Entry
takde mukadimah, jenis terus terjah.
Seorang emak dengan tiga orang anak yang sedang membesar memang banyak
kena abaikan mukadimah-mukadimah ni. Tak dan woi !
Ceritanya
begini. Kat rumah mak di kampung sana,
kami masih menggunakan sistem air bukit yang disalurkan melalui paip bawah
tanah yang dibuat oleh orang dulu-dulu, seawal tahun 1980 dengan bantuan
Jabatan Parit dan Tali Air. (Sebelum tu
kami guna air telaga. Aku antara
individu bertuah sempat lagi merasa mandi air telaga). Orang dulu-dulu ini
ialah tenaga-tenaga pakar yang tidak mendapat latihan formal, tapi amat arif
selok belok sistem air bukit bawah tanah ni.
Dan mereka ini sekarang cuma tinggal dalam 4-5 orang sahaja,
rata-ratanya berusia dalam 68-75 tahun.
Kalau takdir kata serentak meninggal kelima-limanya, aku tak tahu sapa
lagi yang arif pasal sistem paip air bukit ni kecuali kalau mereka perturunkan
ilmu kepada generasi seterusnya. Moga
ada yang mewarisi.
Selain paip
yang menyalurkan air bukit ni ada juga paip air JKR asalnya yang lepas itu diberi
SADA tapi kebanyakan orang kampungku
lebih suka guna air dari paip bukit sebab airnya –chlorine-free. Alasan lain
yang lebih besar ialah tiada bil dikenakan.
Bila rosak, akan ada p.i.c yang akan pegi kutip duit dari setiap orang
kampung sebagai upah untuk team yang buat baik pulih ni. Selalunya RM3 satu keluarga. Itupun jarang-jarang berlaku. Dan sehingga ke saat ini kami masih menikmati
kesejukan air bukit yang sejuk, jernih, dan segar yang suhunya boleh pergi
sehingga 15 darjah celcius di kala Subuh, sejuk dan berasap-asap. Bila musim ujan saja airnya akan berubah warna
tapi sat sat saja dalam sejam dua macam tu, lepas tu kembali normal.
Mungkin
kerana musim hujan yang berpanjangan pada tahun lepas, paip-paip air bukit kat
umah mak aku ni sudah tersumbat. Nak
call SADA memang di luar radar depa sebab orang SADA memang tak
bertanggungjawab dengan paip bukit ni.
Jadi nak tak nak aku kena pi cari pakcik plumber otai (selepas ini
ditulis sebagai ppo – pakcik plumber otai) ni untuk menyetelkan masalah paip
yang tersumbat sekian lama. Setelah
berpesan-pesan dan berkirim salam berkali-kali dengan orang kampung yang lain
maka datangla ppo ke rumah dalam
persalinan yang sungguh klasik.
Berseluar slack agak lusuh sesuai untuk kerja-kerja rencam, berkain
pelikat.. memakai kemeja dan lilitan kain pelikat di kepala. Setelah membuat pemeriksaan lebih kurang, ppo
pun memaklumkan kepada aku akan barang-barang yang perlu dibeli dan ditukar
ganti. Masa tu sudah jam 6 petang.
“Cepat
sikit gi beli.. Pakcik takleh dok tunggu lama-lama. Sat lagi nak gi masjid
pulak “, katanya kepada aku yang masih terkial-kial nak hafal nama peralatan
yang perlu dibeli.
“Kalau
macam tu saya bawak pakcik gi belilah.. lagi senang. Laju pun laju,” kataku
pula sambil tunjuk kereta yang siap parking di tepi jalan.
“Isk..
tak payah kot. Tunggu di rumah saja. Gi
kedai dekat-dekat sudah “ katanya menolak.
Tetapi
selepas sesi rundingan yang ringkas ppo akhirnya bersetuju untuk ikut
serta. Aku bawa Rumaisa dan Rasyid sebagai teman. Niat asal nak beli barang di kedai hardware
berdekatan tak tercapai sebab kedai dah tutup jadi kami lajak ke Pekan Sik yang
lebih kurang 10km dari kampung.
Sampai
di kedai hardware beserta dengan niat memudahkan urusan, ppo turun sendiri beli barang, dan sebagai
menghormati ppo akupun turun juga dari kereta dan tunggu kat tepi-tepi kedai
hardware tu dengan anak-anak aku.
Tiba-tiba
seorang kawan lama bernama Sutina (bukan nama betoi, kalau nama betoipun hangpa
taktau) datang menyapa dengan
ramah-tamahnya.
“Weh
lama sungguh tak jumpa hang.. anak dah berapa ?” kami salam-salam sambil berpeluk-pelukan
dan cium-cium angin diiring rindu penuh kepalsuan. Hahah !
“Anakku
tiga ja.. sorang lagi tak bawak” kataku.
“Sapa
tadi tu? Laki hang ka ?? Klasik wey laki hang.
Aku teringat aruah tokwan aku. Pakai seluaq.. kain pelekat dgn kemeja. Awat
tua ngat laki hang ? Tua2 pun tiga gak
anak hang, fuyiio power beb !”katanya tak pandang kiri kanan menghamburkan
kata-kata.
Dan
dalam masa yang sama ppo pun sudah sampai ke kereta dengan barang-barang dari
kedai hardware penuh di tangan.
“Bukanlah…”
aku baru nak menerangkan hal sebenar..
“Jommm..
lewat dah ni ! “ tetiba ppo bersuara dengan tegas dan sebagai menghormati ppo dan
dengan kekangan masa ppo akupun terus bersalam-salam dengan Sutina.
“Nanti kita jumpa lagi..”kataku.
“Jangan
nak habaq tu ayah hang.. aku kenai ayah hang, ayah hang handsome macam P.
Ramlee !” kata Sutina dengan senyum penuh keyakinan bahawa ppo tadi adalah
suamiku.. Aku hanya mampu sambut dengan gelak ketawa gaya kelampiran,
mengilai-ngilai tanpa tema di waktu petang sambil melambai Sutina.
Dalam
kereta, sambil memandu aku tergelak sensorang, lucu mengenangkan insiden dengan
Sutina tadi.. tetiba ditegur ppo dalam lorat Sik yang dalam..
“Mu dok
gelak sorang-sorang dok syok natangplamer, tak besa beli batang paip ka ? Parah moha orang muda-muda ni” kata ppo
dengan bersahaja.
Lepas
itu ku simpan gelak dalam perut sampai rumah.
Sepanjang jalan set muka jadi seperti pemikir maha serius sambil memandu pulang ke rumah dengan pasrah !
2 comments:
wakakkakakkakaka
Naja, apa kesudahan cerita ni?
Post a Comment