Thursday, May 28, 2009

Dera? NUR 15999 boleh tolongkah ??

Semalam semasa sedang lepak2 kat kosyen sambil tangan dok hayun buai Rumaisa tetiba ada sms masuk diiringi bunyi robot transformer *zregzrog.. grokgrekgrokgrek** Zikri menjeling... "awak xde ka tone yg elok sikit ?" aku hanya sengih2.....

Oh sms dari Umie, kawan aku yg di Johor nun. Bila baca sms.. tetiba hati meruap.. sms berbunyi cenih :

i)"tension tul aku. org blakang rumah aku suka dok blasah anak dia. nate sungguh!" - binatang pun reti sayangkan anak taw.. tu setan... manusia berhati iblis!

ii) "anak dia skola rendah, slalu kena blasah dgn mak dia. aku geram nak repot ja. mak jenis apa xtau la, tp aku xtau nak repot kat sapa & kriteria cemana baru leh repot. esok aku nak tepon balai tanya polis boleh kot" - kalo nak blasah carik la yg sebaya.. ni blasah budak2 yg kecik xleh nak melawan apa kes.. mak yg takde hati perut.

iii) "laki dia x pernah dengaq sora, xtau la pi mana. mak dia jenis cakap kuang ajaq dgn anak. dia bley kata kat anak dia tu - ko mmg bodo, bangang, sial.. boleh berambus - Mcm2 lagi la. Aku dengaqpun tension. Hari tu dia blasah anak dia lama sangat smp anak dia tak menjerit lagi dah.. Cuma dok cakap allahuakbar berulang2 kali. Sedih aku dengaq. Nak p teguq aku x cukup berani. Jiran2 lainpun x berani nak teguq. Satgi aku nak p ronda tgk no rumah dia. Rumah dia bertemu blakang dgn rumah aku" - baguslah sangat. gatai nak kawin+beranak. pastu laki bini belasah anak2.. orang cenih patut tembak jer !

iv)"Tadi jiran2 mai dok lepak kat dpn umah aku citer pasai budak tu. Rupanyer tadi bapak dia yang belasah.. bukan mak dia"

v) "Depa tiga beradik laki... Aku xtau sangat sapa yg selalu kena. Nak tanya jiran sebelah rumah dia takut dia syak plak"

Dan kebtulan pagi ni aku tebaca dalam the star kisah sorang guru piano yg mendera anak dia yg berumur 5 tahun... dan ada juga info talian NUR utk laporkan penderaan. So aku soh la Umie tu call talian NUR.. 15999 - dengan jaminan setiap aduan akan disiasat.

Orang2 di NUR cakap " Awak kena tengok dulu ada tak kesan fizikal budak tu dipukul" - Laaa.... Bangang!! Cemana Umie nak p kelebek badan budak tu.. dah tentu budak2 tu bukan dipukul dikhalayak.. jarang2 nampak.. yg dengar cuma suara jeritan. .sakit menahan dipukul. dimaki hamun dsb.... oh aku xtau apa definisi penderaan kanak2 bagi orang2 di NUR. Tanya orang2 di NUR lagi "Ada nampak tak budak tu didera ? " Surelah Umie tak nampak dia cuma dengar jeritan2.. maki hamun dan bunyi seperti orang dicederakan.. Oh tak apalah.... selagi tak nampak kita perlulah mendiamkan diri.. tunggu jadi mayat @ cedera parah patah riuk berdarah2 barulah call NUR. Centu kot ek...

Lepas tu orang di NUR itu cuba pula membuat spekulasi sendiri " Mungkin untuk disiplinkan anak dia orang, mana tau anak dia nakal sangat ke" Oh.. centu ek bentuk disiplin anak yg digunapakai secara standard oleh orang di NUR itu.

Apa fungsi NUR sebenarnyer ? Sepatutnye mereka siasat laporan untuk memastikan samada betul dakwaan2 yg dibuat oleh org yg menghubungi mereka.. bukannyer bagi plak soklan2 yg "bodo tak sekolah" punyer. kalo mcm ni, susahlah nak wujudkan masyarakat penyayang dan prihatin.. baru jer nakt prihatin sudah diajukan dgn soklan2 yg x masuk akal...

Dan kepada mak bapak yang suka sangat dera anak tu.. kalo dah kuat sangat pi la belasah along ka, perompak penyamun ka.. takat nak dok sepak terajang anak apa kelassssss..

Arghhhhhhhh.. aku tension!

9 comments:

TiNiE said...

uhuk..kesiannya..
harap2 kes ni dpt disetelkan segera..sblm apa2 yg lebih teruk lagi berlaku..amin

haya_yaya said...

heran kan...dalam dunia ni masih ramai yg mendambakan anak2 sbagai pewaris kita di kemudian hari..tp yg ade,da dapat,x reti nk menghargai..apekah nilai sebenar seorang anak itu,hanya mereka yg benar2 menghargai pemberian Allah itu saja yg mengetahui... :(

UmmiAmmaR said...

i'm link to your blog..

naja said...

tini - tu la tini, umie kata dia nak gak wat report polis.

haya - betullah kan haya.. bila ada x reti nak hargai. takde karang baru nak nangis hantuk paler

ummiammar - selamat dtg. selamat berkenalan. moga silaturrahim berpanjangan.

Anonymous said...

buat la report.. kesiannya budak tu.. hik hik hik.. x boley dengar la org dera2 ni.. tahniah! very informative punya blog.. (ex-pensyarah PPD)

Anonymous said...

CHILD ABUSE
Kategori:



1) Fizikal

Dicederakan dari segi fizikal; jika ada kecederaan substansial dan boleh dilihat pada bahagian tubuh kanak-kanak akibat pengenaan kekerasan yang boleh menyebabkan:

Patah
Seliuh
Pendarahan
Luka terbakar
Melecur
Parut
Hilang atau berubah kesedaran / fungsi fisiologi
Gugur rambut / gigi
2) Seksual

Teraniaya dari seks jika dia telah mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud:

· Apa-apa bahan;

o Fotograf

o Rakaman

o Filem

o Pita video

· Persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang

· Eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu / orang lain

3) Emosi

Dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu yang didalilkan (dibuktikan) dengan antara lain kecelaruan mental / tingkah laku termasuk:

Keresahan
Kemurungan
Penyendirian / perkembangan lambat

Anonymous said...

ish ish kesian nyer budak tu....klu betul ler bapa / mak dia buat mcm tu kan depa mmg teruk betul kanak2 tu...tp kan adakah sekadar mendengar suara kanak2 menjerit kita nak asume yg tu penderaan??? adakah itu defini penderaan??? ermmm...bukan kah islam mengajar kita supaya ada saksi (yg nampak dgn mata sendiri kejadian itu) bila ingin membuat sesuatu pertuduhan, ini utk mengelakkan berlakunya fitnah!! renung2kan

Anonymous said...

Tapi kalo betul la kes tu kes dera,takkan la pihak kawan bloger takle nk yakin kan pegawai di talian nur>>>>tak perlu nk komplain pasal perkhidmatan yang diberikan,tp jadilah masyarakat yang betul2 prihatin dgn apa yg terjadi dgn sekeliling kita..setiap patah perkataan/pertuduhan mesti diiringi oleh bukti dan saksi..dl pernah gak buat aduan ke Nur nie,macam tu jugak,disuruhnya siasat dahulu,benar ke tidak,tp bg kita siasat tu bukan la p kelebek badan budak tu..siasat tu suh dptkan maklumat spt pendera,mangsa,alamat rumah,Blogger sendiri mengatakan bhw kawan bloger tu nk p tgk no umah budak tu...haaa.da dpt no umah ,apa lagi kol jela blk Nur tu..takkan la pihak pegawai Nur nie bodoh sgt nk tanya soklan yang bodoh..dl sy juga tersalah tafsir tentang nur nie..apa da suh siasat sendiri...baik sy yang jadi pegawai nur nie..dan buat pengetahuan semua,sy diterangkan kembali bhw Talian Nur nie adalah pusat panggilan shj,bukannye pegawai penyelamat knk2...jadi perasaan panneh kt talian nur nie trus padam ..itulaa bila kita tak siasat dan tak teliti dan terus menghamburkan perasaan bengang terhadap perkhidmatan yg diberikan..ingt jika berlaku penderaan di tpt anda laporkan kpd Nur nie...alamat,mangsa,dan aduan korang amat penting bg jlnkan siasatan,,kalo takde alamat duk ckp alamat bakang umah jek..polis pown malas nk layan..'Selamat Hari Selasa"

Anonymous said...

Hi.. I dont know what to do!! I have been listening to my neighbours kid cry on and off for 2 hrs... it is now 10:35pm and he is still crying. I have never seen this family but I have been hearing allot of crying and angry screams frm I asume would be the mother. Sometimes I hear the kid cry till about 1 or 2 am and I feel for him. I understand from another neighbour that the kid is about 7 yrs old. What cuold he have possibily done so wrong that he deserve to be treated this way. I have a 4 year old and I consider myseld quite stern but I dont think I could ever go as far as to become agressive with my boy.

I do feel like going over to the boys house and knock some sense into the agressor but I dont think I have the rights to.

I would really appreciate any kind of advice to help this poor little kid.