Saturday, March 19, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Akhirnya aku berjaya jugak tonton Hikayat Merong Mahawangsa lepas beberapa kali dikiciwakan oleh panggung GSC yang tidak mengosong sebelum ni. Mengambil kesempatan rehat Jumaat yang panjang, itupun aku ketinggalan 10 minit pertama. Masuk je panggung dah nampak scene lawan-lawan Merong dengan abang kepada gadis bangsawan di Goa sana.. itu mujur tolak iklan dan promo-promo jadi takde la banyak yang terlepas.

Aku tak nak cerita sinopsisnye, baik korang gi tengok sendiri… kang nanti tak klimaks plak! Tapi sebagai peminat apa jua filem epik cerita ni sangatla best oke. Terdetik juga rasa kagum di hati coz ada produser Malaysia yang mampu menghasilkan filem seperti ini. Kalo korang pernah tengok filem epik omputih bertajuk 300 pada tahun 2007, bagi aku Hikayat Merong Mahawangsa ni cam ala-ala lebihkurang la terutama bab lawan dan perang-perang.

Semua pelakon pun sesuai dengan watak memasing, malangnye hero veteran pujaan aku jadi jahat plak dalam filem nih. Takperla Wan Hanafi Wan Sue.. ko belakon jadik Taji pun aku tatap minat! Lagi satu, Umi Nazira sangat berbakat, best lakonan dia.. memang sesuai sangat dia dengan watak Embuk tu.. tidak terlampau buruk tidak jugak jelita over-over. Seadanya saja, sesuai dengan raut muka gadis-gadis pada zaman tu, antik habis. Ada cakap-cakap nakal, filem ni sedikit cacat kerana heroin tidak jelita. Helloooooo, ko nak suh Embuk tu persis Diana Danielle kah ? Tak sesuai langsung! Nak heroin jelita.. baik ko gi tengok filem biru je! Haipppppp.. jangan sekali-kali ko cuba menspeku kan stetmen mak nih!

Soal penarafan, aku bagi 4 dari 5 bintang! Apa lagi, pi la tengok pada yang belum berbuat demikian. Tengs! Hehehe

4 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

wehh.. tak ajak ahkak pung

Naja said...

takut dengan boss ahkak la. sebab kuar sharp2.. hehehe

naja bercadang nak p tgk lagi sekali sebab tak puas.. hehehe. moh le sesama

amykimi said...

tetiba aku teringin nak p tgk gak

Unknown said...

wah...usri skru bg u bopa det promo filim dia nih?agak teruja nk tgk (bli cd harem di pkn lama bleh kot)