Wednesday, January 16, 2013

Coklat warna coklat




Pagi ni bangun, ada empat biji coklat Daim  atas meja. EnWTT letak di situ, pemberian seorang kawan yang baru balik dari Langkawi, katanya.  Rasyid dan Rumaisa terlebih dahulu nampak coklat Daim  itu lantas membahagi sesama mereka.  Dapatlah setiap seorang dua biji.  Eh apa penjodoh bilangan bagi coklat Daim tu ?  Aku lupa.. banyak sangat benda lupa akhir-akhir ini.  Nak kata tertelan permaisuri semut tak pernah pulak.

Rasyid sudah makan dua biji.  Rumaisa tak nak makan lagi.  Nak bawa bekal ke sekolah katanya.  Satu untuk dia, satu lagi untuk cikgunya.  Maka sepanjang jalan bernyanyi-nyanyi dia.  Sampai di pintu pagar tabika terus dipanggil cikgunya  lalu diberikan sebiji coklat Daim yang besaq sekenit tu.  Dasar cikgu yang pandai mengambil hati anak-anak murid, tetap ceria menerima walau sebiji coklat dengan senyum manis menghiasi wajah ceria.  Aku menerangkan serba ringkas asal usul coklat tersebut. 

“Terima kasih Rumaisa kerana bagi cikgu coklat” kata cikgunya.

“Sama-sama” jawab Rumaisa sambil tersenyum-senyum.

“Warna apa coklat ni Rumaisa ?” tanya Cikgu sambil menayangkan coklat Daim yang berbalut plastik merah.

Rumaisa kerut-kerut dahi.  Dalam hati aku.. laa takkan tak kenal warna merah Rumaisa ni.  Ambil masa nak fikir sampai berkerut-kerut dahi.

Cikgu ulang tanya sekali lagi.

“Rumaisa cuba bagi tahu cikgu apa warna coklat ni ? “ sambil dok tayang-tayang coklat Daim depan mata dia.  Dan kali ni laju Rumaisa jawab.

“Coklat warna coklat la cikgu !” lalu berlari ke meja dia di depan sekali. 

Ohhhhh.. ok, akupun tak terfikir. Aku dan cikgunya, kami sama-sama tergelak dengan jawapan Rumaisa tadi. Kalau tanya aku, mesti aku jawab merah, merujuk pada pembalutnya. Hahahahaa 

Imej coklat daim hasil googled

4 comments:

Anonymous said...

coklat baru ke? tak pernah tau pun ada coklat ni. Daim ni nama Tun Daim ke?- k na UK

Anonymous said...

Kak Na : coklat yg famous bila ke langkawi sedapppp luarnya choc dalam ada inti keras mcm choc kopi zaman kita kanak2 dulu tp ada rasa kacang..

TiNiE said...

syabbass rumaisa :)

Lagubestbest said...

overrated nye coklat tyme g langkawi..