Rata-rata orang
suka makan nasik goreng. Aku kurang
minat dengan nasik goreng kecuali nasik goreng
putih. Nasik goreng putih ialah nasik goreng jenis yang tumis bawang merah dan
putih sampai wangi-wangi pastu boh nasik dalam tu lalu digoreng-goreng sampai
mereka bersatu-padu di dalam belanga. Makan
dengan telur mata ke atau telur dadar ke.. memang sedap.
Dan.. aku paling
tak suka makan nasik goreng yang ada letak toyu dalamnya. Toyu? Oiiii bahasa buku dia kicap. Hehehe. Aku bukan la anti kicap ni, tapi aku memang kurang gemar dengan
masakan berkicap. Bagi aku kicap akan
hilang keaslian rasa kicapnya bila dimasak. Untuk menikmati rasa kicap yang
jitu ia harus dimakan dalam bentuk asalnya kecuali ada penambahan-penambahan
lain yang mengekalkan rasanya, itu boleh dimaafkan. Contohnya, buat cabai kicap untuk cicah-cicah
dengan ikan bakar atau apa saja.
Berbalik pada
bagaimana nasik goreng momok mendapat nama tadi, seumur hidup aku rasanya boleh
dibilang dengan jari berapa kali aku makan nasik goreng yang mana antara watak
utamanya adalah kicap. Kadang-kadang kalau EnWTT buat nasik goreng kicap, aku
telan la secamca dua demi mengekalkan kerukunan rumahtangga. OK ayat macam
haram pullops!
Tapi nak
dijadikan cerita, sejak Adey bekerja.
Ada sekali tu pagi dia masak nasik goreng kicap untuk dimakan sendiri
kerana tuan rumah tidak berminat. Dia
buat dalam sesenduk saja. Cukup-cukup
untuk tembolok beliau sahaja. Dah siap,
harumnya macam menusuk ke sukma. Akupun
gatai tangan pi la rasa secamca dua. Dan
wahhhhhhhhhhhhh.. amboiii sedapnya.
Esoknya, aku mintak dia buat lagi nasik goreng yang sama, kali ni lebih
banyak. Lepas tu aku try makan, memang
sungguh sedap. Tahap sedap sehingga
menukarkan seluruh persepsi buruk aku terhadap nasik goreng kicap sebelum ni. Pastu suruh EnWTT jugak rasa. Beliau pun turut mengakui akan kesedapan
nasik goreng kicap hasil buatan tangan bibik.
Dan selepas itu
berkali-kali jugaklah sarapan pagi kami ialah nasik goreng kicap. Hinggalah satu hari terjadi dialog ini antara
aku dengan EnWTT.
“Sedap sungguh
noooo.. nasik goreng kicap Adey buat.
Selama ni tak minat langsung tetiba jadi sedap tak hengat !’ kataku.
“Entah-entah dia
letak momok apa..” balas EnWTT. Ok, ni hanya lawak ngeri EnWTT di pagi hari. Aku
yakin Adey Saropah tidak memasukkan elemen-elemen misteri
nusantara dalam nasik goreng kicap beliau. Hihihi.
Esok petangnya
lagi sekali kami suruh Adey goreng nasik yang sama. Masa dok goreng nil ah EnWTT tanya Adey apa
yang dia letak dalam nasik goreng tu jadi sedap.
“Kamu ada
masukkan momok ke dalam nasik tu ?” tanya EnWTT.
Adey
terpinga-pinga tidak mengerti katanya.
Pastu dia mai tanya aku apa itu momok.
“Bapak WTT kata saya ada letak momok dalam nasik goreng
ini.. apa tu momok ?” tanya Adey ingin tahu.
“Momok itu..
macam apa ya. Hantu. Guna-guna. Jenglot. Nyi Blorong… Nyi Roro Kidul. Kanjeng Ratu Kidol, Mak Lampir.. Sundel Bolong. Alah Bik… unsur-unsur semacam itu la, macam ilmu pengasih la kot. Saya pun tak tau natang apa sebenarnya momok tuh’, jawap aku
sambil menyebut semua spesis hantu cerita seberang.
“Sepertinya santet
?” tanya Adey sambil diiring beristighfar berulang kali. Lepas tu pakat-pakat gelak.
Semua gelak ! Fahamlah dia soalan ganas majikannya hanya bersifat lawak
antarabangsat semata-mata.
Secara jujurnya
kami tidak merasakan Adey Saropah menggunakan ilmu hitam untuk menyedapkan
masakannya. Yang pasti dia punya bakat
memasak. Dia cepat menguasai beberapa
masakan Melayu yang aku ajar, atau EnWTT ajar dia dan juga yang dia belajar
daripada mak mentua aku. Sekali tengok
saja, lepas tu bila dia sendiri buat memang
tak lari la rasa dari yang kita
sendiri buat. Dan boleh aku katakan,
dalam ramai-ramai bibik yang diambil berkhidmat dengan kami, setakat ini beliau
adalah yang terbaik dari semua aspek. Alhamdulillah.
Psttt… Nanti aku letak gambar nasik
goreng momok hasil tangan bibik. Sebab
sedap sangat selalu lupa nak amik gambar dulu.
Sedar-sedar pinggan dah kosong.
1 comment:
Aku punya versi nasi goreng putih lagi senang...nasi campur garam dan goreng..nak lagi sedap goreng telur dan letak kicap...
Post a Comment