Resepi
Sidomuncul
Jangan
tanya aku apa menatang Sidomuncul ni dari sudut ilmiah.. Aku rasa Sidomuncul ni
nama brand jamu Indonesia kot, sebaris dengan Nyonya Mener, Borobudur dan
sebagainya. Resepi ni diberi oleh bibik
yang pernah bekerja dengan kami . Bibik
yang pertama yang bernama Diana Kartiska Rinangsari. Resepi
bagus untuk ibu-ibu yang dalam berpantang ataupun yang kerap mengalami
senggugut. Resepi ni bagus untuk membersih dan
menyihatkan dalaman katanya.
Tapi
yang sebenarnya kunyit itu sendiri pun ada khasiat yang sangat tinggi yang
jarang-jarang kita ketahui. Salah
satunya mencantikkan kulit dan mencegah dari kedutan. Tapi kena lah sabar mengamalkannya. Kalau jenis tak sabar telan jus kunyit
seminggu terus komplen awat kulit aku dok berkedut lagi, aku rasa baik amik
seterika pi iron ja kulit hang.. Hahaha, ok tak lawak !
Ekceli,
kunyit juga baik untuk ibu-ibu dalam berpantang kerana ia berfungsi memanaskan
badan dan melancarkan aliran darah. Yang lebih menarik, kunyit juga berfungsi
sebagai anti radang dan juga anti bakteria.
Banyak khasiat kunyit ni sebenarnya tapi itulah akupun belum lagi
mendalami ilmu perkunyitan sepenuhnya.
Nanti dah pandai aku cerita lagi.
Cuma kali ni nak share resepi
membuat jamu sendiri.
Bahan-bahan
:
3
ketoi kunyit dihiris nipis-nipis atau ditumbuk tak halus sangat
2
helai daun sirih pun ditumbuk halus
Asam
jawa dalam sejemput
Gula
merah 2 camca
Madu
Cara
membuat :
Kunyit,
daun sirih, asam jawa dan gula merah dimasukkan
dalam periuk dengan dua gelas besaq ayaq.
Rebus
sampai tinggal segelas lebihkurang.
Biarkan
sejuk. Campur dengan madu dua camca
besaq. Boleh terus diminum suam atau
sejuk.
Yang
aku buat jadi aiskrim sebab tuang dalam gelas lepas tu letak dalam freezer
sebab nak bagi cepat sejuk. Dah tu
terlupa nak minum, tiga jam lepas tu bila teringat dah jadi ais. Jadilah aiskrim Sidomuncul. Sedap jugak wey !
Ni
yang buat aku rasa macam mau menceburkan diri dalam perusahaan aiskrim jamu
pulak lepas ni.. khas untuk ibu-ibu. Mana
tau kan tetiba laris, buleh tempah BMW ! Lepas tu kuar TV macam KakTon.. tapi
dengan tagline ‘Tirulah macam Kak Naja, walaupunnnnnn hakikatnya sedeyyyy….’ Sob sob !
Ha’ah..
berangan biar sampai ke bintang. Dan
berangan itu free, tak payah bayar.
Hahaha.
Siap ada tangkai aiskrim sidomuncul aku ni. Camca yang terlupa nak buang, otomatik bila keras jadi tangkai aiskrim. |
5 comments:
wah naja.... very da kreatip ko.. hahaha.. memang kunyit bagus coz ada anti inflamatory punya agent.. tapi tak penah buat jamu ni.. cam nak jeeee try.. mana tau pas minum skali kulit aku tegang ka.. hahahahhahha :P
Dajei punya entry. Tersedak haku. Habaq la siap2 kata hg terrbuat dia jd eskrem. Wpun aku duk tertanya2 gak la awat batang eskrem adalah besi dan senget. Stylo ka hapa. Haha
Lax - tu la lepas ni kena rajin2 xplore lagik kasiat kunyit. Try la lax, semua bahan mudah dapat kan.. hehe
Rai - Ya tak ya. Aku terlupa nak buat ayat kata terjadi eksrim tu.. Stylo la sangatttt kan? Kakakaka
Sido tak muncul2 pun..
Post a Comment