Tuesday, November 12, 2013

Rumaisa berkonvo



Macam baru sangat lagi aku hantar Rumaisa pi masuk tadika kat tepi rumah tu.  Tadika Perpaduan.  Masih terasa-rasa akan kerisauan di hati mengenangkan boleh ke tidak Rumaisa menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya.  Sekali ha.. relaks jer anak mak tu.  Steady jer dia pergi sekolah hari-hari.  Mak jer yang berlebih-lebihan melayan kerisauan di hati.  Dan pejam celik pejam celik, hampir tamat sudah sesi pengajian beliau di Tadika Perpaduan ni. 

Hari Ahad baru-baru ni, tadika beliau telah mengadakan hari Konvokesyen untuk semua pelajar-pelajarnya dalam wilayah Putrajaya.   Sebagai mak bapak tentulah aku dan EnWTT sangat teruja menyaksikan anak kami berkonvo.  Walaupun level konvo tadika, tahap lega dan berbangga tak tau nak cerita.  Rasa macam weeeee… wauuuuu.. weeeehuuuu !  Anak aku dah konvo.  Gembiranya selevel dengan mak bapak yang anak memasing berjaya memperoleh ijazah pertama dengan keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang barangkali. Tahun depan sudah masuk pra-sekolah.  Tadika untuk 5 tahun ini bagaikan titik mula untuk beliau melangkah lebih jauh.

Walau bagaimanapun, sedikit malang aku tak dapat mengambil gambar Rumaisa di pentas semasa menerima sijil graduasinya atas masalah-masalah teknikal yang nanti akan ku perincikan di lain entry.   Untuk mengubat kekecewaan kerana tidak dapat mengabadikan detik-detik bersejarah di pentas tersebut,  maka sebagai emak yang gigih akupun meminjam jubah konvo daripada Cikgu Saselin iaitu cikgu yang mengajar Rumaisa di tadikanya,  dan pada petang harinya kami bawa Rumaisa untuk sesi bergambar di sekitar Putrajaya.  Agak tergesa-gesa kerana hari sudah lewat petang bila kami keluar, sekarang ni jam 7 dan gelap gelita.  Bimbang nanti nampak gigi saja.

Di sini ingin aku kongsikan detik-detik kegembiraan Rumaisa yang menjadi kegembiraan kami jugak.  Tahniah anak emak.  Masih jauh perjalanan di hadapan.  Semoga terus menjadi anak yang tabah menghadapi liku-liku perjalanan sepanjang jalan kehidupan.  Doa mak dan ayah sentiasa mengiringi dalam setiap langkah mengharungi kehidupanmu.  

Jubah dah cantik, selipar Dora plak tak nak tinggal..


Saya sudah berkonvo hari ni
Besar nanti kakak nak jadi ahli bomba. Cita-cita masa umur 5 tahun.

Tersadai di rumput
Peace yo !



:)

Entah apa perasaan Rumaisa bila berada di sini.  Berkali-kali minta nak bergambar kat sini.


Nak masuk maghrib sudah, mari kita pulang...








5 comments:

ZUERA said...

pandai anak kak naja posing..sifat semulajadi barangkali..

tahniah untuk anak kak naja..

Naja Naja said...

Zuera - fotogedik.. hehehehehe

Shima said...

Tahniah mak dan Rumaisa! Terharu, bersungguh2 mak nak rakam gmbar Rumaisa pakai jubah....

amykimi said...

Hebat nooo konvo tadika pun ada outdoor photoshoot hehhe...

Naja Naja said...

Shima - Hehehe harusla gigih Shima, taun depan dia dah masuk pra sekolah.

Amy - ha, zaman skang xyah tunggu pi universiti dapat ijazah baru nak buleh outdoor photoshoot.. kekekek