Pagi ni sungguh bermakna buat Rumaisa. Hari pertama menjejak kaki ke alam
persekolahan tahap tadika. Rumaisa didaftarkan
di Tabika Perpaduan yang terletak bersebelahan dengan apartmen tempat tinggal
kami. Dekat saja, 3 minit berjalan kaki
sudah sampai. Sedikit penerangan
mengenai Tabika Perpaduan. Tabika ini di
bawah pengurusan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional iaitu salah satu
jabatan di bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri).
Tujuan tabika ini ditubuhkan ialah untuk memberi pendidikan awal kepada
anak-anak dengan objektifnya bertujuan
membentuk potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dengan berlandaskan Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukunegara.
Pagi-pagi lagi
sudah menunjukkan semangat untuk ke sekolah.
Tiada masalah untuk Rumaisa bangun pagi kerana dia sudah terbiasa bangun
di subuh-subuh hari. Bila dipakaikan
baju dan disikatkan rambut, lagilah bertambah ceria. Hari ini Rumaisa bawak beg dengan bekalan
sekotak pensil warna sahaja. Hari pertama persekolahan, hari bersuai kenal dengan rakan-rakan dan
cikgu. 7.45 pagi tiba di tadikanya
dengan ditemani aku, bibik dan Rasyid.
Sempatlah Rasyid
menyibuk seketika di sana. Duduk merasa
suasana di situ sebelum akhirnya dengan rela hati ajak bibik keluar. Rumaisa pula terus amik tempat dan cakap
dengan aku jangan lupa ambil dia balik bila tamat sesi pembelajaran nanti. Alhamdulillah, takde plak dia menangis atau
meragam nak ikut balik ke apa.. cuma duduk dan menikmati suasana baru bagi
dirinya.
Lepas
bersalam-salam, berpeluk cium dengan aku, bibik dan Rasyid maka Rumaisa pun
melambai-lambai kami.
Perasaan aku ?
Teruja, sebak, terharu.. dan syahdu melihat anak melangkah ke alam persekolahan
walaupun ke tadika cuma. Ini langkah
permulaan untuk anak emak.. langkah pertama sebagai pemangkin langkah-langkah
seterusnya yang lebih besar di masa hadapan.
Semoga Allah selamatkan kamu wahai anakku.
Bergambar dulu dengan Rasyid. Rasyid pun sibuk tolak beg jugak. |
Ceria nak ke sekolah |
Mak, rambut kakak okey tak ? Hehe |
Bersemangat jalan laju-laju.. |
Khusyuk mendengar Cikgu bagi arahan/ penerangan.. |
Belajar rajin-rajin ye Rumaisa... ;) |
2 comments:
comey gila dia wei.
tahniah cik mai.
anak-anak aku penah pi tadika perpaduan sat, pastu dah pindah neseri jadi jauh depa masuk tadika kemas lak pasai dok sebelah neseri saja. mana-mana laaa janji mengaji!
Heheh.. tq Tinie. Tadika perpaduan tu dkt dengan rumah.. senang bibik nak amik tengahari. Lagipun aku tengok semua kemudahan dan kelengkapannya lengkap.. dan persekitarannya nyaman dan selesa. Setuju dengan hang... 'mana mana laaaa janji mengaji' ! yess yesss.. heheh
Post a Comment