Sunday, March 13, 2011

Pengembaraan Ke Kelantan - Bahagian 2

Sambungan dari Part 1

…..masuk hari ke dua di Kota Bharu. Selepas nangis sorang-sorang memalam teringat anak-anak, hari ke dua aku rasa lebih ceria sikit, (poyo je kan…tapi inilah sebenar perasaan aku. Aku takmo selami perasaan Umie dan Yong samada depa dua nangis ke tidak teringat anak masing-masing. Yang pasti hati ibu sama saja, pada bila-bila masa dan di mana-mana… kannn ? ) Aku rasa masing-masing cuba berlagak cool, kalolah time nak tido tu pakat dok bukak cerita pasai rindu ke anak, kompom ada adegan menangis meraung dan harus pagi-pagi esoknya pakat-pakat amik tiket bas balik KL. Hehehe! Sumpah malam tu aku menahan hati daripada call En WTT maupun bibik nak tanya pasal anak kerana tidak sanggup memikirkan bibik akan cakap “ Anak-anak menangis terus rindukan ibu… “ owh, sadis sadis!


Cerita sebenar daripada En WTT pada sebelah paginya buat aku lebih ceria dan bersemangat untuk meneruskan perjalanan ‘backacking’ ni , lebih-lebih lagi bila En WTT bagitau anak-anak tido nyenyak je tak nangis sebut panggil makpun! Adehhhh.. Nampak gaya aku yang emosi lebih padahal anak-anak selamber kodok je takdak mak diorang! Semuapun pandai membawa diri memasing. Tidak gaduh-gaduh bertarik rambut dan tidur pun awal.. Jam 9 semua sudah lena. Perghhhh…!! Rumaisa tuh kalo ada aku sampai jam 12 tengah malampun sanggup sengkang mata ajak main macam-macam. Mungkin ini petunjuk kena tinggalkan anak-anak selalu kot bagi menyertai aktiviti-aktiviti sebegini atau yg sama waktu dengannya! He he..

Uihhh, melalut sudah.. Oke, back on track! Perancangan pada hari kedua adalah untuk ke Dabong pada jam 1030 pagi dengan menaiki tren henti-henti yang berpengkalan di Wakaf Bharu. Awal pagi kami bangun dan bersiap-siap untuk meninggalkan Hotel Azam. Bukak je pintu.. tetiba hidung diserbu dengan bau busuk yang tak hengat..Uwekkkk! Korang tentu pernah bau sesuatu yang seperti pakaian direndam berminggu-minggu dalam baldi.. hahahaha! Cuba perah otak korang untuk ingat balik bau itu… itulah bau pembusuk lantai yang sedang dimop oleh makcik cleaner kat hotel tu.. Huwaaaaaaaaaa! Termuntah2 aku kat situ sementara nak sampai ke lobi hotel, tapi yang herannya semua orang kat situ termasuk lah staff yang bertugas kat kaunter penyambut tetamu muka memasing selamber derkkk ja. Haibat betul penapis deria bau depa nih! Langsung tak terjejas dengan bau pembusuk lantai tu, sedangkan aku dengan Umie dan Yong sesak-sesak nafas menahan perasaan sementara nak menyetelkan urusan check out ! Berpeluh kami dibuatnya. Huhh..!

Singgah sebentar di restoran tepi Hotel Azam mau minum-minum bersarapan pagi di situ. Menu kami adalah pelbagai. Masing-masing order roti canai dan telur separuh masak kecuali Yong je tak makan telur. Aku dengan Umie pagi-pagi buta sudah hantam ais, tapi respek tul kat Yong.. sangat menjaga suara, tak minum ais pada bila-bila masa dan di mana jua ! Sebab tu suara Yong ala-ala manja dan penuh ciri-ciri kengkanak rebina... manja youuu!

**Gigih bersarapan

Selepas sarapan kami bergegas ke Pasar Khadijah dengan niat mau tengok apa-apa untuk dibeli, pun kalut-kalut mengejar masa takut tak sempat sampai ke Stesen KTMB Wakaf Bharu. Di Pasar Siti Khadijah pun kami tak sempat meronda sangat kerna mata sudah terpaut pada barang-barang kemas yang dijual di situ. Sangat bling bling! Aku minat amik gambo je sesambil menantikan Umie dan Yong membeli belah, tapi aku tak beli apapun kerna tidak mahu memberatkan beg yang aku bawak. Bukan apa, kalo beli sedikit pasti selepas itu akan beli lagi, dan selepas itu penyakit terbeli lagi dan lagi pasti sukar untuk diubati. Jalan paling baik, jangan beli langsung!


**Suasana masih sunyi di Pasar Siti Khadijah.

**Umie membelek barang-barang kemas. Terbeli sebentuk cincin katanya


**Yong sedang tawar menawar buah jeruk..

Dalam dok merayau-rayau tak sedar jam di tangan dah 1015, terkejar-kejar keluar dari Pasar Siti Khadijah mencari teksi atau apa saja yang buleh mengangkut kami bertiga dalam kadar segera ke Wakaf Bharu. Oh ya, teksi di sana dipanggil kereta sewa. Jangan cuba-cuba menaiki teksi secara bertrio kerana teksi di sana adalah sebenarnya panggilan untuk beca. Jenuh mampuih pakcik yang mengayuh beca tu nak hangkut.. sudahlah, aku nak bayangpun ngeri. Kalo kena naik beca jugak, aku rela tukar dengan pakcik pengayuh beca tu, biar dia yang rehat aku yang kayuh... tambah-tambah macam pakcik di bawah ni. Mau bercucuran air mata aku kalo biaq dia yang mengayuh. Huhuhuh sadis OK!

Perbualan aku dengan pakcik tu adalah lebih kurang begini.. **lebih kurang la ya aku tak pandai nak salin bulat-bulat langgam bahasa Kelantan tuh

“Pakcik, boleh tak saya amik gambar pakcik..”

“Mu nak wat gapo mek ?”

“Nak letak dalam internet.. hehe”

“Oooo, hok oghe rama dok kata fesebukkk tu ka guano ??”

Perghhhh.. Pakcik ni memang pengayuh beca tahap mabelesss! Kekekekeke

**Pakcik pengayuh teksi a.k.a beca

Selepas itu kami menaiki kereta sewa atau kereta sapu ke Wakaf Bharu. Pakcik driver ni bernama Aseng, mungkin Hasyim atau apa saja. Pakcik Aseng ni pun meninggalkan kenangan berbekas di jiwa gak kerana sepanjang kami menaiki keretanya dalam lebih kurang 10 minit itu, kami sudah ditarbiah dengan 10 tajuk ! Paling terkesan bab-bab kalut dan terkejar-kejar masa. Mak terasa noks sebab masuk je dalam kereta sewa Pakcik Aseng ni memang kami dalam keadaan tergesa-gesa mintak Pakcik Aseng memandu laju, kalo boleh ala-ala driver F1. Sampai je kami kat trafik light dia berhenti sesambil mulut berkata “Oghe hok dop blaja abih ja redah gi teruh kalo tengok lapu meroh dok nyala!” Huuhuhuhu… Tapi yang paling membekas dalam jiwa, pakcik Aseng ni cakap usia aku sebaya anak dia yang berusia 21 tahun. Tak caya ? Tanyalah Yong dan Umie, mereka menjadi saksi detik2 bersejarah tu. Wakakakaka… harus lepas tu mak berbekpek dalam senyuman noks. Perasan kan... Takpa, sila perasan di blog sendiri, jangan perasan di blog orang lain!

**Pakcik Aseng.. drebar keta sapu yang cakap umur I 21! Hehehe

Seperti biasa mari kita kembali ke pangkal jalan. Selepas kalut-kalut membabai Pakcik Aseng hingga hilang dari pandangan, kami sampai tepat di Stesen Keretapi Wakaf Bharu ada jam 1028 pagi dan terkejar-kejar ke kaunter tiket untuk membeli tiket tren ke Dabong. Aduihhhhhh, rasa macam meong kejap selepas petugas kaunter bagitau yang tren ke Dabong pada jam 1030 hari tu telah dibatalkan perjalanannya dan dipercepatkan pada 830 pagi. Sesuka suki KTM ni buat mcm tu.. tuduhan melulu aku. Hehehe.. pada asasnye mesti la ada sebabkan kenapa diawal atau dicepatkan. Tapi tu la, aku insan keciwa dan ayat-ayat petugas kaunter tu buat aku rasa nak bakaq stesen tu! Memang tak membantu menurunkan suhu langsung…

“ Kalau mau pergi jugak tren seterusnya pada jam 230 petang, itupun tidak pasti tren tu akan betul-betul sampai di Wakaf Bharu pada jam 2.30. Mungkin tren akan sampai pada jam 3 petang atau pada jam 4 petang. Kadang-kadang 430 petang, pendek kata tak pasti jugak 430 petang. Penah pukul 5 pun dik baru jalan dari sini!”.

Arghhhhh! Tensi.. kesimpulannya tren tu akan berlepas pada jam berapa ? Sangat misteri nusantara.. tiketpun tak boleh beli awal-awal kerana tidak pasti jam berapa tren akan sampai, hanya selepas jam 2 petang barulah boleh tiket. Mujurlah kakak petugas kaunter tu sentiasa tersenyum manis, sikit sebanyak mengubat rasa bengang, tapi aku ada terfikir jugak kalo aku buleh bertukar menjadi otomen time tuh, harus kakak petugas tu dengan kaunternya sekali aku fire sampai rentung. Kijam kan ? Stress bisa menukar manusia menjadi kijam dan tidak berhati perut… ecehhh!



**Jadual tren yang tidak boleh pakai

Pasrah dengan keadaan, kami merayap-rayap sekejap di Stesen KTM Wakaf Bharu, sesambil memikirkan idea seterusnya. Duduk bersembang-sembang dengan pakcik-pakcik driver teksi di situ ( dan disamping menjawap soklan bonus kenapa kami nak berjalan-jalan dengan beg besar ? Apa tujuan kami ? Kesimpulan depa, hanya omputih je yang selalu dok buat keja ‘backpacking’ nih.. Oh pakcik-pakcik, apasalahnye kali ni orang cekelat plak yang ber’backpacking’) kami memutuskan untuk menyewa teksi Abe Azhar dengan kadar sewa RM20 sejam, ajaklah pi kemana-manapun pasti Abe Azhar sudi membawa dan menunggu kami. Gitulah gambaran awal yang kami dapat. Wah, kheleszzz. So kami sepakat mau ronda-ronda Pekan Tumpat dan kawasan sekitar sementara menanti jam 230 petang. Selepas ni sapa-sapa mau ke Kota Bharu dengan menaiki pengangkutan awam, aku sajes sesiap sewalah teksi Abe Azhar ni. Walaupun agak pendiam, dia sangat senang dibawa berunding dan tidak banyak songeh. Alhamdulillah !

**Suasana stesen kereta sewa/ teksi di KTM Wakaf Bharu


**Permulaan untuk meronda-ronda Tumpat

Sepetang itu kami menghabiskan masa mengunjungi semua rumah ibadat masyarakat Siam Tumpat iaitu Wat Photihivihan di Kampung Beruk di mana terdapat patung buddha berbaring yang sangat fofular dan dilaporkan yang terbesar di Asia Tenggara. Menarik jugak kerna kami sempat meninjau binaan di belakang patung Buddha berbaring tu, kat bawahnye dibuat tempat khas menyimpan abu mayat untuk tujuan ritual-ritual kerohanian sebelum diabadikan di tempat yang tetap. Selain itu kami berkunjung ke Wat Mai Suwan Khiri (bot naga dan patung Buddha berdiri yang masih dalam proses pembinaan) serta Wat Machimarran Varran (patung Buddha duduk). Pada pendapat aku Wat Machimarran Varran adalah lebih terjaga sementara Wat Photihivihan seperti kurang penyelenggaraan dan agak terbiar di mana patung-patungnya sudah kelihatan lusuh, berabuk dan tidak terjaga. Agaknya mungkin sebab banyak sangat wat-wat baru yang tumbuh di situ... entahlah!




** Dua model terbiar di depan Wat Photihivihan, Kg Beruk, Tumpat.


**Tempat simpan abu mayat.. masa kami sampai takde pun abu mayat di situ.
Serious, mak seram jugak masuk bawah perut patung berbaring ni!


**Deretan binaan patung-patung dibelakang Buddha berbaring


**Ni mungkin sami agung kot.. mana-mana wat kami pi semua ada patung ni.
Sebijik dan serupa. Jangan tenung lama-lama kerna kdg-kdg rasa cam
mata dia berkedip-kedip. Heh heh heh


Yang pasti pengalaman di sini sangat best. Kami sempat jugak beramah mesra dengan protégé-protégé sami yang 'sedang mencari jalan kebenaran' di dalam versinya yang tersendiri. Ialah, sekadar bertanya kabar dan bertukar-tukar cerita serta pendapat, lebih kurang la... Abe Azhar pemandu pelancong dengan rasa kagum-kagum bagitau kami yang dia sendiri pun selama duduk di Kota Bharu berpuluh-puluh tahun tidak berpeluang menjejak kaki ke tempat-tempat itu sehinggalah pada saat-saat kami pi hari tu.. owhhh, perlukah aku rasa terharu ? Hehehe..


** Wat Machimarran Varran di Bunohan, Tumpat.


**Suasana dalam wat..


**Binaan-binaan unik


**Susunan kitab-kitab lama ajaran Buddha di ruang perpustakaan


**Dengan abe Azhar, driver teksi merangkap pemandu pelancong kami pada hari kejadian


**Aku, Umie dan Yong bergambar kenang-kenangan

**Protege sami.. " Sene cerita mace dok ngaji denge tok guru pondok"
kata salah sorang sami ni perihal pengajian depa di wat itu..



** Terlupa mau tanya nama, berasal dari Pasir Gudang..


** Lagi wat baru dalam pembinaan di Tumpat.


**Singgah sebentar di Pantai Sri Tujoh, gedik-gedik di tepi chalet.. hehe


**Acara JJCM dengan Abe Azhar, lunch di Pengkalan Kubor

Secara keseluruhan kami telah berjaya menyewa kereta abe Azhar selama 4 jam, selepas bayar tambang dan khidmat pemandu pelancong sebanyak RM80, abe Azhar telah bermurah ati membelanja kami minum-minum di stesen KTM sempena menanti kedatangan tren ke Dabong.


Sambung lagik yaaaa... tata!

7 comments:

AMIRZA-KRAF said...

walaupun panjang berjela.. kugagahi baca jua dengan perasaan yang bergelora dan gelisah... huhuhu

Laxmi said...

bes bes..
part tinggai anak2 tu sadis skit la aku tau sbb 1st experience kan.. kalo aku cam dah biase sbb asik2 anak2 aku tinggaikan aku nak balik rumah mak aku time cuti skolah..huhuhu sadis kan..

TiNiE said...

wah i loike pengembaraan di wat itu naja...syabbasss

amykimi said...

aku kagum hat nama2 wat tu...hg hapal nooooo naja....

Naja said...

miza - kasih sayang tanpa syarat, haruslah gagah kan... hehe

laxmi - bes dan sadis datang serentak

tini - jauh berjalan, tambah pengetahuan

amy - catat di nota kecik.. :)

Mis Atom said...

blogwalking.. =)
nice info

Mis Atom said...

blogwalking =)
nice info