


Berbalik pada babi tadi, sebab dah selalu tengok maka bermacam-macam soalanlah yang terkeluar pasal babi.  Hari tu dia tanya aku kenapa babi tu bulat.  Bila aku masih terkebil-kebil mencari jawapan, dia kata sebab babi tak petak.  Ok fine, ikut logik akal dia. 


Petang semalam, ada dia tengok dokumentari pasal babi jugak.  Dari sekian banyak babi tetiba ada terselit beberapa ekor anak babi.  Ni spesis babi hutan yang muncung panjang. Sapa yang pernah tengok anak babi mesti tau cemana rupa dia kan, takdelah terserlah sangat kebabian mereka masa kecik-kecik, bila dah mai tua je rupa babi tu terserlah.  Anak-anak babi kelihatan comel, dengan belang-belang di belakang.  Sekali imbas macam anak kucingpun ada.

            “Comel la mak” kata Rumaisa.

“Ya, memang comel.  Semua baby dalam dunia ni comel tak kira baby manusia ke baby binatang ke” jawap aku pulak.

“Kakak dengan Rasyid boleh main tak?” tanya dia lagi.

“Tak boleh.  Dia busuk” aku bagi alasan mudah.  Sesuai untuk tahap penghadaman kepala dia.

“Kita bagi la dia mandi.  Suruh ayah syampu nanti wangila.  Hmmmmmm.. wanginyerrrr !” sambil buat gaya sedut bau rambut aku.  


Mata dia masih tak beralih dari TV, dok tengok anak babi bermain-main, berkejaran sesama sendiri. 

“Maktok tu ada ComeyLotey dalam rumah…” katanya lagi, masih tak putus asa.  Merujuk pada kucing yang mak aku bela di kampung.

“Eh tu kucing takperla, memang orang bela dalam rumah.  Ni babi haram kita takleh bela babi dalam rumah.  Dah le haram, kotor pulak” terang aku beria-ia.


Masa ni Rumaisa kerut hidung dia,aku ingat dia dah faham maksud kotor dan haram. Lama jugak dia diam.  Lega rasa bila aku ingat dia dah faham.

Tetiba…

“Mak, kenapa dia haram ? Babi tu tak Ishhlam kerrr?”

Anak oii, mana ada babi islam tak islam.  Kalo jin tu ada gak ler kafir dan islamnye.  Tang babi ni memang out of space le mak nak jawab. Tiba-tiba aku rasa ilmu keibubapaan aku ni cetek secetek-ceteknya.

2 comments:

cikpia said...

ilmu kebabian tak cukup tinggi ni.... sila blajar lagi topik babi ye.... hehe.....

budak2 punya soaljawab memang beyond expectation..... haha....

Naja Naja said...

hahaha.. sungguh. sibbaik mak tak migrain jer!