Petang Ahad yang hujan.. jam 3, aku sedang berada di pejabat, pendek kata bekerja. SYMP... haruslah begitu!
Apapun, perasaan aku biasa-biasa sahaja tatkala ini.. Nama lagi kerja haruslah berskema-skema gitu. Sementera menantikan arahan boss yang seterusnya, sempat ketuk blog sebaris dua... ni pun ntah jam brapa mau siap, mungkin 5 mungkin 6.. tak mustahil sampai jam 7. Kepala pusing sebab bau hapak karpet menyerbu ke hidung, kerana ujung minggu sistem penghawa dingin tidak diaktifkan atas alasan penjimatan barangkali! Urghh...
Tetiba lapaq nasik, En WTT menelefon... sup daging yang direneh tadi dah masak, malah dagingnya empuk sekali. Ehh, dia sudah siappun makan, dengan cabai toyu.. tetiba aku ketaq lutut, kelaparan menguasai perut ! Aduihhhh...