Wednesday, September 25, 2013

Ayah, saya takut hantu !



Roh menulis sudah mari.  Tak pernah kot satu hari satu entry.  Semalam satu, hari ni satu.  10 minit jer, sementara boss nak pi mesyuarat nanti.  Menulis ni pun macam bersarapan pagi untuk minda.  Hehehe.  Mari…

Kecik-kecik dulu aku spesis penakut ya amat di mana sampai tahap kalau sorang-sorang dok makan nasik takda sapa temankan aku  maka aku buleh imajin sebiji  nasik dalam pinggan tu akan membesar lalu menjadi seekor pocong lantas mencekik aku.  Itu masa 5 tahun kot.  Motif nasik membesar jadi pocong ? Sebab ia putih kot.. motif lain sebab aku penakut sangatlah gamaknya.

Bila besar sikit, aruah ayah aku ni menyedari agaknya bakat ketakutan yang melampau dalam diri aku maka dia mengatur beberapa agenda untuk menghapuskan sifat penakut tu.  Ni yang aku sedarlah, mungkin banyak lagi.  Cuma bila tua-tua ni aku terpikir balik apa kaedah beliau buat begitu begini, akhirnya aku berterima kasih dengan didikan dan cara dia membesarkan aku maka jadilah aku setega dan setegar ini sekarang.. cewahhh, tegar lah sangat !

Masih aku ingat  masa umur lingkungan 9 ke 10 tahun macam tu.  Aruah ayah aku ni bila weekend jer dia akan ajak aku pi memanah ikan di parit-parit tali air tepi bendang yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari rumah kami.  Jauh ke bawah baruh sana. Hujung 1980-an kampungku belum merasa  arus kemajuan, sebahagian besar kawasan kampung kami masih layak dipanggil hutan tebal kot.  Ye, aku orang kampung duduk di lacuk sana.  Tapi okey, mak berbangga dengan asal usul mak.  Berbalik pada aktiviti memanah ikan tu, time diajaknya aku tak pernah awal dari jam 10 malam macam tu.  Malam yang dipilihnya pulak wajib la malam yang gelap gelita takda sikitpun cahaya bulanpun di dada langit.  Cuma bintang-bintang dari kejauhan yang mampu berkelip tapi tak memberi sebarang efek kepada aku di bumi ini.  Selalu kami pi berdua sahaja, bertemankan sebuah torchlight yang  power baterinya tak seberapa, umpama hidup segan  matipun segan.  Malap-malap.  Samar-samar.  Pukul 10 malam suasana sudah mati. Senyap dan sunyi.  Cengkerik pun tak sudi nak berbunyi.

Port favourite dia meninggalkan aku sendirian adalah  atas titi di batas bendang.  Titi yang menghubung tanah kampung dan tanah bendang dengan parit laluan air yang ku kira lebarlah jugak jaraknya. Titi tu pun sebenarnya hanyalah beberapa batang pokok kecil yang diatur dalam 10 batang atau lebih untuk memudahkan laluan saja.  Tepi kiri kanan semak samun.  Di situlah aku berseorangan bertemankan gelap pekat malam, dengan sebilah parang yang ayah aku bekalkan.  Gelap yang kalau angkat tangan nak tengok kuku sendiri pun tak nampak, apatah lagi benda lain.  Lepas itu perlahan-lahan ditinggalkan aku dengan jarak dia tiga ke empat petak bendang di seberang sana mungkin dalam 50 meter ke hadapan, terlindung dengan semak samun separas pinggang.  Kadang-kadang aku hanya nampak cahaya torchlight dia saja dari kejauhan.   Motif ajak aku just jadi penunggu di titipun taktaulah.  Masa tu kalau bunyi kerbau menguakpun memang saspen gila.  Menggigil ketakutan usah cerita, tapi itulah sebab aruah ayah aku ni buleh tahan garangnya maka nak habaq takutpun tak berani jadi  lebih baiklah bertahan saja.  Kalau tak tahan sangat takut aku terkeloi juga namanya.. dan bila dia menyahut dari kejauhan “Yaaaaaaaa !” dengan nada keras dan tegas, aku sudah sedia maklum. Makna ‘ya’ yang terjemahannya secara tersirat macam ginilah.. 

“Duduk situ, jangan nak mengada-ngada jadi penakut tak tentu pasal !”. 

            Pastu, bila sorang-sorang dalam gelap mulalah bunyi yang tak sedap kedengaran.  Desir-desir angin pada daun mengeluarkan bunyi aneh yang sangat tak menghiburkan.  Kadang-kadang bunyi deraian pasir-pasir bertaburan atas daun-daun.  Sungguh misteri nusantara.  Aku tak pasti samada aku berimaginasi sesuai dengan rasa takut yang menguasai diri atau memang betul ia terjadi.  Tapi yang paling tak boleh dilupa ada sekali tu, aku ternampak satu bebola api berterbangan hinggap dari pokok ke pokok diiringi bunyi-bunyi jeritan halus tapi bukan suara manusia.  Dulu-dulu orang kata makhluk bebola api bercahaya yang berterbangan ini dipanggil hantu bokta, ni nama femes makhluk tu di belah-belah utara sana.  Nama dalam IC dia hantu tanglung kot, ada juga panggil hantu bola api.  Aku tak berapa pasti, tapi yang pasti bukan bola-bola api macam lagu Achik dan Nana tu -  Tiada ku sangka, Bola-bola api,  Yang sedulunya kecil, Telah menjadi besar .. Hehhh ! 

Hantu bokta ni makan katak.  Syukur dia tak upgrade selera jadi pemakan manusia.  Benda ni selalu jugalah aku dan adik-beradik aku nampak tapi rasanya di akhir tahun 1990an dah tak pernah nampak.  Mungkin faktor kemajuan, hantu bokta pun dah tak nak makan katak lagi, bosan ahh tedarah katak jer apakata sekali sekala pekena KFC pula kata beliau.  Hewhewhew.. manalah tahu kan ? Okey, masa kejadian hantu bokta ni berterbangan, aku menjerit-jeritla melolong memanggil nama aruah ayah aku.  Nak lari tak tahu ke mana nak hala sebab dalam gelap pekat malam terbayang ular dan macam-macam.  Dan macam biasa level kesiapsiagaan aruah ayah aku terhadap bab-bab ni sangatlah rendah.  Macam disengajakan pulak.  Masa aku terjerit-jerit ketakutan di tengah gelap pekat malam tu, buleh pulak dia jalan perlahan-lahan dalam kegelapan tu menuju ke arah aku dan sempat lagi dok panah ikan seround dua dalam petak bendang  di sebelah sana sambil melaung dari kejauhan :

“ Dok diam-diam jangan menjerit.  Jangan beralih dari situ !” dia bertegas.

“Cek takut hantuuu…” balas aku terketaq-ketaq. Cek bahasa orang Kedah ialah saya, bahasa manja anak-anak.  Tapi manja ke hapapun kan kalau dah macam tu gayanya dia. 

“Pegang parang tu kuat-kuat, kalau dekat cincanggg!”.  

Ha kau, brutal tak brutal pak aku suruh cincang hantu bokta tu kalau ia datang menyerang. Berdarah pahlawan sangatlah aku ni.   Yang aku  ni ketakutan serupa nak aruah time tu jugak.  Nak menangispun tak mampu.  Maka layanlah ko menggigil sorang-sorang keluar semua peluh jantan peluh betina.  Badan seram sejuk nak demam ka nak pengsan ada dia kisah !  Tahap takut sampai nak pengsan tapi tak buleh nak pengsan.. sampai benda tu hilang sendiri di depan mata atau terbang ke tempat lain, barulah ayah aku sampai dekat titi sambil buat muka selamber-selamber badak dia saja.  Bayangkanlah hazabnya cemana. Huhuhu.  Itu salah satunyalah antara pengalaman-pengalaman yang tak mungkin dilupakan.

Dan aktiviti memanah ikan di waktu malam gelap gelita pada jam 10 atau 11 malam ni berulang banyak kali jugak, berbelas kali aku rasa.  Bila tiba malam minggu, lepas maghrib tu dia akan bersiap-siap dengan timba, mengasah besi panah ikan setajam mungkin.  Pastu isap rokok daun sepam dua sambil merenung bintang di dada langit, maka otometikeli  akupun akan turut berdebar-debar kerana sudah dapat menghidu ‘bala’ yang bakal mendatang di lewat malam nanti.  Kompom dia akan ajak aku punyalah.  Walaupun aku berpura-pura tidur awal tapi dengan gigihnya dia akan suruh emak aku kejutkan bersiap-siap ikut dia pergi memanah ikan.  Apa yang aku sedar, aruah ayah aku berhenti dari mengajak aku join aktiviti malam minggunya  itu bila aku sudah relaks-relaks duduk di titi dalam gelap pekat malam sambil mengira taburan bintang di langit, bila aku tak lagi menjerit macam orang gila memanggil namanya bila ada aktiviti paranormal di sekeliling atau bila ada hantu bokta terbang aku hanya duduk senyap dalam gelap mematikan diri sambil belajar memberanikan diri, atau dia betul-betul pasti bahawa deraian pepasir bagai sengaja ditabur di dedaunan tidak lagi menjadi ketakutan pada diriku sambil bersabar  menunggu dia balik ke titi lalu kami pulang bersama-sama ke rumah tanpa aku merungut apa-apa.  Masa itulah baru dia betul-betul berhenti mengajak aku.

Bila besar ni baru aku terpikir semua impak tindakan aruah ayah aku.  Hasilnya aku tak adalah penakut sangat, sikit-sikit takut tu perkara normal.  Banyak jugak benda yang aku terjah dah redah sepanjang hidup ini.  Asal tidak melanggar undang-undang sudah.  Sebab tu bila sesekali ada aktiviti-aktiviti paranormal yang berlaku dalam rumah kami sekarang ini, akalku masih boleh bertolak ansur dengan rasa takut dalam diriku.  Bukanlah berani sangat cuma kepala tak jadi blank sampai tak tau buat apa.  

Apapun memang tegar aruah ayah aku didik anak-anak dara dia jangan jadi penakut.  Segala benda diredah ! Terima kasih duhai  aruah ayahku.  Semoga rohmu aman di sisiNya. 

 Al-Fatihah…  

Imej macam ni lah yang aku nampak tu.  Sumpah. Wallah ! Gambar googled.

 
Aruah ayah dan emak.  Ni gambar latest sebelum beliau meninggal pada 2001.

Tuesday, September 24, 2013

Inspira



Umum mengetahui kot kereta-kereta konsesi untuk pegawai-pegawai kanan Kerajaan ialah Inspira bagi menggantikan Proton Perdana satu ketika dahulu.  Euww.. formal sangat la pulak.  Okey, Boss akupun dapat satu.  Aku cuma pernah tengok Inspira ni dari jauh.  Pastu tengok iklan kat TV masa ia mula-mula keluar dulu.  Perempuan kebanyakan seperti aku  tengok kereta, memang betul-betul tengok kereta.  Kereta adalah sebuah kereta.  Ada stereng, ada tayar, ada pintu untuk keluar masuk.  Ada kosyen.  Tau kat mana henbrek, tang mana nak masuk gear, kat mana nak tekan brek kaki, tekan minyak, tekan clutch.  Sudah.  Tak komplikatedpun.  Kalau bawak kereta auto, ok lagilah tak payah nak pikir panjang.

Boss aku sama spesis dengan aku.  Diapun tak pikir banyak pasal kereta kot.  Start enjin, jalan.  Pastu akhir-akhir ni macam banyak sangat pulak mesyuarat tergempar yang dia kena hadir.  Banyak kali juga jadi mesyuarat  nak start jam 2.30 petang, emel panggilan mesyuarat diterima pada jam 2.05 petang.   Bila jadi macam tu nak guna driver jabatan memang tak dapat la.  Dan selalunya aku dengan berdedikasi sekali akan mempelawa Boss aku ni untuk jadi driver dia.  Menawarkan penyelesaian cepat daripada aku sendiri yang gelabah dok telefon ke sana ke mari cari driver yang belum tentu ada.  P.A merangkap driver.   Adalah beberapa kali aku hantar dia ke mesyuarat di dalam kawasan Putrajaya ni.  Kalau luar dari Putrajaya ni tak dapatla aku nak tolong sebab aku ni jenis yang kalau memandu ke Kuala Lumpur, papan tanda di kiri kanan jalan tu macam tak wujud. Silap-silap haribulan boleh sampai Kedah.  Gila menonong,  sesat barat !  Dan aku selesa drive keta aku saja, sebab roh kereta tu dah bersatu padu dengan roh ku, dengan kata lain sudah serasi gaya pemanduannya. Gitew.. hewhewhew.

 Sehinggalah baru-baru ni, Boss aku nak hadir seminar di PICC. Pagi-pagi sampai di pejabat teruslah terjadi dialog begini : 

“Naja, you hantar I ke PICC boleh tak ?  Pakai kereta I lah, kereta you susah nak keluar parking kan… “. 

“Boleh boss tapi.. susah tak bawak kereta tu?”

“Mana-mana kereta auto sama je.. you pernah bawa mana-mana kereta Proton kan” jawab bossku.  Maka aku yakin lah sangat nak drive balik keta dia tu nanti takdak la membawa masalah.

“OK boss, tapi macam ni hala pergi Boss bawak, hala balik takper saya drive !”  Tetiba aku pulak yang terbagi arahan.  Drive balik tu maknanya drive sorang-sorang.

Aku memang gayat sikit nak bawak keta yang tak biasa aku bawa, nak pulak owner dia ada sekali.  Mujur Boss aku setuju.  Tugas aku pagi tu ialah ikut  dia ke PICC, tinggalkan dia di sana, nanti driver rasmi akan datang ambil bila sudah selesai.  Kerja aku cuma bawa kereta tu balik ke pejabat.  Maka dengan senang hatinya masa boss aku drive kereta tu pi PICC akupun tak tengok langsung cara dia memandu ke, letak gear kat mana ke.. apa ke.. memang berpegang sungguh aku dengan kata-kata bossku itew, semua macam alaa keta auto sama jer kan. Apa susah.

Maka bila sampai jer ke PICC, aku mengambil tempat duduk driver.  Selepas melambai-lambai kat boss dan dia pun hilang dari pandangan aku, akupun memandu balik.  Tiga meter bergerak rasa macam oiiii beratnya.  Tak smooth langsung.  Tengok kedudukan gear dah ok, apa lagi yang tak kena.  Maka akupun tekan minyak lagi, mengaum lagi.  Ok dah gelabah sikit.  Hala turun bukit PICC tu, ada deretan bas-bas sedang parkir di situ maka ku selitkan kereta ke sana.  Berhenti sat tarik nafas dan pikir lagi.  Sambil membelek-belek gear, papan pemuka dan sebagainya.  Gila lawak.  Sambil terngiang-ngiang di telinga kata-kata hikmat boss ku.  “Kereta semua sama “.  Tangan dah capai handphone tapi hati masih terfikir-fikir perlukah aku telefon boss dan tanya “Boss, cemana keta boss ni saya drive rasa berat gila.  Mengaum nak bergerak !”.  Wajib terganggu konsenstrasinya yang entah-entah sedang memberi ucaptama dalam seminar di sana.  Nak sms pun sama la jugak kaedahnya, bila masa boss aku nak buka baca sms kat henpon dia.

Lalu akupun mengambil keputusan untuk terus bergerak dengan enjin kereta yang terus mengaum.  Bergerak dengan kelajuan 40km/j semua driver kereta-kereta yang melepasi aku terpandang-pandang.  Mungkin dalam kepala otak depa terpikir “Apa pompuan ni sedang cuba buat?”.  Bila ada sedikit ruang aku ke tepi jalan berhenti dan ambil bau kalau-kalau ada apa yang hangit ke terbakar ke.. hahaha.  Alhamdulillah, takdak bau-bau pelik maka selamatlah kereta boss aku dari nak terbakar ke enjin nak meletup ke.  Lepas tu akupun call EnWTT dengan harapan beliau dapat menolong.  Dan jelas sekali jawapannya sungguh tidak membantu dalam saat-saat kecemasan.

“Alamakkkk.. saya pun tak pernah tengok interior Inspira.  Cemana nak tolong !”.

“Keta boss awak ? “.

“Saya tak tau boss saya pakai kereta apa, kawan-kawanpun takdak yang pakai Inspira” jawapan EnWTT memusnahkan harapan aku mencari talian hayat.

Dengan jawapan EnWTT tu membuatkan aku kepanasan dalam kereta, ekon yang tadi boss aku tetapkan pada suhu sejuk sampai nak datang balik asthma aku bertukar menjadi hangat serasa dalam oven yang membakar.  Jadi akupun keluar dari kereta, berdiri di tepi jalan dan rasa macam ingin menahan sesiapa yang memandu Inspira untuk meminta pertolongan.  Malangnya daripada hampir 30 buah kereta yang lalu lalang, tak terangkat pulak tangan aku untuk menahan.  Maka aku bulatkan tekad, masuk balik dalam kereta belek apa boleh dan akan ku try sampai berjaya.  Apa nak jadi pun jadi lah… dalam kepala aku takkan sampai nak meletup kot kereta boss aku ni, paling-paling kurang pun ada part yang hangit dan berasap jer.. Positip kan minda mu okey ! Haha

Lalu akupun bergeraklah balik perlahan-lahan ke pejabat.  Dalam 10 meter bergerak tu tangan aku ni menekan segala maknenek button dalam kereta tu, cuit lah apa yang ada kat depan mata.  Apa yang susah sangat dengan Inspira ni pun taktau, padahal aku pernah je drive  Nissan Navara seorang kenalan, auto jugak takdelah susah macam ni sekali nak kenalpasti mana satu fungsi butang yang ada dan macam-macam lagilah yang bermain dalam kepala. Dan akhirnya apa benda ntah yang aku tekan-tekan ni tetiba pergerakan kereta rasa smooth saja.  Ok benda ni ada kat bawah belakang stereng Inspira.  Di kiri dan kanan dan berwarna kelabu.  Jangan tanya aku apa namanya, haram la tak tahu.  Yang penting lepas tu dekat skrin di depan mata aku tu kedudukan gear yang dari tadi nombor 1 sudah jadi nombor 4 dan lepas tu 5.  Kena tekan-tekan pulak, auto pejadah ? Sumpah aku tak mau amik tau dah yang penting boleh sampai pejabat.  Maka pemanduanpun menjadi smooth sehingga akhirnya aku sampai dengan selamat di pejabat.  Tarik nafas lega.

Selepas lunch bila boss dah balik pejabat, aku ceritakan pada boss kejadian pagi tadi.  Ternganga dia. Hahaha.  Lepas tu dia ajak aku pergi test-drive kereta di kawasan bawah bangunan pejabat kami.  Pusing dua tiga kali, semua okey.   Dalam kereta tergelak-gelak kami berdua.  Akhirnya aku tau jugak masalah tu berpunca dari tetapan gear yang tidak betul, dari elok-elok pemanduan auto entah apa benda tertukar jadi manual.  Tak reti aku nak explain.

“Okey pun, lepas ni takdak masalah kot you nak drive kereta ni..” kata boss aku.
Huhhh, aku ingat dia dah bertaubat tak bagi aku pegang stereng kereta dia lagi.  Jenis tak serik la boss aku nih. Hehehe.

“Lepas ni boleh la kita pergi jauh sikit boss…” balasku takmau mengalah..  Konon macam champion sangat. Tih tih tih !





Beza antara papan pemuka kereta boss aku dan kereta aku.  Mana sama.  Memang logikla aku gelabah carik apapun tak jumpa.  Gambar diambil dari carian google. 

Wednesday, September 18, 2013

Resepi Jamu Sidomuncul



Resepi Sidomuncul

Jangan tanya aku apa menatang Sidomuncul ni dari sudut ilmiah.. Aku rasa Sidomuncul ni nama brand jamu Indonesia kot, sebaris dengan Nyonya Mener, Borobudur dan sebagainya.  Resepi ni diberi oleh bibik yang pernah bekerja dengan kami .  Bibik yang pertama yang bernama Diana Kartiska Rinangsari.  Resepi  bagus untuk ibu-ibu yang dalam berpantang ataupun yang kerap mengalami senggugut.   Resepi ni bagus untuk membersih dan menyihatkan dalaman katanya. 

Tapi yang sebenarnya kunyit itu sendiri pun ada khasiat yang sangat tinggi yang jarang-jarang kita ketahui.  Salah satunya mencantikkan kulit dan mencegah dari kedutan.  Tapi kena lah sabar mengamalkannya.  Kalau jenis tak sabar telan jus kunyit seminggu terus komplen awat kulit aku dok berkedut lagi, aku rasa baik amik seterika pi iron ja kulit hang.. Hahaha, ok tak lawak !

Ekceli, kunyit juga baik untuk ibu-ibu dalam berpantang kerana ia berfungsi memanaskan badan dan melancarkan aliran darah. Yang lebih menarik, kunyit juga berfungsi sebagai anti radang dan juga anti bakteria.  Banyak khasiat kunyit ni sebenarnya tapi itulah akupun belum lagi mendalami ilmu perkunyitan sepenuhnya.  Nanti dah pandai aku cerita lagi.  Cuma kali ni nak share resepi  membuat jamu sendiri. 

Bahan-bahan :
3 ketoi kunyit dihiris nipis-nipis atau ditumbuk tak halus sangat
2 helai daun sirih pun ditumbuk halus
Asam jawa dalam sejemput
Gula merah 2 camca
Madu

Cara membuat :

Kunyit, daun sirih, asam jawa dan gula merah  dimasukkan dalam periuk dengan dua gelas besaq ayaq. 

Rebus sampai tinggal segelas lebihkurang.

Biarkan sejuk.  Campur dengan madu dua camca besaq.  Boleh terus diminum suam atau sejuk.

Yang aku buat jadi aiskrim sebab tuang dalam gelas lepas tu letak dalam freezer sebab nak bagi cepat sejuk.  Dah tu terlupa nak minum, tiga jam lepas tu bila teringat dah jadi ais.  Jadilah aiskrim Sidomuncul. Sedap jugak wey !

Ni yang buat aku rasa macam mau menceburkan diri dalam perusahaan aiskrim jamu pulak lepas ni.. khas untuk ibu-ibu.  Mana tau kan tetiba laris, buleh tempah BMW ! Lepas tu kuar TV macam KakTon.. tapi dengan tagline ‘Tirulah macam Kak Naja, walaupunnnnnn hakikatnya sedeyyyy….’ Sob sob !

Ha’ah.. berangan biar sampai ke bintang.  Dan berangan itu free, tak payah bayar.  Hahaha.


Siap ada tangkai aiskrim sidomuncul aku ni. Camca yang terlupa nak buang, otomatik bila keras jadi tangkai aiskrim.