Ini ialah cerita takut, bukan cerita hantu. Ini kisah takut versi benar yang terjadi masa
aku berada kat wad hari tu, wad untuk ibu dan anak berisiko rendah kata
mereka. Lepas tiga hari kat NICU, Rahman dipindahkan ke situ
untuk mendapatkan rawatan selanjutnya kerana jaundis. Kuning. . Wad bayi di situ unik sungguh, asalnya sebuah blok apartment yang mana setiap rumah dijadikan wad tiga bilik dan aku ditempatkan di bilik ke dua, dan berdua sahaja dengan
Rahman. Bertentangan dengan bilikku,
seorang penghuni bernama Jessie dari Puchong dengan anaknya yang sudah 15 hari
menghuni, pun kerana kuning jugak.
Adoiiii.. lamanya bertunggu tangga di sepital. Namun kata Jessie esoknya dia bakal dibenarkan
keluar.
Hari pertama aku duk situ, dalam jam 11.45 malam, suasana
senyap dan sunyi. Sesekali kedengaran
suara nurses berbual dan diselangi gelak ketawa, menonton entah apa dari
Youtube, yang aku nampak di skrin komputer bila keluaq mintak selotep untuk
pelekat kapas tutup mata Rahman di bawah lampu biru. Menonton Youtube pun tak pa la, peneman di
kala sunyi mereka yang bertugas lewat malam.
Takkan nak dok keras tang tu tak
buat apa di masa-masa senggang semata-mata untuk nampak gila berdedikasi pada
tugas. Kannnn…
Aku matikan lampu bilik dan membiarkan lampu biru menyala
bagi merawat Rahman. Pintu bilik ku buka
sedikit supaya nurse senang dengar kalau apa-apa hal. Pastu akupun naik berbaring di katil, dengan
keadaan antara tidur dan tidak. Mata
sudah hampir mau pejam tapi sesekali aku masih nampak jelas nurse yang sedang
lalu lalang bertugas di luar bilik . Lepas tu suasana menjadi sunyi balik. Matapun sudah hampir-hampir mau pejam. Sunyi dan bosan sungguh menguasai suasana.
Tiba-tiba di celahan pintu yang terbuka aku lihat kelibat
seorang lelaki berbaju batik, batik orang dulu-dulu yakni batik zaman tokwan
aku tuh, dan berseluar jeans melintas di depan pintu. Dari pintu bilik Jessie terus menghala ke
ruang tamu. Aku tak pasti dia dari mana
sebab pintu bilik Jessie tertutup rapat sejak jam sembilan. Jalan tertunduk-tunduk, berambut kerinting
paras bahu badan sedikit berisi. Gila
terkejut aku bila dia paling tengok aku dan menjeling tajam. Di tangannya ada parang panjang. Suara nurse-nurse tadi senyap sunyi. Aku macam keliru dengan apa sebenarnya yang
terjadi. Dan tak semena-mena lelaki tadi
menuju ke bilik aku dan Rahman. Dengan
muka bengis dia tolak pintu sambil menghunus parang.
“Hang sapa? Mau apa?” aku ingat aku tanya soalan itu. Tapi aku tak boleh bangun macam
terkejang di katil. Hanya mata saja yang
mampu mengawasi Rahman. Cemas.
“Minggir kamu anak beranak. Ini tempat aku. Aku
sepatutnya yang menghuni bilik ini, bukan kamu.
Dasar maling !”. Suara itu sebijik-sebijik masuk
dalam telinga aku. Nada keras dan
bingit.
“Ini hospital. Bukan rumah hang..” dan kata-kataku disambut dengan ayunan parang mengancam nyawa kami anak beranak. Aku tak mampu nak bergerak, seperti digam ke katil. Lagi seinci parang mau sampai ke tengkuk, akhirnya..
“Arghhhhhh… tolongggggggggggggggggggggggg!”.
Dan barulah rasa terlepas sebeban benda yang menghempap
badan, dapat aku bangun akhirnya.
Suasana senyap sunyi. Nurse-nurse
berlari masuk ke bilik aku. Lelaki
berbaju batik tadi hilang entah ke mana.
Terpahat diingatan memori tentang seraut wajah bengis yang aku ingat
sampai hari ni.
“Kenapa puan? Kenapa? “.
Soalan dari tiga orang
nurse yang cemas-cemas buka lampu dan bergegas periksa keadaan aku dan jugak
Rahman. Aku cerita apa yang aku nampak
dan rasa tapi antara sedar dengan tidak.
Mereka saling pandang memandang.
“Dia datang lagi..” kata seorang nurse dan saling berpandangan, sepertinya sudah biasa
dengan kejadian-kejadian serupa.
Aku taktau sapa yang dimaksudkan. Sorang lagi nurse bergegas keluar, pastu
masuk balik bagi kat aku tiga buku surah Yaasin. Satu diletak bawah bantal Rahman. Aku ambil dan letak di hujung kepalanya. Suara berbual dan bergelak ketawa nurse-nurse
tadi berganti dengan bacaan surah Yaasin dari komputer di depan. Dan aku sampai siangnya tak dapat tidur.
Mujurlah malam-malam seterusnya tidur kami anak beranak di
situ aman tenteram tanpa gangguan. Syukur.
2 comments:
Naja!!!!! Takutttttt huhuhu speechless dah aku nk komen
seriauuuuu!!!! huhuhuhu
Post a Comment