Banyak
kali juga bila aku mendukung Rahman sendirian di luar masa bersantai-santai tak
kira di mana tanpa EnWTT, orang akan menegur aku.
“Anak
ke ni ? Putihnya dia. Ayah dia kulit putih kot?”.
Soal
orang itu tanpa tengok kiri kanan. Soalan itu terkeluar sebab aku berkulit gelap
pastinya. Aku tersenyum sambil
membayangkan EnWTT dalam rona kulit putih macam Taylor Swift. Pastu tersengih-sengih sendirian,
kelucuan.
“Ha’aa..
ayah dia putih !”jawabku.
“Ohhh..
no wonderlah” balasnya. Ya, kalau aku
kata EnWTT pun kulit lebih kurang aku jer pasti kau wonderful sangat..
kehkehkeh !
Begitu
juga EnWTT, baru-baru ini secara solo membawa Rahman berjalan di persekitaran
rumah lalu singgah di taman permainan di kawasan kejiranan kami. Tetiba ada yang menegur.
“Cerahnya
kulit dia… mama dia mesti putih ni..”
Soalan
yang secara tidak langsung mengiakan akan kegelapan kulit EnWTT. EnWTT pun tersenyum-senyum, geleng tidak mengiakan pun tidak.
Dan
baru-baru ni kami ke sebuah majlis kenduri
‘Geng Bas Sekolah’ En.WTT di Shah Alam.
Angkut semua anak-anak. Rasyid
dan Rumaisa sudah bertempiaran dok membelek candy buffet di ruang sana. Rahman atas dukungan sambil tersengih
sana-sini sebab eksaited tengok dekorasyen majlis yang sungguh mempesona. Sambil-sambil aku dok tunjuk Rahman itu ini
sementara EnWTT mengambil makanan tetiba ada seorang wanita umur
kakak-kakak menghampiri.
“Mana
suami ?” soalnya dengan senyum
menghiasi. Aku ingat rakan taulan EnWTT,
maka laju tangan menuding ke arah EnWTT yang tengah amik nasik.
“Eh…
comel anaknya. Anak siapa ni ?” soalan
kabur diberi.
“Anak
saya.. “ jawabku agak konpius.
“Oh
putih ya kulit dia, tak macam mama dan ayah dia. Putih cerah ni!” katanya
dengan selamber kodok sambil mencuit-cuit Rahman.
“Ohhhhh..
ok. Kami dulupun putih dan comel-comel juga tapi sebab koi pelan nak mereput
maka hilanglah hat putih dan comel tu,” jawabku dalam hati.
Dalam hati sajalah, tak terluah. Kalau dengan kawan-kawan rapat mungkin
terluah sebab kompom tak kan ada sesi kecik ati atau sentap makan dalam
berkaki-kaki selepas itu. Ini orang, kitapun tak kenal cemana.
Entahlah..
pada aku, berkulit cerah atau putih itu rezeki.
Berkulit gelap atau hitampun rezeki.
Tak dak beza pun, kami mak ayah tak pernah berkisah. Kasih sayang sama rata tiada beza. Anak-anak berkulit cerah ni tiada
jawapan. Mungkin amalan masa mengandung
atau pemakanan akupun tak pasti. Genetik
? Haha bagai dikatalah, aku berkulit gelap.. EnWTT pun berkulit gelap jua. Oh mungkin susur galur keturunan
terdahulu. Aku tak pernah amik
port. Hitam, putih, kelabu, hatta
belang-belangpun tetaplah dia anak.
Ada
kawan-kawan tanya aku makan apa masa mengandung. Entah, aku tak pasti pulak amalan semasa
mengandung menjadi penyumbang kepada anak-anak berkulit cerah. Tapipun ada amalan-amalan yang boleh kita
buat untuk membantu. Kalau aku, buat yang mudah-mudah saja contohnya rajinlah
membaca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan sempurna tubuh badan, akal dan
mentalnya. Mengamalkan Surah Luqman untuk anak-anak menjadi bijak, mampu
berfikir dan sejahtera kehidupannya.
Surah Maryam untuk memudahkan bersalin. Dalam tempoh mengandung cubalah untuk khatam
Al-Quran sekurang-kurangnya sekali. Kalau
mampu buat banyak kali lagi bagus, supaya roh ayat-ayat suci tu meresap dan
sebati dalam hati nurani janin yang dikandung.
Ni
bukan bajet nak habaq aku warak maupun stok perempuan lambaian Kaabah yang menjadi
idola ibu-ibu.. jauh sekali. Hehehe. Aku
insan biasa, yang kalau berkereta tetap memilih cenel radio hiburan daripada
radio IKIM untuk menjadi halwa telinga.
Radio IKIM pun dengaq juga, itupun sebab mak mertua ada sekali. Bukan nak tunjuk baik kat dia, tapi sebab dia
nak dengaq radio IKIM. Bila mak tidoq,
pelan-pelan tukar cenel.. sungguhla menantu pilihan ! Tih tih tih… Setiap manusia ada ruang untuk
memperbaiki diri dan perbuatan masing-masing.
Insya Allah.. eh tetiba boh ayat membela diri di situ. Kekekeke.
Sambung
lagi bab tadi, lepas tu makan banyak buah dan sayur. Macam sayur tu mudah
sangat sebab aku memang peminat tegar sayur. Masa mengandung lagilah, bayam, sawi, kailan ka apa tuh masak seikat sekali makan tu aku
sorang jer hadap. Gila sedap. Mujur anak tak keluar jadi hijau kalu tidak
mesti orang syak pak depa Shrek pulak. Kakakakaka. Kita hanya berusaha, Allah lah
penentu segala. Semua orang mau buat
yang terbaik untuk anak-anak baik dari mereka masih berada dalam kandungan
sehinggalah keluar menjenguk dunia, berusaha selagi mampu. Hang, aku.. kita semua sama saja. Warna kulit tak penting, yang penting ialah
bagaimana kita membesarkan anak-anak supaya mereka menjadi orang yang berguna
kepada agama, bangsa dan Negara dan tidak menjadi anak yang derhaka kepada ibu
bapa selain berguna kepada diri sendiri.
Itu je..
Rahman yang cerah sikit daripada kami.. :) |
4 comments:
Kak abg dia pun cerah...tak pelik aihh...
Tapi bab yg tanya soklan 'mak ayah tak putih awat anak putih' tu mmg slalu kena masa apan dulu.
baik sikit nooo aku pun putih apaaaa....hahaha putih kat gigi.
zikri dulu putih laaa... hang pon weiii so mmg akan peturun kat anak gittewww
rahman yg comeellllll geram aku aih
Rai - hang memang putih so tak pelik klu anak putih.. Gigi aku kuning2 jagung kameren gituh
Tinie - isk isk... tak penah kot dlm sejarah hidup kami dua laki bini putih. Apa mungkin wtt kelam la ni sbb byk merokok? Tebakaq luaq dalam.. Haha
Manada aku putih. Konfident ja kata aku putih mcm ngan penah tengok haha. Aku kedighi pun dpt anak putih macam peghak gak la memula. Mai kut mana ni putih ni? Kote teloq sampai pink punya putih hahaha kagum dengan anak sendiri. Aku rasa pemakanan kut. I is mkn evoo ok sepanjang mengandung. Almaklum la keciwi anak sulung haruslah mkn makananberkhasiat dan urban gittew hihihi
Post a Comment