Thursday, August 20, 2009

Blues Untuk Aku

Ha'aa... semenjak dua ni aku rasa cam biru2 jer di mana-mana. Bukak blog pun tak lalu, nak updet lagik la tak lalu... tgk komputer pun tak lalu. Pendek kata serba serbi jd tak lalu. Kerja kat opis terpaksa la lalu2 jugak aku buat.. kang satgi kalo tak buat kerja, opis buat tak lalu nak bayaq gaji aku.. lagi haru!

Raya pun dah dekat, dok hitung hari raya je.. posa blum tentu lepas semua. Tapi Insya Allah tahun ni kalo takde aral melintang, penuhla puasa patik. Hikhikhik!

Skang ni pi mana2 supermarket, superstore.. segala2 super dan yang tak berapa nak superpun la pendek kata semuanyer dah sibuk jual barang2 utk buat kuih raya, kek.. bekas2 kuih, kekacang untuk buat biskut.. pendek kata segala yg relevan utk sambut raya semuapun dah jual tinggal lagi nak membeli.. Untuk sambut posa.. ada la berkotak2 kurma nak tajuk apa semuapun ada.. Yusuf Taiyoob ka, DAM ka.. jenama2 yg tak pernah dengaq pun ada.

Citer pasai Yusuf Taiyoob, iklan dia tu... dah lama iklan tu diulang tayang.. bertahun dah. Pada pendapatan aku yg tak campur dgn pendapatan kawan2 lain la... Iklan Yusuf Taiyoob tu cam serba tak kena je pembikinannyer... berbisik2.. cam terpancar aura erotik kat situ. Mungkin la niat dia baik, nak pulih balik semangat yg letih lesu setelah seharian berpuasa.. berlapar dahaga bagai. Itu jer la kebarangkalian positif yg dapat aku pikiaq.. mungkin la kan. Dulu sekilas aku tengok iklan tu, ingat ka iklan ubat kuat ka.. makjun lintah pacat semua.. puihhhh, rupanyer iklan kurma. Laaaaaa!

Aik terbebel plak dlm takde2 mood tuh.. oklah sekian!

Wednesday, August 12, 2009

Takut Bini?!

**Gambar adalah untuk hiasan


"Wahhhh.. rajinnye laki dia. Time tak keje, memasak kat umah, " puji seorang rakan terhadap suami seorang lagi rakan.

"Rajin apa kebendanye... takut bini la tu!" seorang lagi rakan juga dengan bangganya melontarkan pendapat dia yg dirasakan paling bernas di cakerawala ini.

Persoalannya, benarkah lelaki yang rajin memasak di rumah itu takut bini? Aku langsung tidak setuju. Aku rasa kenyataan lelaki memasak kerana takut bini itu adalah satu kenyataan bengong semata2.. kerana apa? Kerana selama ini tugas memasak secara budayanya adalah tugas kaum wanita ? Jadi apabila kaum suami cuba2 membudayakan acara masak memasak dlm agenda rumahtangganyer, orangpun akan mengutuk dan mengata. Zaman ini ramai sudah yg berfikiran terbuka dengan fenomena ini tetapi rupa2nye ada segelintir lagi puak yang suka duduk di bawah tempurung.. seperti katak ( katakpun dah x larat nak duduk bawah tempurung), pendek kata mmg kolot sungguh la mana2 orang yg berfikiran seperti itu.

Mungkin sebab itu juga maka ramailah lelaki liat ke dapur nak tolong2 isteri memasak, takut nanti dicap takut bini. Aku cam berminat nak kaji sapalah yg mula2 menerapkan dalam fikiran kita ni "suami yang memasak di dapur tu suami yg takut bini". Kalo berjumpa orang itu, teringin sekali aku menyepak dia bertubi2..

Haihhhh!!

Monday, August 10, 2009

Aku di'tagging' Yong

Demi mu Yong, dipersembahkan... heh heh heh

1. Nak tau sangat nama singkatan, umo dan dok mana?
  • Naja or Fizah, mana2 pun buleh.. Kat opis mmg Naja, kalo sebut Nurhafizah memang menggagau orang carik.
  • Umo adalah 31 tahun pada 2009
  • dok Putrajaya

2. Tiap2 hari buka blog? Biasa kul berapa dan lama tak ?

  • Dibuka hanya pada hari bekerja sahaja tidak termasuk cuti hujung minggu dan cuti2 umum. Heheh.
  • Beberapa kali dalam waktu pejabat, selalunya selepas semua kerja2 urgent kat opis ni setel iaitu dlm kul 10 ke atas.
  • Lama @ tidak bergantung pada tahap kelapangan pada hari tersebut

3. Bila dah on blog, apa yg korang buat ek???

  • Baca entry terbaru blog kengkawan sesambil tinggalkan komen, pastu tengok komen2 kat blog sendiri sesambil membalas dan sesambil mengupdate.. fuihh banyaknye sambil2.. time ni rasa cam editor akhbar plak ;)

4. Pernah tak sedang asik melayan internet korang terabaikan sesuatu?

  • Pernah sekali sekala, ada satu masa tu leka membaca satu artikel menarik smp terlupa bos soh buat satu benda urgent, sekali dia jengoi dari balik pintu dengan pertanyaan " dah siap?", barulah teringat. Dengan muka konfidennya terus kaver dengan jawapan "Ok boss sikit lagi, 10 minit lg saya letak atas meja boss" ha lepas tu mmg mcm lipas kudung siapkan kerja dlm 10 minit, mujur.. Bersyukur aku berada dlm bidang nih... hehehehe

5. Macam mana korang masak mee meggie ek?

  • Paling ringkas - masukkan megi dlm mangkuk tadah air paip, tekan2 bg dia lembut sikit pastu krappp krappp krapp.. rangup u! Pernah sorang member bg soklan maut "Ko tak muntah darah ker mkn megi centu?" Alhamdulillah.. belum lagik la!
  • Tak berapa nak ringkas - tumis bebawang, goreng megi dulu pastu baru tambah air+telur dan sawi.

6. Hubby korang tau dak korang ada blog ni.. pernah tak hubby korang baca blog korang??

  • Tahu dan membacanye tp xtahulah hari2 @ sesekali singgah. Ada gak masa2nye dia bg komen, teguran kalo2 aku terover.. yeahh, sungguh harmonis di situ, heh heh heh!

Sekian, itu aje. Aku nak tag plak Fina, Met dan Rosmiza Pandai Kraftangan.. ;)

(eh.. cemana nak buat link tu? smp kesudah aku x pandai... )

Thursday, August 6, 2009

Festival Floria Putrajaya 2009

Festival bunga2an sedang berlangsung selama 9 hari di Waterfront Precinct 2, Putrajaya iaitu berhadapan dengan Kompleks Kementerian Kewangan, bermula pada 1 sehinggalah 9 Ogos 2009. Tinggal tak berapa hari lagi..

Pemandangan adalah sangat cantik pada waktu siang, tapi malam rasanya lagilah cantik sebab bercampur dengan simbahan cahaya lampu yg menjadi sebahagian daripada tema hiasan di taman masing2 yang dibahagikan mengikut kementerian, jabatan2 kerajaan dan juga swasta serta sekolah.

Kepada yang masih belum berksempatan mengunjungi dan berkesempatan untuk berbuat demikian, anda adalah sangat dialu2kan. Heheh.. di bawah ini ada 2 keping gambar yg sempat aku snap. Selebihnye kamera hp tidak membenarkan kerana gambar menjadi kelabu dan sangat tidak cun untuk ditempek dlm ini. Nantilah bila2 senang aku akan import gambar dari kamera Zikri.

** Cantiknye..

*Transformasi dari bunga2an kepada seekor tapir @ cipan @ tenuk..
Kalolah boleh bela sekor ceni.. agaknye hari2 aku menapir di situ. Bahagianye!


Oh ye, aku pi pesta tu pada hari Sabtu, hari mula2 berlangsung.. walaupun pengunjung adalah tersangat ramai tapi puas jugak tengok bunga2an.. Niat di hati nak mengulang lagi tapi rasanya macam tak berapa sesuai coz lepas balik dari situ, pada malamnya Rumaisa semacam mengalami batuk seakan2 athma dengan nafas yg berbunyi.. huh, mungkin kot dia alah pada debunga.. akupun tataw!
Pada pemerhatianku, Rumaisa adalah tidak berminat dengan bunga2an tersebut. Takdepun tanda2 excited kat wajah dia bila tengok bunga2an... bila diajak bergambar mulalah buat muka protes.. tetapi dlm masa yg sama sibuk pula memerhati pada sejenis lori gedabak besar berenjin MAN yg membawa peralatan siaran luar, kepunyaan RTM. Siap tersengih lebar bila tengok lori.. apa ke halnya anakku ?! Kamu adalah tidak feminin..


*Aku : Senyum baby.. senyummmmmm...
Rumaisa: Ommmmm... ommm... (protes senyap2an .. tak nak senyum)

*Rumaisa : Arghhhhh... Tolonggg.. keluarkan aku dari sini!! (protes terang2an..)

Tuesday, August 4, 2009

Bila Hati Dah Berkenan...

Ermmm sapa tu ?



Wow wow wow!


Boleh berkenalan?

Ni masa tengah makan2 dekat McD Bangi.. semasa dok tunggu burger siap tetiba ada sorang mamat lalu di tepi kami. Rumaisa tengok muka aku dan mula tunjuk aksi 'excited'.. hehehe.

Mungkin anak aku ni peramah.. tetapi sebab terlalu kecil maka keramahannyer diterjemah dalam aksi2 sedemikian.. Setakat ini itulah penjelasan logik yg dapat aku simpulkan!

Maka layanlah pics di atas.