Friday, October 25, 2013

Semanis Karma !



Di sana Semanis Kurma, kat sini  Semanis Karma.  Betui dah, tak payah dok tukar cenel.  Kalau nak dengar  Semanis Kurma di TV9 sana. 


Cerita pertama


Tahun awal aku kawin dengan EnWTT, macam satu kejutan bila aku tengok emak mentua aku memasak hampir 100% makanan dalam rumah tu.  Terkejut dan terkagum.  Maksud aku, takdak benda makan dalam rumah tu yang dibeli segera semuanya dimasak sendiri.  Daripada lauk pauk sampai ke kuih muih cucur-cucur apa semua ni.  Semua buat sendiri nak jamu anak-anak makan. Sebut ja apa semua mak dia buat, dari kuih cara, roti canai, karipap, kuih pau, cucur badak, apam, segala jenis kuih yang komplikated dalam planet ni termasuk kuih puteri mandi, kuih badak berendam, badak gimnastik artistik.. apa segala la pendek kata.  Tak dak istilah kot beli bungkus.  Orang Key El kata tapau you ! 


Pastu aku terpikir, mampuih kalau EnWTT jenis nak makan dari kuih muih hasil air tangan bini ni.    Aku bab buat kuih muih atau pemanis-pemanis mulut ni memang  kelaut.  Aku pernah buat kek.  Persiapan kemain gah, belek katalog Cosway aku beli stand mixer  dan gigih pi cari oven.  Bila aku buat kek, tak naik  jadi bantat.  Aku bengang lalu bungkus mixer dan oven dalam kotak hantar balik kampung.  Mixer aku bagi kat KakTeh, kakak EnWTT.  Oven tu  aku bagi kat mak aku. Aku takmau dah ada apa-apa perkaitan dengan mereka berdua itu.  Tengokpun takmau, walau dalam mimpipun tidak ku ingini.  Nak bakar ikan aku sanggup beli oven lain.  Kek tu pulak bukan Red Velvet ke apa wey.. kek pisang jer pun yang aku buat jadi bantat tu. Aku terima hakikat aku takdak bakat. Tengok orang buat kemain senang sampai aku rasa alaaa.. senang je aku buat pakai kaki pun buleh.  Tapi bila buat sendiri jadi haram.  Sudahnya bakat ku lebih terserlah dengan pi beli kek kat Secret Recipe ka atau pi Baker’s Cottage sana. Dan Allah memahami, maka dia jadikan EnWTT bukan jenis suka makan kuih muih, puding-puding segala ni.  Selamat hidup aku maka mari bersujud syukur.


Berbalik kat mentua aku, aku peratikan bila kami balik kampung. Dah jadi rutin dia bangkit kui 4.30 pagi sambil-sambil dok tunggu persiapan nak masuk Subuh, dia buat persiapan sarapan untuk anak-anak menantu.  Masak nasik, jerang ayaq. Uli tepung kalau nak buat kuih-kuih sementara anak menantu masih lagi dibuai mimpi indah.  Dari tahun pertama aku kawin, sampailah aku beranak tiga ni.  Macam tak reti letih.  Kami semua hanya akan sambung kerja dia bila dah masing-masing siap Subuh bagai.  Benda-benda tu semua, ikhlas aku cakap mampuih idop balikpun tak rela kot.  Tak rela nak mendedikasikan masa tidurku untuk buat makan. 


Lepas tu kalau pi mana-mana, berjalan-jalan atau bercuti satu keluarga pi tempat jauh-jauh sebuleh-bulehnya cari tempat untuk menyewa yang membolehkan penghuninya masak-masak makan sendiri.  Aku rasa macam adoi nak pi bercuti kena masak-masak pulak.  Alahai... tapi sapa berani pi konfront mak mentua habaq macam tu ?  Hahaha.. semuapun jadi menantu solehah la !  Oh ok aku tak tahu perasaan menantu-menantu lain, tapi kalau aku macam tu la. 


Hampir sepuluh tahun berlalu.


Aku rasa sekarang ni aura-aura mak mentua aku tu dah sampai sikit kat aku.  Sikit jer la pun.  Memasak kuih muih secara sebelah mata aku haram tak pandaipun.  Tapi itulah, bab makan masakan sendiri ni.  Kalau balik kampung mak aku sendiripun kagum.  Walaupun aku tak bangkit jam 4.30 pagi macam mak mentua aku, tapi aku dah biasa masak keletung keletang di dapur awal pagi.  Tambah-tambah hari cuti, lagi puas hati dapat masak sendiri.  Kebanyakan masanya la.  Tapi ada masanya jugak aku memilih dok merekot dengan anak-anak atas katil sampai matahari terbit, bila dah betul-betul lapar baru la pi masak.


Sekarang ni kalau pi kedai makan, tengok lauk-lauk bersusun  atas meja tapi aku masih ada perasaan.. Ya Allah nak makan apa ni, taktau nak makan apa.. lauk takdak.  Padahal nun, lauk dari hujung ke hujung dok bersusun dalam bekas.  Tinggal nak cedok boh dalam pinggan pi bayar saja.  Kalau makan pun rasa tak puas, tak lengkap.  Tak mencapai citarasa, walaupun selalunya juadah masakan sendiri diri itu hanya telur goreng dadar, kuah tumis ikan sardin, potong cabai sket pastu tabur  toyu.. dah.  Komplit.  Kepuasannya melebihi hang pi makan buffet Ramadhan kat hotel-hotel.  Tapipun aku bukan la taksub pada masakan sendiri. 


Kalau pi mana anak beranak, aku gigih carik homestay yang ada dapur buleh masak.  Sampai kat tempat tu ajak EnWTT carik kedai  jual barang basah.  Balik homestay masak makan dulu bagi kenyang  baru keluar ke mana-mana.  Nanti balik masak lagi pulak untuk makan malam dan seterusnya.  Ada jugak pi makan di luar tapi jarang-jarang.  Pastu untungnya, EnWTT pun tak kekok di dapur.  Dia lagi terel rasanya mempelbagaikan masakan.  Jadi bukan aku sorang jer la yang kena memasak untuk jamu sefamili.   Kalau aku malas masak, dia masak.  Kalau dia malas masak, aku pulak masak.  Kalau sama-sama malas masak kami kebuloq.  Senang ja.


Pasal semanis karma tu, memang betullah.. dulu aku rasa mak mentua aku komplikated.  La ni, akupun sama.. sama komplikated cuma tahap kerajinan dan dedikasi tu jer tak mencapai level mak mentua aku.  Mungkin takkan sama sampai bila-bila.  Dan sebab apa manis ? Sebab macam ada kebaikan gak kot mendapat ‘pembalasan’ sebegitu..  Jimat belanja, bebas MSG.  Lagipun aku alah MSG a.k.a nama glemer dia ajinomoto. Kita boleh pastikan apa yang terhidang itu bersih, bahan-bahan nak masak kita sendiri juga yang sediakan.  Insya Allah, terhindar bebas dari penyakit. Maka di situlah manisnya karma tadi.


Cerita Kedua sambung nanti…

3 comments:

Rai Ahmad said...

Aku kdg masak jugak pg2 sblm subuh. Dari duk nganga saja aku uli donit bagai. Haha.

Jadi ka dak belalang kira. Anak2 aku bukan depa reti bantat mantat. Janji maneh rasasedap. Haha

Rai Ahmad said...

*donut.


Hare donut jd donit. Kahhh

Naja Naja said...

Hang ibu yang rajin.. berdasarkan pengamatan aku di IG.