Wednesday, March 16, 2011

Rajinnye..!

Tinggal sat ek cerita backpack. Asyik backpack jer harus ada yang mundar! Kali ni nak cerita pasal tangan-tangan rajin yang prihatin. Bukan sikit punye prihatin. Tahap sungguh prihatin.

Ceritanya ceni, kereta kami tu memang kotor, kelabu hasap dengan habuk dan kotoran hasil dari jalan-jalan cari pasal ke Taiping, Kuala Sepetang, Kuala Gula dan kawasan sekitarnya 2 minggu lepas. Penerjahan ke kawasan-kawasan seperti kilang membuat kayu arang, ke jeti di Kuala Sepetang dan juga depoh-depoh bas di sana juga membantu memburukkan lagi rupa parasnya.

Benerrr, aku sedang mencari masa-masa yang sesuai nak bawak ke ‘car wash’ bagi menyerlahkan rupa paras sebenar. Mungkin masa yang sesuai hujung minggu ni. Relax la kan… lagipun yang kotornya cuma di luaq. Di dalam sudah dibersihkan dengan kadar rata.

Petang tadi, masa mau tukar peranan dengan En WTT jadi driver aku terpandang satu tulisan di kereta aku yang ditulis tangan... Eh eh, mula-mula macam nak hangin jugak, vandalisme tak kira di mana-mana. Ni bukan harta awam, ni harta peribadi. Tapi setelah diperati apa yang ditulis terasa lawak ya amat! COMOT .. Siapalah yang sangat prihatin mengingatkan kami betapa comotnye kereta itu ? Haiiii.. terima kasihlah ya kerna bersusah payah menulis di situ. Insya Allah hujung minggu ni pasti berkilat!

** Edisi masih ada yang sayang.. he he

5 comments:

TiNiE said...

naja definition of mundar plsssss...

Naja said...

mundar = muntah darah! heheheh

Anonymous said...

kak naja...keta kami pun sama..siap bt kapal layar ngan i love u lg.. semuanya angkara anak sedara yg begitu kreatif sekali melihat kereta bapa sedara yang sungguuuhh bersihnya..hihihi...

ris...

Naja said...

ris - bila ada medium sesuai, mmg tangan2 kreatif akan mula menunjukkan bakat di situ!

hilmi said...

awat x reply blk?tulih la "mampoih p la kat aku, aku punya keta, aku byq gosti bln2, duit aku abih, sewa umah aku kantoi 2 bln dll"...ha, br dia tau...(maksud tersirat, keta mmg amat comot, smp bleh wat karangan di situ..haha)