Wednesday, September 25, 2013

Ayah, saya takut hantu !



Roh menulis sudah mari.  Tak pernah kot satu hari satu entry.  Semalam satu, hari ni satu.  10 minit jer, sementara boss nak pi mesyuarat nanti.  Menulis ni pun macam bersarapan pagi untuk minda.  Hehehe.  Mari…

Kecik-kecik dulu aku spesis penakut ya amat di mana sampai tahap kalau sorang-sorang dok makan nasik takda sapa temankan aku  maka aku buleh imajin sebiji  nasik dalam pinggan tu akan membesar lalu menjadi seekor pocong lantas mencekik aku.  Itu masa 5 tahun kot.  Motif nasik membesar jadi pocong ? Sebab ia putih kot.. motif lain sebab aku penakut sangatlah gamaknya.

Bila besar sikit, aruah ayah aku ni menyedari agaknya bakat ketakutan yang melampau dalam diri aku maka dia mengatur beberapa agenda untuk menghapuskan sifat penakut tu.  Ni yang aku sedarlah, mungkin banyak lagi.  Cuma bila tua-tua ni aku terpikir balik apa kaedah beliau buat begitu begini, akhirnya aku berterima kasih dengan didikan dan cara dia membesarkan aku maka jadilah aku setega dan setegar ini sekarang.. cewahhh, tegar lah sangat !

Masih aku ingat  masa umur lingkungan 9 ke 10 tahun macam tu.  Aruah ayah aku ni bila weekend jer dia akan ajak aku pi memanah ikan di parit-parit tali air tepi bendang yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari rumah kami.  Jauh ke bawah baruh sana. Hujung 1980-an kampungku belum merasa  arus kemajuan, sebahagian besar kawasan kampung kami masih layak dipanggil hutan tebal kot.  Ye, aku orang kampung duduk di lacuk sana.  Tapi okey, mak berbangga dengan asal usul mak.  Berbalik pada aktiviti memanah ikan tu, time diajaknya aku tak pernah awal dari jam 10 malam macam tu.  Malam yang dipilihnya pulak wajib la malam yang gelap gelita takda sikitpun cahaya bulanpun di dada langit.  Cuma bintang-bintang dari kejauhan yang mampu berkelip tapi tak memberi sebarang efek kepada aku di bumi ini.  Selalu kami pi berdua sahaja, bertemankan sebuah torchlight yang  power baterinya tak seberapa, umpama hidup segan  matipun segan.  Malap-malap.  Samar-samar.  Pukul 10 malam suasana sudah mati. Senyap dan sunyi.  Cengkerik pun tak sudi nak berbunyi.

Port favourite dia meninggalkan aku sendirian adalah  atas titi di batas bendang.  Titi yang menghubung tanah kampung dan tanah bendang dengan parit laluan air yang ku kira lebarlah jugak jaraknya. Titi tu pun sebenarnya hanyalah beberapa batang pokok kecil yang diatur dalam 10 batang atau lebih untuk memudahkan laluan saja.  Tepi kiri kanan semak samun.  Di situlah aku berseorangan bertemankan gelap pekat malam, dengan sebilah parang yang ayah aku bekalkan.  Gelap yang kalau angkat tangan nak tengok kuku sendiri pun tak nampak, apatah lagi benda lain.  Lepas itu perlahan-lahan ditinggalkan aku dengan jarak dia tiga ke empat petak bendang di seberang sana mungkin dalam 50 meter ke hadapan, terlindung dengan semak samun separas pinggang.  Kadang-kadang aku hanya nampak cahaya torchlight dia saja dari kejauhan.   Motif ajak aku just jadi penunggu di titipun taktaulah.  Masa tu kalau bunyi kerbau menguakpun memang saspen gila.  Menggigil ketakutan usah cerita, tapi itulah sebab aruah ayah aku ni buleh tahan garangnya maka nak habaq takutpun tak berani jadi  lebih baiklah bertahan saja.  Kalau tak tahan sangat takut aku terkeloi juga namanya.. dan bila dia menyahut dari kejauhan “Yaaaaaaaa !” dengan nada keras dan tegas, aku sudah sedia maklum. Makna ‘ya’ yang terjemahannya secara tersirat macam ginilah.. 

“Duduk situ, jangan nak mengada-ngada jadi penakut tak tentu pasal !”. 

            Pastu, bila sorang-sorang dalam gelap mulalah bunyi yang tak sedap kedengaran.  Desir-desir angin pada daun mengeluarkan bunyi aneh yang sangat tak menghiburkan.  Kadang-kadang bunyi deraian pasir-pasir bertaburan atas daun-daun.  Sungguh misteri nusantara.  Aku tak pasti samada aku berimaginasi sesuai dengan rasa takut yang menguasai diri atau memang betul ia terjadi.  Tapi yang paling tak boleh dilupa ada sekali tu, aku ternampak satu bebola api berterbangan hinggap dari pokok ke pokok diiringi bunyi-bunyi jeritan halus tapi bukan suara manusia.  Dulu-dulu orang kata makhluk bebola api bercahaya yang berterbangan ini dipanggil hantu bokta, ni nama femes makhluk tu di belah-belah utara sana.  Nama dalam IC dia hantu tanglung kot, ada juga panggil hantu bola api.  Aku tak berapa pasti, tapi yang pasti bukan bola-bola api macam lagu Achik dan Nana tu -  Tiada ku sangka, Bola-bola api,  Yang sedulunya kecil, Telah menjadi besar .. Hehhh ! 

Hantu bokta ni makan katak.  Syukur dia tak upgrade selera jadi pemakan manusia.  Benda ni selalu jugalah aku dan adik-beradik aku nampak tapi rasanya di akhir tahun 1990an dah tak pernah nampak.  Mungkin faktor kemajuan, hantu bokta pun dah tak nak makan katak lagi, bosan ahh tedarah katak jer apakata sekali sekala pekena KFC pula kata beliau.  Hewhewhew.. manalah tahu kan ? Okey, masa kejadian hantu bokta ni berterbangan, aku menjerit-jeritla melolong memanggil nama aruah ayah aku.  Nak lari tak tahu ke mana nak hala sebab dalam gelap pekat malam terbayang ular dan macam-macam.  Dan macam biasa level kesiapsiagaan aruah ayah aku terhadap bab-bab ni sangatlah rendah.  Macam disengajakan pulak.  Masa aku terjerit-jerit ketakutan di tengah gelap pekat malam tu, buleh pulak dia jalan perlahan-lahan dalam kegelapan tu menuju ke arah aku dan sempat lagi dok panah ikan seround dua dalam petak bendang  di sebelah sana sambil melaung dari kejauhan :

“ Dok diam-diam jangan menjerit.  Jangan beralih dari situ !” dia bertegas.

“Cek takut hantuuu…” balas aku terketaq-ketaq. Cek bahasa orang Kedah ialah saya, bahasa manja anak-anak.  Tapi manja ke hapapun kan kalau dah macam tu gayanya dia. 

“Pegang parang tu kuat-kuat, kalau dekat cincanggg!”.  

Ha kau, brutal tak brutal pak aku suruh cincang hantu bokta tu kalau ia datang menyerang. Berdarah pahlawan sangatlah aku ni.   Yang aku  ni ketakutan serupa nak aruah time tu jugak.  Nak menangispun tak mampu.  Maka layanlah ko menggigil sorang-sorang keluar semua peluh jantan peluh betina.  Badan seram sejuk nak demam ka nak pengsan ada dia kisah !  Tahap takut sampai nak pengsan tapi tak buleh nak pengsan.. sampai benda tu hilang sendiri di depan mata atau terbang ke tempat lain, barulah ayah aku sampai dekat titi sambil buat muka selamber-selamber badak dia saja.  Bayangkanlah hazabnya cemana. Huhuhu.  Itu salah satunyalah antara pengalaman-pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

Dan aktiviti memanah ikan di waktu malam gelap gelita pada jam 10 atau 11 malam ni berulang banyak kali jugak, berbelas kali aku rasa.  Bila tiba malam minggu, lepas maghrib tu dia akan bersiap-siap dengan timba, mengasah besi panah ikan setajam mungkin.  Pastu isap rokok daun sepam dua sambil merenung bintang di dada langit, maka otometikeli  akupun akan turut berdebar-debar kerana sudah dapat menghidu ‘bala’ yang bakal mendatang di lewat malam nanti.  Kompom dia akan ajak aku punyalah.  Walaupun aku berpura-pura tidur awal tapi dengan gigihnya dia akan suruh emak aku kejutkan bersiap-siap ikut dia pergi memanah ikan.  Apa yang aku sedar, aruah ayah aku berhenti dari mengajak aku join aktiviti malam minggunya  itu bila aku sudah relaks-relaks duduk di titi dalam gelap pekat malam sambil mengira taburan bintang di langit, bila aku tak lagi menjerit macam orang gila memanggil namanya bila ada aktiviti paranormal di sekeliling atau bila ada hantu bokta terbang aku hanya duduk senyap dalam gelap mematikan diri sambil belajar memberanikan diri, atau dia betul-betul pasti bahawa deraian pepasir bagai sengaja ditabur di dedaunan tidak lagi menjadi ketakutan pada diriku sambil bersabar  menunggu dia balik ke titi lalu kami pulang bersama-sama ke rumah tanpa aku merungut apa-apa.  Masa itulah baru dia betul-betul berhenti mengajak aku.

Bila besar ni baru aku terpikir semua impak tindakan aruah ayah aku.  Hasilnya aku tak adalah penakut sangat, sikit-sikit takut tu perkara normal.  Banyak jugak benda yang aku terjah dah redah sepanjang hidup ini.  Asal tidak melanggar undang-undang sudah.  Sebab tu bila sesekali ada aktiviti-aktiviti paranormal yang berlaku dalam rumah kami sekarang ini, akalku masih boleh bertolak ansur dengan rasa takut dalam diriku.  Bukanlah berani sangat cuma kepala tak jadi blank sampai tak tau buat apa.  

Apapun memang tegar aruah ayah aku didik anak-anak dara dia jangan jadi penakut.  Segala benda diredah ! Terima kasih duhai  aruah ayahku.  Semoga rohmu aman di sisiNya. 

 Al-Fatihah…  

Imej macam ni lah yang aku nampak tu.  Sumpah. Wallah ! Gambar googled.

 
Aruah ayah dan emak.  Ni gambar latest sebelum beliau meninggal pada 2001.

5 comments:

Laxmi said...

ko naja... seriau ok aku baca.. kalo aku kompom demam sbln kot..
ko ada iras ayah ko beb...

Mikie Punyer Cerita said...

taun 1995 punya gambar tu

Naja said...

Ya lax.. lawa tiada manis ada.. kakakaka !

Finie - dah itu jer yang ada.. :)

emak. bukan penari tiang said...

Comey mak kak naja.

Anonymous said...

sekitar 70an dan awal 80an aku pernah tengok hantu tanglong di kg pdg lumat ..semakin dia hampir bumi bertambah terang api.tp hanya skejap.Pernah juga aku tengok tengah terbang waktu senja..tp sermua tu dulu lani tak nampak lg.